Thursday, January 1, 2009

Tahniah 'Adik-adik' Murid di Al-Amin!!!

Pmr 2008

Ketika Result PMR 2008 diumumkan, perkara yang terlintas di kepala saya hanyalah “bagaimanalah agaknya result anak-anak murid saya di Sek. Men. Islam Al-Amin Gombak?”. Di dalam hati, semoga Allah memberikan yang terbaik buat mereka.. terutamanya pelajar-pelajar 3 Ar-razi sebab dulu saya merupakan guru kelas mereka, 3 As-Syafie sebab awal tahun 2008 ajar mereka, kemudian 3 As-Suyuti pernah mengajar masa tahun 2007. Walaupun jauh dimata namun dekat dihati.. :)



Alhamdulillah, dimaklumkan 28 pelajar mendapat 9A dan 13 orang mendapat 8A.. Hhmm nanti bagitaulah cikgu dapat berapa ya??..

Alhamdulillah, redha dan terima dengan apa yang Allah bagi. Yang penting, kita telah buat yang terbaik!!. Dan apa yang kita dapat itulah yang terbaik untuk kita!! (Lainlah kalau study pun tidak, tapi sedih sebab tak dapat 9A ok..itu mustahil). Banyak hikmah yang tersembunyi…

1) Ada orang yang dapat 9A, tapi tak skor dalam SPM.
2) Ada orang yang tak skor PMR, tapi SPM dia Skor Cemerlang.


Erm..Contoh terdekat cikgu jugak la..(hehehe), dulu PMR dapat 8A 1B, sedih jugakla, tp sebab tak skor PMR 9a lah yang menjadikan cikgu lebih berusaha, berdisiplin dan dekatkan diri dengan Allah lagi.

Alhamdulillah SPM, cikgu jadi Best Student (Aliran Ekonomi), Pelajar Mithali Sekolah (tahun 2000), dan antara pelajar cemerlang Negeri Kedah. Masa tu juga cikgu sibuk sebagai Ketua Pelajar (Maktab Mahmud Puteri) dan beberapa jawatan lain. Apapun, insyaAllah, Allah akan bagi berbaloi dengan usaha kita!!

Sebenarnya faktor diri sendiri yang lebih UTAMA… Tanya diri sendiri sejauh mana usaha kita..ok?


Untuk anak-anak murid di Al-Amin, Selamat menempuh sesi persekolahan tahun 2009!!!

Kekalkan Semangat untuk terus belajar dari awal tahun sampai akhir tahun dan seterusnya sampai mati..:)

Miss u all guys!!! JAUH di MATA..DEKAT di HATI..


untuk maklumat lanjut tentang result PMR 2008 Sek. Men. Islam Al-Amin Gombak, baca di blog k.Alia, (cikgu yang paling sibuk dalam menyusun jadual kelas.. :) kak alia duduk depan meja saya dulu)

7 comments:

Anonymous said...

saya harap kata2 cg tuh benar dan membantu saya!!

dinaluzriq said...

so omar..mcm mn rslt??? :)

Anonymous said...

alhamdulillah,
result ana agak2 paras langit.
yg pastinya PI 'A'lah!!

Ummu Auni said...

sebenarnya kecemerlangan di dalam PMR/SPM bukanlah penentu arah kehidupan kita akan lebih berjaya. keputusan peperiksaan lebih kepada untuk memilih sekolah lebih baik/universiti lebih baik. yang paling penting iman dan taqwa. kalau ibu bapa dapat mendidik anak jadi seorang yang tidak tinggalkan solat, tidak buat maksiat, itulah pencapaian utama.

akak pun result PMR/SPM, Alhamdulillah. but i foresee things differently. boleh baca entri lama akak sini http://susuhorlicks.blogspot.com/2008/03/waktu-kecil-kecil-kita-selalu.html

hmph, baru baca suratkhabar ttg ada pelajar dah engage dgn sexual act dari darjah 5 lagi...aduh, pening kepala fikir nak besarkan anak nanti.

dinaluzriq said...

omar: ok omar,tahniah!..nasib baik (Alhamdulillah) PI dpt A, kalau tidak kena penggal kepala!!! hehehe

Ummu Auni: betul ummu auni, x ada gunanya kalau cemerlang pelajaran tapi akhlak gagal..tak dipandang semua tu..na'uzubillahiminzalik..saya pun risau dgn zmn ank2 nnti..moga mnjdi ank yg soleh/hah cemerlang dunia akhirat..

en_me said...

salam cekgu ittewww.. selamat tahun baru

ezzah93 said...

salam cikgu..

name ana, ezzah.. hrmm ana x student ckg kat alamin time 2 hab 07...

klu ckg ingat, ckg ajar ana sejarah time tu...