Wednesday, January 23, 2013

Tip Didik Anak: Teori 1H-1H


Sebelum ini saya ada menyentuh soal tip didik anak yang bermula dengan al-Quran.  Boleh baca sini.


Perkara kedua yang perlu dititikberatkan oleh kedua ibubapa yang mementingkan pendidikan Islam untuk anak adalah untuk mencintai baginda Nabi SAW. 

Bagaimana untuk ibubapa yang masih mempunyai anak kecil boleh mendiidk mereka untuk mencintai Nabi?

Teori yang diambil daripada buku “Motivasi Gaya Rasulullah” ini mudah-mudahan menjadi satu suntikan motivasi bagi diri si anak dan ibubapa yang ditanam sejak kecil. 

 FB: http://www.facebook.com/MotivasiGayaRasulullah
Blog: http://www.motivasigayarasulullah.blogspot.com/


Teori 1H ini bermakna: 1 Hari, 1 Hadis.

Saya ingin mengambil 2 contoh ini. Saya ada terbaca kisah mengenai Beliau yang sangat hebat ini. Ibunya sejak kecil seringkali membacakan hadis  kepadanya. Akhirnya apa yang berlaku, beliau menjadi pengumpul hadis-hadis Sahih baginda Nabi SAW. Beliau yang saya maksudkan adalah Imam Bukhari.

Motivasi dari hadis Nabi SAW yang sentiasa disebut oleh ibunya untuk si anak ini sejak kecil. Beliau selalu dibawa oleh ibunya diatas sebuah bukit sambil melihat kepada kota itu sambil membacakan hadis tersebut. Dorongan tersebut menjadikan beliau bersemangat dan termotivasi untuk merealisasikannya!. Hadisnya:

(لتفتحن القسطنطينية، خير الأمير أميرها وخير الجيش جيشها)

"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Beliau yang saya maksudkan, siapa lagi kalau bukan Sultan Muhammad Al-Fateh. Bukankah kerana termotivasi oleh hadis Nabi Saw, serta galakan dan sokongan dari ibu tercinta menjadikan beliau semangat untuk merealisasikan menawan Kota Konstantinopel? Akhirnya Kota tersebut Berjaya ditaklukinya.

Jadi, buat diri saya yang menulis dan semua ibubapa diluar sana, ayuh kita tanamkan kecintaan anak-anak kita terhadap baginda Nabi SAW dengan mengamalkan apa yang baginda tinggalkan. Bermulanya dari tindakan kita sekarang, sekalipun kesannya kita belum terzahir sekarang, insyaAllah, pasti dimasa akan datang! InsyaAllah…

Sebagaimana didalam Hadis Nabi ada menyebut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan pada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasulullah (s.a.w.)”.

Langkah-langkah:

1.         1. Baca Hadis sebelum tidur

Jadikan aktiviti  membaca sekurang-kurangnya 1 hadis sudah memadai. Dalam masa 5 minit sudah mencukupi. Ingat ibubapa tidak perlu menjadi seperi pemberi tazkirah ya. Saya tahu ramai ibubapa sibuk. Jangan pening-pening kepala memikirkan, "macam mana ni, ABC belum diajar, Alif Ba Tapun tak habis lagi, buku yang lain pun tak baca lagi, banyaknya nak ajar"..Hehe..Usah pening-peningkan kepala. Ambil masa sedikit sahaja untuk membaca Hadis, samada selepas solat berjemaah atau sebelum tidur dan sebagainya,  insyaAllah ada manfaatnya.. :)

2. Bercerita sebelum baca Hadis

Sebelum memulakan sesi membaca Hadis, ajukan beberapa soalan untuk dijawab., Contohnya, “Siapa Nabi Muhammad?”, “Hadis Nabi itu apa?”, “Sayang tak pada nabi?”, “Kenapa kita perlu sayang dan ikut nabi?”, juga boleh bercerita tentang sahabat-sahabat baginda, kisah-kisah nabi yang sayangkan kanak-kanak dan sebagainya. Apabila mereka menjawab, puji dan terangkan serba sedikit tambahan dari ibubapa.

