Thursday, March 24, 2011

Bahaya fenomena “tidak kisah” di kalangan Mahasiswa.

p/s: entri ini sepatutnya dimasukkan lebih awal, tetapi disebabkan waktu yang tidak mengizinkan, saya masukkan juga sekalipun minggu ini adalah kelas-kelas terakhir sebelum para pelajar berjuang di medan peperiksaan.

Budaya ponteng kelas

“Kenapa kamu tak datang kelas semalam?”. Saya bertanya kepada salah seorang pelajar yang saya kira agak kerap tidak hadir ke kelas. Dengan istilah yang lebih tepat “ponteng”.

“Saya tertidur, mengantuk semalam tidur pukul 4 pagi”. “Overslept”. Itulah jawapan biasa yang sering diberikan. Jika sekiranya itu sahaja alasannya, No excuse. Sedih dan marah bercampur baur.

Sedih kerana anak Melayu/Islam kita. Sedih kerana mereka menipu dan mengabaikan kejayaan diri sendiri. Sedih kerana mereka “menipu” ibubapa mereka. Marah kerana sikap yang “tidak kisah”. “tidak kisah” walaupun markah untuk kehadiran sangat penting. Semuanya “tidak kisah” pada pandangan mereka.

“Tak boleh tidur malam”, “study lewat malam”. Itu adalah alasan biasa yang diterima oleh mana-mana pensyarah sekalipun. Walhal sebenarnya sudah sedia maklum. Yang sebenarnya dalam tempoh 8 jam, “belajar mungkin hanya 1 jam atau lebih dan yang selebihnya berborak, bermain game, menonton cd, bergayut di telefon, ber’sms’ dan sebagainya.

Saya juga pernah menjalani kehidupan di kampus. Saya melihat perkara yang sama berlaku dikalangan sebilangan pelajar IPT/S. Ya, tidak semua. Saya pelik bagaimana golongan pelajar sebegini masih mempunyai masa untuk semua perkara yang sangat merugikan itu. Jika sesekali untuk merehatkan diri seketika mungkin boleh diterima akal. Ini sampaikan hampir setiap malam.

Assignment, bila sudah sampai due-date, baru kelam kabut mencari bahan. Baru bersengkang mata untuk menyiapkan. Akhirnya, hasil yang tidak memuaskan.

Tambahan pula ada yang datang ke kelas dengan hanya memakai “selipar tandas”, berbaju T-shirt yang tidak berkolar, berlenggang dengan membawa pen sebatang dan buku tulis. Sangat Tidak Serius!.

Jika atas sikap sebilangan pelajar sebeginilah, maka saya tidak pelik, kenapa ramai graduan sukar mendapat pekerjaan.


Fenomena “tidak mengapa”, Ponteng +ve dan Ponteng -ve.

Pada pandangan saya, ada dua jenis kelompok mahasiswa di mana-mana IPT/S. Lebih-lebih lagi dalam isu ponteng kelas. Pertama yang “ponteng positif” dan yang kedua “ponteng negatif”.

Ponteng positif. Positif pada mereka tetapi sebenarnya tindakan tersebut adalah amat tidak wajar. Ini kebiasaannya berlaku dikalangan mahasiswa/wi yang sibuk dengan aktiviti persatuan. Baik yang terlibat dengan aktiviti dakwah kampus mahupun aktiviti universiti. Saya bukan anti-dakwah kampus, kerana saya turut terlibat dahulu. Cumanya sesetengah daripada mereka yang tidak mengutamakan apa YANG LEBIH UTAMA.

Kenapa saya berkata demikian? Kita akan lihat situasi ini berlaku ketika “tiada masa” untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Mahu tidak mahu, terpaksa menggadaikan kelas. Tidakkah terfikir kesan daripada tindakan tersebut. Ya, betul “in tansurullah hayansurukum”-“sekiranya kamu menolong Allah (agama Allah), Allah akan menolongmu”. Tetapi dalam konteks belajar, perkara itu tidak wajar diaplikasikan. Dahulukan Pelajaran dan Kelas. Itu yang lebih utama.

Ponteng Negatif adalah seperti yang sedia maklum. Ponteng kerana tidur, study lewat malam dan pelbagai jenis alasan lagi.

Namun, jika alasannya kukuh dan jarang-jarang berlaku, sudah pasti boleh diterima. Ini, kerap pula berlaku.

Saya rasa jika ditanya kesan ponteng kelas kepada semua, amat mudah untuk menjawabnya. Semua orang tahu. Tapi untuk diaplikasikan oleh pelajar?

Secara ringkas, antara kesan ponteng kelas:

1- hilang topik penting perbincangan pada hari itu.

2- hilang ‘respect’ pensyarah.

3- hilang kepercayaan rakan-rakan.

4- menipu diri sendiri dan ibu bapa.

5- merugikan diri sendiri dan masa depan.

Saya yakin setiap pelajar inginkan kejayaan dan kecemerlangan. Namun, impian dan cita-cita tidak akan tercapai hanya dengan angan-angan. Yang penting, USAHA, DOA dan TAWAKKAL.

Berdasarkan pengalaman saya yang sedikit ini mengajar disini. Ingin saya kongsikan beberapa tip sebagai panduan. Hanya untuk mereka yang inginkan kejayaan. Dalam konteks kejayaan secara zahirnya.

Cara mudah untuk Skor di dalam pelajaran

1- kelas datang penuh

2- participate didalam kelas

3- banyak rujuk pensyarah

4- ulangkaji pelajaran

5- study group

Tingkatkan kualiti dan jatidri.

Kejayaan sebenar perlu diiringi kualiti dan jatidiri. Termasuklah perkara yang melibatkan hal persatuan. Pengurusan persatuan tidak akan dapat hanya dengan teori. Ianya merupakan satu pekerjaan yang praktikal. Kualiti dan jatidiri amat penting demi sebuah nilai sebenar kejayaan.


Ambil peluang.

Satu sahaja nasihat saya kepada seluruh mahasiswa serta bakal mahasiswa diluar sana. Walau dimanapun Allah menempatkan anda. Itulah yang terbaik untuk anda. Ambil peluang yang diberi. Bayangkan berapa ramai mereka diluar sana yang tidak mendapat peluang seperti anda.

Hidup kita putarannya hanya sekali. Sekali terlepas pasti tidak dapat dikembalikan semula. Amat benarlah peringatan junjungan Mulia Baginda Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:

“Ambil lima perkara sebelum datang lima perka

ra; masa mudamu sebelum tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu,dan masa kayamu sebelum miskinmu, dan masa lapangmu sebelum sibukmu, dan masa hidupmu sebelum matimu”. (HR al-Baihaqi)

Oleh itu, gunakan kesempatan waktu dan masa lapang yang ada sebaiknya. Semoga hadis Rasulullah ini menjadi satu ingatan serta motivasi untuk kita semua... Sebagai kejayaan kita didunia dan diakhirat..

1 comment:

katahamba said...

terima kasih dengan info..saya amat meminati nya.Hakikatnya,memang banyak berlaku dan yang paling terkesan di kampus saya sendiri..agaknya..kemana golongan muda pada hari ini untuk masa akn dtg??