Friday, October 31, 2008

25 tahun yang lalu: Satu Muhasabah

31 Oktober 1983 – 31 Oktober 2008

Masuk hari ini, cukup umur dinaluzriq 25 tahun. Alhamdulillah atas nikmat umur dan kesihatan yang baik.


Sekolah? – Selesai. Tamat
Degree? – Selesai. Tamat
Kahwin? – Alhamdulillah Selesai
Anak? – Alhamdulillah, selesai. Baru seorang
Kerja? – Alhamdulillah
Rumah (sendiri)? – Belum, insyaAllah harap ada rezeki lepas ini.
MATI?????- Wallahu’alam....

Antara perkara penting di dalam hidup sudah selesai.

Ajal, Maut di tangan Tuhan

1) Kawan saya (di UIA), lelaki, meninggal dunia akibat langgar lari. Accident Motor.
(Meninggal dunia di usia 24 tahun. )

2) Adik kepada sahabat saya meninggal dunia accident motor.
(Meninggal di usia 17 tahun, tidak sempat mengambil peperiksaan SPM).

Jika manusia mengetahui bila ajal mereka, pasti setiap saat akan hampir dengan Allah. Sentiasa mengingatiNya. Sentiasa memohon keampunan dariNya. Segala urusan dunia pasti tidak akan dihiraukan. Ada hikmah. Ada sebab. Nabi Muhammad pun tidak tahu ajalnya.

Semakin meningkat umur kita, semakin dekat kita dengan kematian. Kalaulah kematian semudah boleh diukur dengan panjang meter seutas benang. Panjang benang mengikut umur kematian yang average (Nabi Muhammad wafat ketika berusia 63 tahun). Potong benang 63inci. Kita boleh nampak berapa panjang baki benang tersebut. Itulah baki umur kita. Pasti kita akan sentiasa bersedia. Mahu tidak mahu, kematian pasti akan menjemput kita.

63-25= 38 tahun lagi berbaki.

Namun jika ditakdirkan 10 tahun lagi? 10 bulan lagi? 10 minggu lagi? 10 hari lagi? 10 jam lagi? 10 minit lagi? 10 saat lagi?. Allah..Sukar dinyatakan. Anda tahu bila saya akan mati? Anda tahu bila anda akan mati?

Mati.. Mati.. Mati.. Semua orang gerun dan takut bila disebut tentang mati. Baik Cina, India dan lain-lain. “Haiya..wa talak mau loo..manyak takut..”. “Aiyoo ma..aiyoo pa..tak mau..tak mau. Itu kerja banyak lagi..”. “issyy..kalau boleh aku nak umur aku ni panjang lagi..”. Takut atau tidak, kematian pasti datang. Persoalannya, adakah kita bersedia? Adakah segala amalan kita sudah mencukupi untuk menghadapi kematian?


Tiada tempat untuk melarikan diri

Hidup ini hanyalah satu persinggahan. Persinggahan kepada perjalanan dan pusingan kehidupan manusia. Dunia sebagai ukuran serta tempat mengumpul bekalan amalan ke Akhirat sana yang kekal abadi. Satu persatu amalan kita dibentangkan oleh Allah. Amalan yana baik, Alhamdulillah. Amalan yang buruk atau jahat? Dosa dan maksiat yang kita sendiri buat. Kita sendiri yang mencari pasal. Setiap pahala dan dosa yang dilakukan pasti akan mendapat balasannya. Balasan yang baik ataupun yang buruk. Sebagaimana firman Allah:
( قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْن )

Katakanlah (wahai Muhammad), “sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepadamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). Al-Jumu’ah:8

( أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِندِ اللهِ )

“Dimana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh..” an-Nisa: 78

Semoga dipanjangkan Umur..

Minta dipanjangkan umur, untuk apa? Untuk tambah dosa? Untuk tambah pahala? Untuk berofoya-foya? Untuk menambah harta? Untuk bertaubat semula? Untuk itu..untuk ini..Semoga kita semua tergolong di dalam golongan mereka yang Soleh. Golongan ahli Syurga Allah. Semoga dipanjangkan umur kita dalam beribadah kepadaNya. Menambah pahala, menghapus dosa.

Muhasabah bersama
Semoga lirik ini menjadi satu muhasabah untuk kita.

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata


Allahu’alam.
p/s: Kenapa tiba-tiba cakap pasal mati ni..errkk..

1 comment:

Firdaus said...

Subhanallah..
syukron ye kak..