  1. Cuba mengingati
Ini bagi kanak-kanak yang lebih besar (lingkungan 3 tahun keatas). Boleh menyebut dengan mereka bersama hadis tersebut. Jika tidak, memadai ibubapa yang membaca.

  1. Penjelasan dan Penerangan
Penjelasan dan penerangan tidak perlu panjang jela. Hanya sebut poin yng penting sahaja daripada gambar (Buku Hadis Bergambar Kanak-kanak). Namun jika tidak memungkinkan untuk ibubapa memberikan penjelasan, memadai hanya membaca.

  1. Hadis Buku Bergambar
Buku Hadis bergambar untuk kanak-kanak insyaAllah dapat membantu. Ia bukan sahaja menarik, malah hadis sahih terpilih itu juga amat sesuai sebagai pendedahan awal untuk kanak-kanak mencintai hadis Nabi.

Cadangan Buku:


(Buku ini versi Indonesia yang telah dibeli ketika mengikuti program Twins of Faith 2011. Isi kandungan dan cara persembahannya sangat menarik!)

Jika para pembaca inginkan versi Bahasa Melayu, boleh dapatkan buku ini terbitan PTS:


Aktiviti bukan sahaja bermanfaat insyaAllah untuk si anak pada masa sekarang dan masa hadapannya, malah untuk ibubapa sendiri dalam mengingati hadis nabi dan mengikuti apa yang baginda SAW tinggalkan.

Semoga dengan membaca hadis-hadis baginda Nabi SAW ibarat menjemput baginda ke dalam rumah kita untuk memberi peringatan dan nasihat buat kita seisi keluarga. 

Ayuh hidupkan kecintaan kita sekeluarga terhadap Nabi SAW serta para sahabat, isteri-isteri serta mereka yang mencintai baginda dengan mengikuti sunnah baginda. 

 
Semoga kita akan tergolong dikalangan ummatnya yang terpilih.. 

We LOVE You MUHAMMAD SAW… Allahummasalli'ala Muhammad wa'ala 'ali Muhammad...


 Salam Maulidurrasul 1434H/2013

Friday, January 18, 2013

Suka Duka 2012: Duka 2012

Setiap tahun yang berlalu pergi pasti akan meninggalkan suatu kenangan yang akan kekal terpahat di sanubari. Samada ia akan meninggalkan satu perasaan suka mahupun duka dihati. Bagi meletakkannya sebagai satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan, segalanya ini menjadi catatan…

Duka 2012

Vios accident

Lembaran duka tahun baru bermula apabila kereta kami accident. Pada Raya tahun baru cina 23 januari 2012. Kereta vios hitam.

Alkisahnya suami memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengambil tisu yang tertinggal (bahu jalan yang jaraknya secara logik akal memang mustahil untuk kereta menjulur kesitu, agak jauh dari jalan) di bawah jambatan selepas dari Hospital Sultanah Bahiyah. Kami baru pulang menziarahi tok di  Pokok Sena dan akan pulang ke KL pada hari itu juga.

Suami saya keluar mengambil tisu tersebut di bonet kereta. Sejurus bonet kereta ditutup, “Dum”. Tidak sampai bebrapa saat ia diikuti satu lagi dentuman yang begitu kuat, “Dum!”. 

Allah! Saya didalam kereta menjadi kaget, mencari-cari dan melihat suami di belakang. Selamatkah dia? Uways dan Umayr pula terjatuh, terperosok dibahagian belakang kerusi pemandu sambil menangis. Mereka bersama Acu Dhihah di bahagian tempat duduk belakang.

Alhamdulillah suami saya tidak apa-apa. Saya keluar melihat apa yang berlaku diuar. Mukanya tercengang terkejut tanpa sebarang kata, melihat kereta kesayangannya remuk dibahagian belakang tanpa diduga. Allahuakbar! Sekelip mata!.



Tiba-tiba seorang doktor muda Melayu wanita keluar dari kereta Rush. Bahagian depan keretanya rosak teruk. Kereta baru. Enjin pecah. Keluar dengan terpinga-pinga, berdarah sedikit di dagu, sambil berkata, “Oh God, maaf2 saya tidak tidur 36 jam...Boleh bawak saya ke hospital?” (sambil memegang dagunya yang berdarah mungkin terkena brooch).

