Masa kecil ditimang ibu..sudah besar ditimang gelombang..
Dalam mengharungi perjalanan untuk mencapai matlamat, indah rasanya jika sesekali kita mengimbas kembali sejarah hidup kita, yang telah lama kita tinggalkan, yang pasti tidak akan berulang kembali…di mana secara semulajadinya kita dilahirkan dalam keadaan yang mampu berdiri diatas kaki sendiri dan mampu berusaha apabila ditinggalkan sendirian..begitulah kini..gelombang hidup itu kadangkala kecil dan kadangkala besar, menjadi asam garam sepanjang hidup kita.
Maka apakah itu kejayaan? Pastinya sudah banyak kejayaan dan kegagalan yang kita lalui…
Mungkin kita tidak ingat…dahulu tatkla kita baru mula belajar mengiringkan badan kita..kita cuba dan terus mencuba,…tapi gagal. Namun kita cuba lagi dan kita gagal juga. Tapi kita tahu bahawa cubaan kali ini adalah hampir kepada kejayaan. Dengan semangat yang kental..kita mencuba lagi dan berjaya..
Mungkin kita tidak ingat..betapa gembiranya ibu kita atas kejayaan kita itu..Dan ayah kita memeluk kita dan mencium kita..Kitalah anak kemegahan mereka..comel..cantik..indah dan menawan.
Mungkin kita tidak ingat, sewaktu kita mahu mula belajar berjalan,.kita selau jatuh. Kadangkala kita menangis, kadangkala kita tertawa.
Jatuh itu sakit, tapi kita tahu bahawa kita perlu merasa sakit dahulu sebelum meraih kejayaan. Tiada siapa yang mengajar kita itu semua..ianya sedia ada dalam diri kita. Kita degil, sebab itulah kita berjaya!
Kita panjat tangga dan jatuh. Kita menangis dan panjat lagi
Kemudian bila sudah biasa, kita masih tidak puas. Kita jatuh pula. Tersangkut kaki kita. Kita menangis lagi dan kemudian terjun lagi.
Sekarang kita sudah dewasa. Sepatutnya kita sudah terbiasa bila ditinggalkan dan sewaktu dalam kesusahan. Kemanakah perginya semangat kita yang berkobar-kobar sewaktu kecil itu? Bangkitkan semula semangat itu!
No comments:
Post a Comment