Tuesday, August 16, 2016

8 Sebab Kenapa Anak Lelaki Perlu dibiasakan Melakukan Kerja-Kerja Rumah.

Tidak semua wanita bernasib baik mendapat suami yang ringan tulang (rajin membantu). Nasiblah siapa yang pilih kan?? Hehe..

Saya pernah terima soalan dari seorang client. "Puan, macam mana nak buat ya, suami saya sangat susah nak tolong buat kerja-kerja rumah, saya yang jadi penat akhirnya".

Sebenarnya rajin atau tak. Suka tolong atau tak, sikap itu boleh diasah. Takkan hanya sebab tu nak tukar suami kot??. Kan..
.
Ok, 2 perkara yang boleh bantu kita sebenarnya;

1. Sikap yang diubah (dengan adanya kesedaran) 2. Ada sistem dalam rumahtangga.



Sebab tulah amat penting anak lelaki diajar urus rumahtangga sejak dari kecil. Suami saya kata, "Biasanya, kaum lelaki yang rajin atau malas ini adalah hasil dari apa yang dia terima masa kecil".

Yess. I agree with that! Alhamdulillah, he is the only son in his family. It's proven!



Apa respon kita bila anak nak jugak “sibuk” di dapur?
======================================

Biasanya kalau anak kita datang dapur nak tolong, apa yang kita akan kata?

"Pegilah main kat depan tu",

"tak payahlah tolong nanti jadi lagi lambat!",

"pegi sana, pegi sana main jauh-jauh",

"ishh kacau ajelah mommy nak buat keje".

Ha...ada sesiapa suka respon macam tu tak? Kalau ya, tolong hentikan segera okey...


Pengalaman Sendiri
==============

Saya masih ingat lagi. Masa tu (kalau tak salah saya) Uways 8 tahun, Umayr 5 tahun, Sofieyya 2 tahun. Saya sakit kepala ya amat + period pain. Suami belum balik. Untuk makan malam haritu saya hanya beli sahaja.

Saya tak boleh nak bangun. Letak minyak angin. Tidur. Hanya pesan kat Uways, "Uways tolong tengok adik makan na, ummi nak tidur".

Dalam kepala runsing. "Habislah dapur nanti macam manalah jadinya, jenuhlah nak kemas balik nanti.. dengan sakit kepalanya..".

Selesai makan, diorang naik atas. Main. Saya gagahkan diri bangun nak tengok dapur. Takut lipas makan makanan tumpah. Takut lampu kipas tak tutup.

Masuk-masuk dapur. Tau tak apa yang berlaku?. Mahu menangis dibuatnya. Allahuakbar! Mereka 3 beradik siap basuh, kemas, lap, tutup dan clearkan semua benda seperti asal! Subhanallah Alhamdulillah! Barakallahufihim!
.

(Gambar Hiasan)

Sakit kepala jadi hilang. Saya naik atas. Terus peluk diorang. "Uways, Umayr, Sofieyya, terima kasih sangat-sangat tolong ummi kemas balik lepas makan tadi".

Uways; "Kitaorang kesian dekat ummi”.

Umayr: “Haah, kitaorang tak nak ummi penat"..

Allah..terharunya... 😭😭

Dari situ, saya akui apa yang dikatakan, “Anak-anak akan terbiasa dengan apa yang dibiasakan”. “Apa yang dia lihat (dari ibubapa) itulah dia belajar dan tiru”.


Ada siapa yang nak chup jadi calon menantu ka? Hehe.. gurau je.. Doakan mereka dan anak-anak kita semua bertanggungjawab pada diri, ibubapa, agama,  keluarga dan masyarakat. Cemerlang Dunia Akhirat insyaAllah.


Moral of the Story, 8 sebab anak lelaki perlu diajar melakukan kerja-kerja rumah adalah:

1. Membentuk lelaki sejati awesome

Ini  barulah lelaki sejati awesome! Insyaallah sikap yang dibiasakan akan terbawa-bawa sehingga besar. Insyaallah akan turut sama membantu isteri nanti bila dah kahwin. Ikut Sunnah Rasulullah Saw.

2. Kreatif

Kadang-kadang susun atur diperlukan. Bagi saya ia menggalakkan problem-solving. Mereka juga akan berfikir bagaimana untuk susun dan kemaskan barang-barang.