Suami saya pun berkata, “Allah nak buat macam mana benda dah nak jadi. Nak bawak pegi hospital macam mana kereta kami ni pun teruk.”

Geram dan marah pun ada. Kalau fikir dengan emosi, mahu sahaja “merepek” panjang padanya. Walhal jarak dari Hospital Sultanah Bahiyah untuk ke bawah jambatan itu tidaklah jauh mana, agak mustahil akan terlelap sebegitu cepat. Ada dua kemungkinan yang dirasan. Mungkin memang mengantuk sangat hingga terlelap dalam keadaan membawa kereta begitu laju, atau leka berSMS. 

Tapi qada’ qadar Allah telah tetapkan sebegitu. Ataupun mungkinkah perkara yang tidak elok pula akan berlaku di pertengahan jalan ke KL?. Hikmahnya semua dalam pengetahuan ilahi. Kami hanya redha.

Apa yang pasti, saya bersyukur sangat, Alhamdulillah suami saya tidak apa-apa. “Kalau”lah beliau terlambat sedikit selepas menutup bonet kereta, “Nau’zubillahiminzalik, mungkin sudah arwah katanya”. Na’uzubillah, dan Alhamdulillah. Bersyukur juga dengan adanya muatan beg dan barang yang penuh dibahagian belakang menjadikan bonet tersebut tidak terperosok sehingga mencederakan anak-anak saya dan acu dhihah dibahagian belakang. Syukur ya Allah.


Perginya seorang Bidadari: Hasnah 

3 Jun 2012, jam 4.29 petang. 
Blognya yang akan menjadi kenangan:  http://thenhfamily.blogspot.com/

Saya menerima berita ini ketika dalam perjalanan dari family day QLD di Johor/N9 (kalau tidak silap). Dimaklumkan arwah accident ketika sedang menyusukan anaknya, arwah tunduk untuk melindungi anaknya di dalam pangkuan. Pendarahan teruk dibahagian kepala. Agak terkilan tidak dapat menghadiri dan mengiringi jenazah di Shah Alam. Dimaklumkan ramai jemaah yang bersembahyang jenazah.

Saya mengenali rapat dengan beliau. Segalanya bermula selepas sama-sama mengikuti Bengkel/Kem Penulis Muda (Kemprit) di bawah asuhan Tn. Fauzul Naim dan Pn. Ainon Ahmad di rumah Pn. Ainon di Janda Baik, diikuti bersama-sama menjadi komiti Taaruf Week dibawah satu komiti yang sama. Adakalanya arwah akan ke bilik saya dan kadang-kadang saya akan ke biliknya. Berkongsi pelbagai cerita.  Dakwah Kampus, penulisan dsb. Dan saya juga selalu juga mengorek cerita tentang “sudahkah diri berpunya”..

(arwah disebelah kiri saya-kiri sekali)


Saya rindukan senyuman manisnya dan percakapannya. Kali terakhir saya menghubunginya adalah ketika saya ingin mengetahui tentang brand pam susu yang terbaik dan cara-caranya. Perkongsiannya sangat membantu saya yang Alhamdulillah dapat cukupkan 2 tahun penyusuan susu ibu kepada anak kedua saya.

Sayu terasa apabila membaca post suaminya mengenai dua orang anaknya tentang ingatan mereka pada arwah. Semoga Allah memberi ketabahan dan akan mengumpulkan kemabli kita semua di syurga..

Perginya seorang Bidadari: Nurulazani Ahmad Ludin

23 September kembalinya sahabat yang amat dikasihi Nurulazani menghadap Ilahi pada usia 29 thn 4bln 3hari setelah 2thn 8 bln berjuang melawan penyakitnya kanser usus. Say amenerima berita ini melalui ayah saya yang menelefon. Ketika itu kami masih berada di Madinah.

Inilah coretan saya yang telah dicatatkan ketika menunggu giliran untuk ke Raudhah di Masjid Nabawi:

Innalillahiwainnailaihiraji’uun...23/9/12, jam 2.00pm

Mendapat berita pemergian sahabat tersayang Nurulazani Ahmad Ludin. Jam 10.26am waktu Madinah dan 3.10  ptg waktu Malaysia. Semoga Allah tempatkannya bersama para salihin dan muttaqin.

