Thursday, April 29, 2010

Sekalung Doa dan Segunung Harapan buat Sahabat..

Alhamdulillah 2 hari selepas tamat tempoh berpantang, saya berkesempatan menziarahi sahabat lama saya, juga merupakan adik kepada kakak ipar saya, ibu kepada anak susuan saya, Nurulazani binti Ahmad Ludin.

Pilu hati saya melihat keadaan fizikal beliau. Simpati kepada keadaannya. Nikmat sihat yang Allah ambil sedikit daripadanya. “Ya Allah sembuhkanlah segera sahabatku ini..”. Hati kecil saya berbisik. Azani tidak sesihat dan seceria dahulu. Kalau dahulu ketika di kampus badannya agak berisi, kali ini mengalami kesusutan yang teramat dahsyat.

Badannya kurus kering. Mukanya cengkung. Apakan daya, beliau kurang selera makan. Tambahan pula “beg kumbahan” terpaksa disambung dengan usus yang diletakkan dipinggang.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang masih belum mengetahui, Azani telah mengalami ketumbuhan di dalam usus beliau. Ketumbuhan tersebut hanya diketahui setelah beliau melahirkan anak pada Januari 2010 yang lalu. Tanda-tanda ketumbuhan didalam usus yang tidak diketahui terselindung disebalik masalah kesihatan yang lain (angin di dalam badan, sakit perut apabila makan makanan pedas, malah doktor hanya mengatakan bahawa ia hanyalah gastrik dan buasir).

Beliau menyampaikan salam pada sahabat-sahabat yang lain. Sama-sama kita doakan agar beliau kembali pulih seperti sediakala. InsyaAllah..


Umayr (kanan) bersama kakak susuannya Amni (anak Azani). Waktu ini usia Umayr baru sehari dan Amni sebulan lebih.

1 comment:

BAYT AMZAR said...

salam dr urdun...

sayu baca kisahnya.. dpt tau jg dr yahoogroup tu.. tp akk x kenal orgnya.. kami sekeluarga mendoakan agar beliau terus tabah dan kuatkan semangat dalam hadapi ujian ini. moga cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya...amiin.

Jadi, Mar susukan anaknya ye skrg.. alhamdulillah... barakalahu fiik...