Monday, June 28, 2004

Seni Khat lambang Islam

Seni khat lambang islam
Oleh Ruhaiza Rusmin

ISLAM tidak pernah menghalang umatnya tertarik dengan keindahan, malah mengiktiraf keindahan dan kesempurnaan itu sebagai satu tuntutan agama sebagaimana hadis bermaksud: “Allah itu baik dan menyukai kebaikan dalam segala hal.” ( Bukhari dan Muslim).

Bermula dengan turunnya ayat suci al-Quran kepada baginda Rasulullah s.a.w, masyarakat Arab yang petah bersyair serta berpuisi, menggunakan kepandaian yang dikurniakan mencipta tulisan berseni atau kaligrafi sebagai tinggalan tamadun Islam untuk ditatap generasi seterusnya.

Pensyarah pelawat Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM), Profesor Dr Heba Barakat, berkata sejarah kaligrafi atau dalam bahasa Yunaninya, kalious, dikatakan bermula sejak kurun kelapan apabila masyarakat Arab menghasilkan tulisan bagi menunjukkan ketinggian martabat kabilah mereka.

Menurutnya, adalah menjadi satu kebanggaan bagi mereka apabila dapat menghasilkan seni ukiran yang indah dan halus untuk ditunjukkan kepada pihak lawan, apatah lagi apabila digabungkan dengan kekuatan kehebatan kabilah mereka sewaktu di medan perang.

“Ketinggian kabilah Arab pada zaman dulu diukur pada kehebatan mereka sewaktu berperang, bersyair serta tulisan yang dihasilkan. Semakin tinggi kreativiti mereka, semakin tinggi sanjungan yang diterima.

“Kebanyakan hasil lakaran yang dicipta berdasarkan suasana pada masa itu seperti berlatar belakangkan peperangan antara kabilah. Mereka melakarkan kaligrafi sebagai cara untuk menunjukkan kekuatan mereka dari segi emosi dengan merujuk pada ayat al-Quran yang menceritakan mengenai sebab dan akibat berlakunya peperangan itu.

“Ia mempunyai simbolik tersendiri kerana bukan semata-mata menunjukkan kekuatan dalam peperangan tapi juga dalam menghasilkan sesuatu yang boleh menaikkan martabat dan semangat kaum mereka yang pergi berperang untuk mencari kemenangan,” katanya.

Penyebaran Islam ke seluruh pelosok dunia oleh pedagang Arab menyebabkan tulisan kaligrafi turut berkembang sama ada melalui dakwah, penaklukan mahupun perdagangan.

Pertembungan antara dua budaya menyaksikan tulisan kaligrafi mengalami corak perubahan dalam bentuk, warna mahupun tulisan namun paksi asasnya masih pada ayat al-Quran.

Beliau yang ditemui di ibu kota, baru-baru ini berkata, kebanyakan tulisan atau lakaran kaligrafi masyarakat Arab dulu lebih tertumpu kepada ‘nastlq’ atau huruf berkait.

“Sejajar dengan perkembangan Islam, tulisan kaligrafi mengalami perubahan mengikut kesesuaian tempat dan budaya masyarakat, namun masih gunakan ayat al-Quran.

“Jika dulu gaya tulisan yang digunakan setiap kabilah adalah sama dari segi teknik lakaran, penyebaran Islam menyebabkan gaya tulisan turut berubah. Malah, masyarakat berkenaan membentuk gaya tulisan tersendiri agar mudah difahami,” katanya, sambil menambah, kaligrafi Islam adalah kaligrafi terkenal di dunia kerana dihasilkan mengikut empat mekanisme kehidupan iaitu api, air, angin dan udara.

“Itulah simboliknya kaligrafi khat Islam kerana ia dihasilkan dengan gabungan empat perkara berkenaan sehingga menghasilkan tulisan yang indah.

“Kehalusan ukiran dan ayat yang dilakarkan begitu terserlah kerana dihasilkan dengan penuh rasa tawaduk terhadap Allah, sesuai untuk memberi penghormatan pada ayat al-Quran,” katanya.

Berpengalaman hampir 28 tahun dalam ilmu tulisan khat, beliau yang juga pakar seni kaligrafi di Mesir berkata kaligrafi Islam terbahagi kepada empat bahagian utama, iaitu’thuloth’, ‘nastlq’, ‘sini’ dan ‘Psudu’.

Kaligrafi ‘thuloth’ (satu pertiga) digunakan di Maghribi bermaksud, keseimbangan seperti bahagian mata di wajah, ‘nastlq’( air yang mengalir) di Iran bermaksud kesinambungan huruf antara perkataan akhir dan awal, ‘sini’ digunakan masyarakat negara China dan ‘Psudu’ ( huruf jawi yang palsu) yang digunakan masyarakat Eropah.

“Masyarakat Eropah juga berminat tapi disebabkan mereka tak pandai menulis huruf jawi, mereka cipta satu tulisan yang menyerupai bentuk tulisan asal, tapi hanya difahami oleh mereka. Kebanyakannya berbentuk puisi atau syair yang menggambarkan suasana kehidupan mereka.