Pesanan Makteh (mak azani) yang menelefon saya sebelum kami berangkat untuk doakan agar azani sembuh dan lalu makan. Saya doakan itu setiap hari sepanjang berada di Madinah dengan tambahan doa semoga Allah berikan yang terbaik untuknya. Seandainya dengan keajaiban Allah azani boleh sembuh, sihat seperti biasa, Alhamdulillah, itul yang terbaik, peluang kedua untuknya (memang ini yang diharapkan oleh semua). Namun seandainya kematian yang Allah taqdirkan yang terbaik untuknya, maka kami redha ya Allah (sekalipun pilihan ini tidak diinginkan).

Arwah merupakan seorang sahabat yang baik, ceria , teman sekelas sejak di sekolah menengah di tingkatan 4 & 5 sehingga di UIA, tempat berkongsi cerita, dan  kami juga berikhtiar untuk menjodohkan kakaknya dengan abang saya.

(sayalah juga selalu menjadi penunggang setia motosikal miliknya-kenangan ketika program Srikandi Week anjuran SRC tahun 2005 rasanya)


17 Januari 2013, cukup umur satu-satunya anak arwah yang juga anak susuan saya Amni 3 tahun. Semoga dikau membesar menjadi anak solehah dan setabah ibunya...

 ziarah 4 Jun 2010

 Beginilah keadaannya kali terakhir saya berjumpa dengan arwah sebelum berangkat ke tanah suci

Kenangan dari suami arwah:
  
"Masih terkenang saat pemergian isteriku Nurulazani, aku disampingnya membacakan surah yasin sambil tanganku menggenggam erat tangannya.. sebaik selesai bacaan, aku melihat wajahnya.. beliau menarik nafas dan melepaskannya dengan tenang.. aku mengajarkannya kalimah agong keesaan ALLAH.. 2 kali beliau bernafas.. dan aku melihat bibirnya mulai pucat, wajahnya kekuningan merautkan seri wajah shuhada'.. tidak ada kekejangan.. sungguh tenang dan mudah.. bagai insan bernafas dan menghentikannya.. ketika aku mencuci luka di belakangnya.. darah masih mengalir.. sungguh mengharukan.. Terpampang di hadapanku keagongan dan Rahmat Allah bagi insan yang memelihara solat dan agamanya di kala susah dan senang.. sihat dan sakit.. Yang sentiasa yakin dengan kasih sayang Allah dalam kesakitan dan keperitan selama lebih 3 tahun (termasuk semasa pregnent).. Perjalanannya menemui Ilahi berjalan lancar tanpa sebarang masaalah dan halangan.. segalanya di permudahkan dlm tempoh 4 jam.. Di kala manusia mulakan perjalanan menemui Allah di depan Kaabah, Beliau dengan mudahnya menerima jemputan terus kesisi-NYA.. SELAMANYA.. Aku redha, Isteri yang sangat taat dan mendorong semangat suami.. semasa sihatnya beliau sentiasa mengiringiku kepintu ketika aku keluar bekerja, menantiku dipintu ketika menyambutku pulang kerja, menemaniku ketika aku makan dan minum.. segala urusannya dengan meminta izinku.. hatinya sangat lembut dah mudah tersentuh.. sangat penyayang.. tidak jumpa jika dicari kemarahannya.."


Pakndak Wan meninggal

Berita pemergian bapa saudara Pak ndak wan pada 8 Disember 2012. Accident dalam perjalanan untuk berubat arwah. Van yang dipandu fathi pecah dan kereta tidak dapat dikawal. Masing-masing tercampak keluar kecuali arwah yang tidak dapat bergerak. Tidak disangka bahawa tahun 2012 merupakan tahun terakhir untuk berkumpul di dalam Family Gathering anak cucu tokwan Lah.

 Raya 24 Ogos 2012

Setiap yang hidup itu pasti akan menemui kematian...Bila? Dimana? Bagaimana? Semuanya dalam pengetahuan Allah.. Semoga kita semua akan mati di dalam Husnul Khatimah..Syurga pasti milikmu wahai insan yang disayang dan dikenang....