1)Bercinta sebelum berkahwin atau selepas berkahwin?
insyaAllah buku “Bahagianya menjadi pengantin sepanjang masa: Resipi Perkahwinan Bahagia” akan memberikan penyelesaian terhadap perkara-perkara tersebut .
Buku Resipi yang tidak perlu memasak.
Saya memilih genre buku bukan fiksyen (bukan jenis novel atau cerita) sebagai saluran saya untuk berkarya. Saya merasakan bahawa kecenderungan saya lebih kepada bukan fiksyen. Rasanya, saya mungkin tiada bakat ataupun bakat yang sukar digilap dalam fiksyen. Sebab itu agaknya, karangan Bahasa Melayu (terutamanya yang melibatkan cerita) ketika UPSR saya hanya mendapat gred B. Hehehe.
“Bahagianya menjadi pengantin sepanjang masa: Resipi Perkahwinan Bahagia” dibahagikan kepada beberapa pecahan dan bab-bab utama:
Pembuka Selera 1: Emak, saya mahu kahwin!. Menerangkan selok belok perkahwinan supaya pasangan bersedia membuka hati dan minda dalam mengemudi bahtera rumahtangga.
Pembuka Selera 2: 10 Aroma rempah ratus kekalkan kebahagiaan rumahtangga. Ketahui rahsia-rahsia yang perlu dititikberatkan bagi mengekalkan kebahagiaan antara suami dan isteri.
Pembuka Selera 3: 8 Gabungan Herba Semarakkan Cinta dan Sayang. Mengandungi tip-tip bagi menyemarakkan lagi cinta dan kasih sayang antara pasangan yang bakal dan sudah mendirikan rumahtangga.
Pembuka Selera 4: 9 Campuran Herba Ikatan Mesra Pasangan. Mempraktikkan teknik-teknik yang diperlukan dalam menjadikan sesebuah perkahwinan itu ‘wangi’ dan menambahkan lagi ikatan kemesraan dan kebahagiaan antara pasangan suami isteri dan anak-anak.
Jom menjamu selera!: 7 resipi istimewa ikatan keluarga bahagia. Cara-cara menarik dalam menghadapi pelbagai situasi dan keadaan. Situasi-situasi ini boleh jadi sangat penting dan utama bagi sesetengah individu. Resipi-resipi istimewa tersebut adalah:
Resipi 1: Resipi Kahwin Muda
Resipi 2: Resipi Kahwin ketika Belajar
Resipi 3: Resipi ketika Mengandung dan Bersalin
Resipi 4: Resipi dengan Mertua
Resipi 5: Resipi ketika Bercuti
Resipi 6: Resipi ketika Membeli-belah
Resipi 7: Resipi ketika Konflik