Nekad 4 Bulan yang lalu
Bulan November 2011 saya sudah give-up. Badan terasa sangat
letih dan penat. Masakan tidak, Umayr yang asyik ingin berkepit, “Ummi, nak halib
(Ummi, nak susu)”. Keadaan semakin stress apabila ianya berlaku setiap
kali saya ingin melakukan kerja-kerja rumah terutamanya waktu memasak selepas
pulang dari bekerja. Memang sangat memenatkan.
Hujung minggu itu, saya nekad. Kedai Manjaku di Sri Gombak telah
saya pergi. Setelah mendapatkan drypers, deretan susu formula pula menarik
perhatian saya. Tangan ingin mencapai pula susu formula. Mata melirik disetiap “keistimewaan”
yang dimiliki oleh pelbagai jenama susu formula yang ada. Hampir 10 minit saya
mencari “susu terbaik” untuk diberikan kepada Umayr.
Tiba-tiba ada suatu perasaan kecil timbul didalam hati. “Sabar
diana, lagi 4 bulan sahaja untuk bertahan. Selama setahun lebih boleh bersabar menyusu,
memerah, berkepit dengan Umayr, takkan lagi empat bulan ni saja sudah give-up?”,
“Anak nak membesar sekali sahaja seumur hidupnya, susu ibu ini hak dia, takkan nak
nafikan hak dia?”. Memang perasaan ini sering bermain-main didalam hati malah
difikiran saya. Akhrinya, hanya drypers yang saya beli.
Fasa-fasa terakhir penyusuan susu ibu
Saya yakin,ramai dikalangan ibu-ibu tiada masalah untuk menyusukan
bayi mereka diawal waktu kelahiran kerana ia merupakan fasa awal dimana
penghasilan susu ibu memang sangat produktif (cumanya,kalau sejurus selepas
bersalain dan 2-3 hari selepas bersalin.. Waktu ini kolustrum/susu awal yang
sangat bagus memang sedikit kerana ia baru beroperasi-tempoh ini jangan risau
dan jangan kata “tidak ada susu”. Memang macam itu, ia bermula dengan sedikit).
Begitu juga saya. Pengalaman Uways dahulu saya jadikan pengajaran
dan ukuran. Semasa Umayr, sejurus bersalin, saya telah maklumkan pada nurse supaya
jangan berikannya sebarang susu, bawa bayi kepada saya apabila ia lapar.
Alhamdulillah saya sangat yakin, apabila kita mula memberikan susu formula
kepada anak, penghasilan susu ibu akan automatic menjadi kurang
produktif. Secara saintifiknya saya tidak pasti kenapa. Saya hanya mengaggap
ianya sebagai satu “sumpahan keramat” sahaja. Hehehe.. :)
Alhamdulillah, 6 bulan secara eksklusif. Kemudian cukupkan
setahun, seterusnya 2 tahun. Sewaktu tahun pertama penghasilan susu sangat
memberangsangkan. Kadang-kadang, perahan sehingga 2 botol (4/5/6/8 0z) untuk
sebelah sahaja!.Subhanallah!!.
Namun, Masalah (saya lebih suka gunakan konflik/dilema) yang
timbul adalah apabila dihujung-hujung tahun (bagi mereka yang ingin menyahut
saranan menyempurnakan penyusuan selama dua tahun penuh). Saya juga menghadapi
cabaran yang sama. Penghasilan susu kurang produktif, tidak seperti diawal-awal
tahun. Namun, maklumat yang saya dapati dari internet( seperti Kumpulan Ibu-ibu
menyusukan, Susuibu.com dsb) Alhamdulillah banyak membantu.
Umayr Genap 2 tahun
(gambar dari 6 bulan -setahun)
Alhamdulillah tarikh 13 Februari 2012. Genaplah usia Umayr 2
tahun. Jika sekiranya saya tidak berjaya menyusukannya sehingga umurnya 2 tahun,
saya tidak akan menulis entry ini. Saya gembira!
Sewaktu Uways, saya kurang pengetahuan tentang bagaimana untuk
memastikan bekalan mencukupi sehingga 2 tahun. Ya 2 tahun satu tempoh yang
sangat lama dirasakan untuk mencukupkan 2 tahun (sebenarnya sekajap sahaja 2
tahun itu berlalu). Apa yang dibuat, menyusu Uways hanya ketika dirumah dan
disebabkan bekalan susu perahan yang tidak cukup di rumah pengasuh, saya terpaksa
berikannya susu formula.
