Ibarat
beginilah.. Biasanya kalau seorang wanita itu di “tackle” oleh seorang lelaki.
Dia sangat tidak suka dan membenci si lelaki itu dengan sebenci-bencinya.
Selalu orang akan berpesan, “kalau benci pada seseorang itu biarlah
berpada-pada, kelak kita akan jatuh cinta dan terus akan sukakanya. Kalau
sayang pada seseorang itu juga biarlah berpada-pada kelak takut kita pula akan
membencinya tanpa ada maaf untuknya pula”.
Jadi, saya
lebih suka untuk bersedarhana.
Yang BENAR
tetap BENAR, Yang SALAH tetap SALAH. Baik untuk mana-mana parti.
Lihat apa
yang berlaku sekarang. Tidak perlu saya sebutkan siapa. Dahulu beridealime
sakan, bukan main menghentam, “kutuk rapat”, punya pihak yang satu lagi.
Tengok-tengok sekarang, aik? Lain pula jadinya. .. Allah boleh bolak-balikkan
hati-hati kita..
Itu sudah
cukup menjadi peringatan buat saya. Suka dan tidak suka itu biarlah
berpada-pada. Takut apabila terlampau suka,akan berubah menjadi terlampau benci
dek sedikit kesilapan yang dilakukan.
Namun
tidaklah bermakna saya tidak mempunyai pendirian terhadap parti politik yang
ada sekarang. Setiap orang mempunyai pandangan dan pendirian masing-masing.
Pilihan sendiri, untuk diri sendiri dan masa depan generasinya.
PRU 13
& Manifesto Parti
5 Mei 2013
hari penentu. Kita akan menunaikan amanah untuk memilih pemimpin kita.
Perbandingan Manifesto menjadi pilihan saya. Kerana pada saya, Pilihanraya
adalah medan untuk rakyat membuat pilihan, wakil mereka. Kita yang menghantar
wakil, jadi kitalah yang berkuasa!
Pilihan
kita kepada mereka yang boleh memberi kaedah terbaik dalam mengurus Negara.
Biarlah kekayaan Negara itu rakyat dapat rasai bersama...
Secara
umumnya, BN saya lihat lebih kepada PEMBERIAN. PR lebih kepada PEMBERIAN DAN
PENJIMATAN. Pada saya rakyat golongan biasa, manifesto PR lebih dekat dihati
dan memahami keperluan kami seisi keluarga. Pengurangan kos, disamping
pengawalan perbelanjaan diri sendiri dan seterusnya penambahan tabungan masa
hadapan.
Ingin
disentuh hanya beberapa perkara. Dalam bentuk pemberian, situasi saya. Saya
tidak dapat BR1M, saya tidak dapat BB1M, saya tidak ke KR1M (kerana kos
kenderaan untuk kesana, lebih baik di kedai runcit berdekatan rumah sahaja). Ya
memang benar, ada iklan di TV “kecil pemberian pada kita tapi besar nilainya
pada mereka”. Ya, bagus untuk memberi, malah harapnya lebih lagi. RM 500
setahun bersamaan RM 41.66 sen sebulan.
Namun,
situasi saya, saya tidak menikmati “kekayaan” Negara yang saya sayangi ini.
Manifesto
PR, ada pemberian dan penjimatan. Dalam situasi saya, suami berulang setiap
hari dari Gombak ke USIM, dengan kos Tol dan Minyak hampir RM 1000 setiap
bulan!. Allah, betapa saya boleh membuat penjimatan, dan menambah tabungan masa
hadapan kami setiap bulan!. Ini saya yakin, lebih menepati kos sara hidup zaman
kini.
Isu
Pembangunan.
Kadang-kadang
saya agak kecewa. Isu pembangunan yang tidak habis-habis dimainkan di TV. Yang
terbaru tadi saya lihat kata seorang wakil rakyat BN, “kita akan membina
Hospital Pakar di sini”. Saya sabagai rakyat biasa ini terfikir, “buat hospital
pakar, baguslah, tapi siapa yang dapat duit sampingan pembinaannya? Kami rakyat
apabila ke hospital pakar, bukannya secara percuma, kos hospital pakar
tersangatlah mahal!”, “siapa pula yang untung dan siapa pula yang rugi?”.
Adakah hanya sekadar berbangga dengan hospital pakar yang ada?
Siapa yang
tidak ingin melihat Negara pesat membangun? Alhamdulillah.. cantik mata memandang,
sejuk hati melihat. Tetapi kami sebagai rakyat, adakah hanya dapat berbangga,
sekadar pergi ambil gambar, posing2 di hadapan bangunan tersebut sahaja? Apa
pulangan untuk kami pula? Siapa yang dapat untung dari projek pembangunan
tersebut? Sedih juga kadang-kadang apabila isu ini dimainkan sebegitu rupa.
Kami rakyat biasa ini boleh berfikir…
Justeru,
buat rakan-rakan diluar sana, ayuh berfikir dengan mata hati… Kekayaan Negara
yang kita cintai ini ingin juga kami sebagai rakyat merasai. Sekurang-kurangnya,
hasil kekayaan tersebut dapat kami nikmati melalui pengurangan kos sara hidup
kami. Bukan sekadar pemberian RM yang hanya akan habis begitu sahaja,
berbanding penjimatan yang boleh dilakukan setiap bulan…
Ayuh
rakan-rakan, kita memilih dengan bijak. Bagi yang masih atas pagar, buatlah
istikharah. Bukan hanya istikharah untuk berkahwin sahaja.. :) Apabila esok
Allah tetapkan hati yang itu, itulah pilihan kita, insyaAllah…
Setiap parti ada pro dan kontranya. Tiada yang
maha sempurna melainkan Allah. Pohonlah agar Allah tunjukkan pilihan pemimpin
yang lebih cenderung kepada kebenaran dan keadilan. Sebagai seorang Islam,
pemimpin yang boleh membimbing dan menunjuk rakyat jalan kearah kebaikan, yang
Ikhlas dan ada usaha dalam menjunjung syariat Islam, bukan hanya sekadar syiar
Islam…
Selamat Mengundi… :)