Hari ini sedikit lain dari hari-hari biasa.
Sengaja ummi abadikan “saat” ini agar Uways dan
Umayr ingat insyaAllah bila sudah besar nanti.. Waktu ini hanya kita bertiga
(berempat kalau dikira sekali baby yang abang Uways dan Umayr tak sabar2
menanti ni, insyaAllah). Abi ada kuliah maghrib seperti biasa.
13.6.13 (Rabu)-9.22pm
Sesi pengulangan bacaan ayat baru Surah Hafazan untuk ayat 25-26 surah Luqman.
“Dan sesungguhnya jika engkau
(wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab:
"Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah"
(sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak
mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid
dan pengertian syirik).”
“Allah jua yang memiliki
segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha
Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”
Tiba-tiba ummi terasa untuk berpesan kata-kata
ini kepada uways.
“Uways, nanti bila ummi dah tak ada, Uways
ingatlah yang ummi pernah ajar Al-Quran kat Uways, ajar hafazan kat Uways.
Uways jangan tinggal solat, kena baca Al-quran selalu dan hafaz al-Quran na”..
Pada ummi, walaupun hero sulung ummi ini memang
seorang yang “aktif” dan kental tetapi disudut kecil hatinya ada terselit perasaan
sensitif, berbanding Umayr.
Kata-kata ummi itu menyebabkan mata Uways sedikit
kemerah-merahan dan mempunyai “air takungan”. Sambil tangan Uways
menggosok-gosok mata comel itu. Ummi perasan.
Tiba-tiba uways terus memeluk ummi dan manangis
samahu-mahunya sambil berkata, “Ummi, uways tak nak ummi mati”…
Hati dan perasaan ummi turut sama cair. Kita sama-sama
menangis.
“Uways sayang ummi”, kata Uways sambil memekup
muka di bahu ummi. Menangis teresak-esak.
Umayr yang tadi leka bermain kereta tidak
semena-mena datang juga memeluk ummi. Sambil mengikut kata-kata si abang, “Umayr
sayang ummi”.
Ciuman ummi singgah di pipi Uways dan Umayr.
“Ummi
pun sayang uways dan umayr. Kalau uways dan umayr sayang ummi, uways kena
ingatlah yang ummi pesan ok, jangan tinggal solat, kena baca al-Quran selalu,
hafaz al-Quran, jadi anak soleh, doakan ummi dengan abi na”.
“Ummi, Uways tak nak ummi mati”…
“Iyalah, kita semua tak tahu kita akan mati
bila. Allah je yang tahu. Cuba uways tengok Amni, kan ummi Amni dah taka da.
Kalau Allah kata ummi mati dulu, ummi tak adalah”…
“Ummi, nanti kalau malaikat dah tiup angin,
ummi peganglah tangan uways kuat-kuat”.
Kata Uways
“Uways, nanti bila hari kiamat, semua orang
akan fikir diri sendiri je. Kita tak dapat nak fikir orang lain dah. Nanti yang kita akan fikir, Ya
Allah, macam manalah aku ni, aku ni
masuk syurga ke neraka,”
Khusyuk Uways dan Umayr mendengar.
Sambung ummi, “ kalau kita banyak buat baik, nanti timbang kita berat sebelah
kanan ni, masuklah syurga, kalau kita buat jahat, nanti berat sebelah kiri ni,
masuklah neraka, kawan dengan syaitan”…
“Uways tak nak kawan dengan syaitan”. Sambung Uways
lagi.
“Ok kalau tak nak kawan dengan syaitan, nak masuk syurga kita kena banyak
buat baik ok?”.
Uways dan Umayr pun mengangguk tanda faham.
“InsyaAllah, Ok dah jom kita sambung baca”. Balas
Ummi.
Sambil ummi mengesat air mata Uways dan
menghadiahkan “kucupan sayang dan doa” buat anakanda tersayang”…
Semoga Uways dan Umayr membesar menjadi hamba Allah yang Soleh, hafiz
al-Quran dan pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa…Amiin…
Buat Uways dan Umayr, inilah video kenangan
malam tu… Ummi sayang Uways dan Umayr! Semoga Allah memberkati kalian…
Salam sayang dari ummi buat Uways dan Umayr...