3. Penyayang

Daripada pengalaman saya tadi, pada saya mereka serlahkan rasa empati, sayang dan kasih kepada kita. Mereka lakukan bukan kerana disuruh atau dipaksa. Mereka yang memilih untuk buat. Alhamdulillah.

4. Ringan Tulang

Ia memupuk sikap ringan tulang. InsyaAllah harapnya akan membantu orang lain juga; guru-guru, rakan-rakan dan lain-lain.

5. Disiplin

Ia juga berkaitan disiplin. Rumah tunggang-langgang atau kemas dan bersih kerana sikap dan disiplin. Bukan kerana rumah baru atau lama. Rumah besar atau kecil. Rumah sendiri atau rumah sewa. Islam ajarkan kebersihan. Disiplin ini jika tidak diasuh, hilanglah nilai “Kebersihan itu sebahagian daripada Iman”.

6. Lebih Bertanggungjawab

Berkongsi kerja akan mengurangkan stress sesama ahli keluarga (esp maklah!. Hehe). Setiap ahli keluarga merasakan dirinya penting, bertanggungjawab dan diperlukan. Kajian juga menunjukkan bahawa dengan melakukan kerja-kerja rumah itu mereka belajar bagaimana sesebuah keluarga itu berfungsi (http://m.raisingchildren.net.au/articles/tasks_and_chores_involving_kids.html)

7. Self-esteem (tinggi harga diri)

Kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidak diberikan satu-satu kerja khusus mempunyai lebih tinggi harga diri, lebih bertanggungjawab dan lebih mampu untuk berhadapan dengan kekecewaan dan kelewatan kepuasan. Semua itu turut menyumbang kepada kejayaan yang lebih besar di sekolah. Tambahan pula, kajian oleh Marty Rossman menunjukkan bahawa dengan melibatkan kanak-kanak di dalam kerja-kerja rumah pada usia yang muda boleh memberi kesan yang positif di kemudian hari. Malah, kata beliau, "Ramalan terbaik untuk kejayaan seorang remaja pada pertengahan 20-an adalah, mereka mengambil bahagian di dalam kerja-kerja rumah sejak mereka berusia tiga atau empat." (http://centerforparentingeducation.org/library-of-articles/responsibility-and-chores/part-i-benefits-of-chores/)

8. Membentuk karakter

Kesemua itu dan apa yang mereka lalui hari demi hari merupakan pelajaran baru untuk kanak-kanak. Bagaimana kita respon itulah akan membentuk peribadi mereka kelak.


Belajar Secara Tidak Langsung
=======================

Jangan kata apabila mereka ada di dapur atau mahu mahu membantu apa jua kerja itu sebagai menyusahkan dan melambatkan (walaupun itulah hakikatnya! J ). Mereka sedang belajar sebenarnya. Ia sebenarnya termasuk anak lelaki dan perempuan.

Kanak-kanak belajar dalam banyak cara. Bukan hanya setakat pandai baca, tulis, kira sahaja. Hidup ini sebenarnya lebih dari itu.

Pembentukan sikap diri (akhlak) itu yang lebih utama. I am still struggling with that. Membentuk sikap, peribadi, akhlak dan iman itu jauh lebih sukar dari mengajar ABC, AlifBaTa! Ya Allah.. bantulah kami…


Monday, August 15, 2016

Rindu pada Blog ni!!

Seriously, tiba-tiba rasa rindu sangat pada blog dinaluzriq.blogspot.com ni.

Nilah blog yang banyak mengajar selok-belok memblogging sampai tahap sudah tahu buat website .com sendiri!. Rasa macam di anak tirikan pulak. Habis madu, sepah dibuang. Bagai kacang lupakan kulit!

Bukannya apa. Ada komitmen lain yang perlu didahulukan. Tambahan pula, bila ada FB dan Instagram yang lebih mudah dan cepat untuk update sesuatu.

Anyway..InsyaAllah, akan aktifkan semula  blog ni. Tak baik tau.. dahla sejak 2004 kot...

Sejak bergelar Mahasiswi sampailah dah ada anak 3 ni.. Rasa macam sayang sangat banyak juga perkara yang tidak diabadikan disini. Mudah-mudahan ada pembaca yang mendapat manfaatnya.