“Hasil yang dilakarkan tak boleh dianggap sebagai kaligrafi Islam kerana tak bersandarkan pada ayat Quran, namun diterima dalam komuniti dunia hari ini atas semangat ukhwah,” katanya.

©New Straits Times (M) Berhad

Thursday, June 17, 2004

Lelaki diakhir zaman ini...

Lelaki diakhir zaman ini..

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Keberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..


Mardiana Mat Ishak
UIAM

Wednesday, June 16, 2004

G1.10 in memory..

to my ex-roommates
hidayah nuruddin, izzah sidek, and farahiyah jasni..

~~ Friends are a Joy ~~
The warmest thoughts
We ever send
Are those that go
From friend to friend.
The happiest wishes
We ever make
Are the wishes made
For friendship's sake.
The loveliest memories
That we know were made
With good friends
Long ago.
The brightest tomorrows
Yet to be,
We'll find in
Friendship's company.

gambar kenangan..

palestin oh palestin..

speech ni sepatutnya dibacakan masa speaker's corner sempena Palestinian Week 2004.Tapi memandangkan keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan,so terpaksalah tak baca speech ni..lagipun hari tu adalah last day utk speaker's corner..tengok2 terpaksa cancel sbb apa ntah..(fuuhh..dlm hati lega sungguh!.."Sori moza!"hehehe...mungkin lain kali..insyaAllah..

نحن نسمع عن قضية فلسطين منذ القدم، وإن قضية فلسطين ليست بقضية عربية فحسب، وإنما هي قضية المسلمين في كل أنحاء العالم،   وكما أن هذه القضية أيضا هي مسألة إنسانية مستمرة لا نهاية له.

وأود أن أذكر نبذة مختصرة عن تاريخ هذه القضية. في مايو 1948 حدثت نكب فلسطين عندما فشلت الجيوش العربية في وقف تقدم القوات اليهودية لعدم اتباعها استراتيجية هجومية مشتركة. وقد اجتاحت قطعان المستوطنين اليهود المدن والقرى الفلسطينية بهدف ترويع أهلها وطردهم منها قبل انتهاء مد الانتداب البريطاني على فلسطين. ففي الخامس عشر من شهر مايو قد نجحت خطة الترويع والمذابح اليهودية في طرد 800 ألف فلسطيني من أراضيهم. وفي صبيحة ذلك اليوم أعلن الرئيس الأمريكي هاري ترومان اعتراف بالحكومة المؤقتة لها. وقد استشرى السرطان (الإسرائيلي) في فلسطين حتى تمكن من التهام 78% من الأراضي الفلسطينية حتى عام 1967 عندما حدثت النكبة الثانية بهزيمة الجيوش العربية أمام اليهود الذين وضعوا أيديهم على كامل التراب الفلسطيني.

إن هذه الذكرى يجب ألا تمر علينا مرور الكرام ذلك أنها فرصة مناسبة لإعادة التذكير بحقاق الصراع الذي يتعرض للمسخ والتشوية تحت دعاوي التطبيع.

فقضية قلسطين ليست لها نهاية طيبة, فهل نحن نهتم بهذه القضية؟ ولذلك أقام اتحاد طلاب الجامعة الإسلامية العالمية أسبوع فلسطين لتوعية أفراد المجتمع عموما، وطلاب الجامعة خصوصا عن القضايا المتعلقة، بشعب فلسطين، ومعاناتهم. وكما أننا نركز أيضا ما يعانيها شعب فلسطين من صعوبات ومعانات، لكي نستطيع أن نعايش من بعيد نضالهم وكفاحهم ضد الصهيونية.


............to be continued...........

Minni Ilaik:

(article dlm B.Arab):not posted yet..

Tanbihul ghafiliin: Masa kecil ditimang Ibu..sudah besar ditimang gelombang..

Masa kecil ditimang ibu..sudah besar ditimang gelombang..

Dalam mengharungi perjalanan untuk mencapai matlamat, indah rasanya jika sesekali kita mengimbas kembali sejarah hidup kita, yang telah lama kita tinggalkan, yang pasti tidak akan berulang kembali…di mana secara semulajadinya kita dilahirkan dalam keadaan yang mampu berdiri diatas kaki sendiri dan mampu berusaha apabila ditinggalkan sendirian..begitulah kini..gelombang hidup itu kadangkala kecil dan kadangkala besar, menjadi asam garam sepanjang hidup kita.

Maka apakah itu kejayaan? Pastinya sudah banyak kejayaan dan kegagalan yang kita lalui…

Mungkin kita tidak ingat…dahulu tatkla kita baru mula belajar mengiringkan badan kita..kita cuba dan terus mencuba,…tapi gagal. Namun kita cuba lagi dan kita gagal juga. Tapi kita tahu bahawa cubaan kali ini adalah hampir kepada kejayaan. Dengan semangat yang kental..kita mencuba lagi dan berjaya..
Mungkin kita tidak ingat..betapa gembiranya ibu kita atas kejayaan kita itu..Dan ayah kita memeluk kita dan mencium kita..Kitalah anak kemegahan mereka..comel..cantik..indah dan menawan.