Namun, Saya sedih mengenangkan ada segelintir ibu yang tidak mahu
menyusukan anak mereka dengan susu mereka sendiri atas alasan yang tersendiri.
Tetapi ada juga yang berkeinginan tetapi kurangnya pengetahuan dan cara
menyebabkan mereka telah berputus asa.
Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan
Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di
kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu
untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan
tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal,
menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri
terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang
bimbang buah dada akan melendur.
Malah apa yang amat menyedihkan, ada segelintir para ibu yang
sewaktu mengandung telah siap memikirkan susu formula mana yang terbaik untuk
bakal anak yang dilahirkan. Walhal ibu itu tidak memikirkan sebenanrnya “susu cap
gantung” (minta maaf istilah ini digunakan) nya itulah yang terbaik untuk
anaknya.
Yakin dan Tahu Cara akan Berjaya
Saya juga menghadapi masalah (cabaran) yang sama.
Antara perkara yang dihadapi
1-
Terasa seperti susu sudah tidak ada dan
merasakan anak tidak kenyang menyusu. (sebenarnya bagi sahaja makan makanan
yang lain atau produk tenusu yang lain, bukan semata-mata susu ibu). Kita pub,
apabila lapar, memang akan mencari makanan, bagi anak, susu ibu itulah lebih
mudah untuknya. Kenyangkan dia dengan makanan berkhasiat yang lain dahulu, ini kerana
susu bukan lagi menu utamanya).
2-
Badan sangat penat dan letih bahkan
menyebabkan agak stress (Apabila stress, memang sangat sukar untuk perah. Gunalah
jenama yang paling mahal untuk memerah sekalipun, memang tidak boleh).
3-
Fikiran “nak bagi susu formula” lebih
mudah sering bermain-main difikiran. (ubah mind-setting minda kepada “mesti
boleh” dan cari penyelesaian, bukan terus berputus asa). insyaAllah boleh.
Namun, apa yang telah saya lakukan untuk diri sendiri:
1-
Minum air dan susu lebih banyak.
2-
Makan banyak (yang berkhasiat).
3-
Buat “double-pumping” (boleh search di
internet tentang ini).
4-
Doa dan Tawakkal
5-
Sabar
Yakin dengan Fitrah Ilahi
Perkara besar yang menyebabkan saya terus bersabar bersama
kekuatan yang Allah berikan adalah saranan tentang penyusuan susu ibu. Secara saintifiknya
seperti yang diketahui umum memang tiada susu yang terbaik melainkan SUSU IBU
(boleh search di internet, banyak maklumat tentang kebaikan susu ibu untuk anak
& juga ibu). Tetapi kenapakah Allah menyarankan sehingga 2 tahun penuh,
kenapa tidak setahun, setahun setengah? Rahsia itulah yang saya yakin, hanya
Allah yang lebih mengetahui daripada apa yang kita ketahui setakat pengetahuan
kita yang terbatas ini. (insyaAllah entry yang lain kita akan bincangkan tentang ini)
Di dalam firman Allah di dalam surah AlBaqarah ayat 233 yang bermaksud:
“dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua
tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan
kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara
Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.
janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan
juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga
menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya
(suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah
dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah
(melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang
lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu
mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta
ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan”.
Menurut Ibn Kathir, Ini adalah panduan dari Allah swt
untuk para ibu menyusukan anak-anak mereka dengan memberi makanan lengkap selama dua tahun kerana tidak ada lagi penyusuan susu ibu selepas itu. Namun, disana juga
tiada larangan samada untuk tidak dapat cukupkan 2 tahun, atau untuk melebihkan
selepas 2 tahun.
Perkataan 2 tahun menyusu lagi:
“dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya
ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan
kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan)”.
Jadi para ibu dan bapa, usah risau. Kita cuba sedaya upaya dengan pelbagai
ikhtiar dan doa, jika adanya rezeki, Alhamdulillah, tetapi janganlah bersedih
kerana saranan Allah itu bukanlah satu kewajipan. Kerana itu Allah menyebut, “bagi
mereka yang inginkan melengkapkan tempoh penyusuan”.
Selamat Mencuba!!! Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran
kepada anda juga!! :)