Mungkin kita tidak ingat, sewaktu kita mahu mula belajar berjalan,.kita selau jatuh. Kadangkala kita menangis, kadangkala kita tertawa.
Jatuh itu sakit, tapi kita tahu bahawa kita perlu merasa sakit dahulu sebelum meraih kejayaan. Tiada siapa yang mengajar kita itu semua..ianya sedia ada dalam diri kita. Kita degil, sebab itulah kita berjaya!
Kita panjat tangga dan jatuh. Kita menangis dan panjat lagi
Kemudian bila sudah biasa, kita masih tidak puas. Kita jatuh pula. Tersangkut kaki kita. Kita menangis lagi dan kemudian terjun lagi.

Sekarang kita sudah dewasa. Sepatutnya kita sudah terbiasa bila ditinggalkan dan sewaktu dalam kesusahan. Kemanakah perginya semangat kita yang berkobar-kobar sewaktu kecil itu? Bangkitkan semula semangat itu!


happy wedding day!

Happy Wedding Day..

To my beloved sister and brother-in-law..kak anis n abg. Zaki..

5/6 Jun 2004..Didoakan semoga diri akan sentiasa sabar dan tabah dalam melayari bahtera rumahtangga..yang pastinya semoga hidup sentiasa diberkati ilahi selalu..

p/s:

Abg. Zaki : ha sekarang barulah boleh diiktiraf..sbb dah naik taraf..jaga kak anis molek2 deh..semoga diri menjadi suami mithali dan bapa mithali..insyaAllah..

to kak Anis : semoga menjadi isteri kebanggaan suami..dan taat pada ilahi..isteri mithali dan ibu mithali..InsyaAllah..

Monday, June 14, 2004

laman web maktab mahmud

post pages
sila layari laman web sekolah saya!
nak melalui sini pun boleh..klik dekat Link pun boleh..

Assalamualaikum wbt...Salam Ukhuwwah Fillah!

This is my first step..trying something new..i come out with my personal weblog (from zero knowledge), So saya amat mengalu-alukan sebarang komen atau teguran yang membina utk saya..so that I can learn somethin’. Kebanyakan weblog shbt2 saya membincangkan isu hal ehwal semasa,..create jurnal peribadi dan sebagainya..(so sila lawati lamanweb2 tersebut melalui link2 yg telah disediakan.. Banyak manfaat yang anda akan dapat!)

But for me..this is one of my hobbies ( writing Islamic Calligraphy/ Khat).. I just want to share with all of you ttg Islamic Calligraphy ni..sebab itu blog ini diletakkan “seni warisan Islam mekar sepanjang zaman”. Harapan saya semoga usaha percubaan ini dapat memberikan manfaat pada diri sendiri dan semua..InsyaAllah..

dinaluzriq.blogspot.com :

(Mula-mula saja nak “menerai”,..try buat blog sendiri..tengok2 alhamdulillah menjadi jugak..so proceed saja..)
Diletakkan “seni warisan Islam mekar sepanjang zaman”..Inilah niat asal masa mula2 nak buat blog..Satu blog khas untuk Seni Kaligrafi Islam..tapi bila difikir2 balik..banyak benda jugak tu..so, apa salahnya kalau dimuatkan sekali jurnal peribadi dan apa2 saja yang dirasakan sesuai..jadinya InsyaAllah..dalam blog saya ni,..akan barkisar pada beberapa benda:

1)ttg Islamic Calligraphy: (bergantung jugak pada masa dan keadaan), sekarang ni tengah belajar nak masukkan gambar and so on... InsyaAllah akan dimuatkan...Ttg khat, hasil2 karya peribadi dan sahabat2, dan daripada mana2 sumber.

2)Tanbihul ghafiliin : (Peringatan orang-orang yang lalai) Tazkirah untuk diri sendiri dan semua. Samada daripada sendiri utk sendiri, atau dipetik dari mana2 sumber.

3)Minni Ilaik : (Dariku Untukmu),..Artikel atau karya didalam B.Arab, samada hasil karya sendiri atau dipetik dari mana2 sumber.

4)Link-link yang bermanfaat untuk diri sendiri dan semua.

4)Apa-apa saja yang nak dimuatkan

+ artikal dlm B.Arab, B.Melayu, B.Inggeris

P/S: utk update blog ni pun bergantung jugak pada kondisi masa dan keadaan..i'll try..but what can be said is..InsyaAllah..

“InnAllaha jamilun yuhibbul jamal”
-Sesungguhnya Allah itu cantik , Dia menyukai kecantikan..

Salam Ukhuwwah dari saya..

“Cintailah Seni Warisan Islam”…

Seni warisan Islam akan mekar sepanjang zaman selagi ada pewarisnya*..
P/s: *pewaris- kitalah pewarisnya!..generasi Islam..