Monday, August 31, 2009

2 kegembiraan pada Jun 2009.

Sepatutnya entry ini saya masukkan pada bulan Jun lepas. Tetapi tidak perlulah saya menerangkan kenapa dan kenapa sudah lama tidak mengupdate blog kerana akhirnya jawapan yang sama diberikan oleh kebanyakan orang. Hakikatnya, ialah alasan semata-mata. Oklah tidak perlu berbicara panjang soal itu. Kembali kepada topik utama.



Alhamdulillah pada bulan Jun yang lalu, ada 2 kegembiraan yang datang (juga yang ditunggu-tunggu) untuk kami sekeluarga.



1) Baiti Jannati


Saya yakin, setiap orang malah setiap pasangan pasti mengimpikan rumah idaman masing-masing. Saya juga dan hubby juga tidak terkecuali. Setelah sekian lama menunggu bermula December 2008, menghadapi pelabagai cabaran dalam membeli rumah pertama kami. Duit terutamanya, jadi terpaksalah “pekin” duit kata orang kedah. pekin=(jimat tahap Z).


Kemudian masalah lawyer yang menguruskan urusan jual beli rumah kami pula tiba-tiba bersalin, diberi kepada penggantinya yang telah tersalah memasukkan fail kami kedalam fail orang lain!. Namun dikatanya surat dari pemaju kami belum sampai. Kalau tidak kerana hubby yang follow up hampir setiap hari, sampai sekarang rasanya dia akan kata surat dari pemaju belum sampai. Macam manalah pembantu lawyer ni buat kerja..


Hampir setiap hari kami pusing-pusing naik motor ke taman. Lebih dari orang bercinta lagi. Tak masuk rumah, tengok pagar rumah pun jadilah. Betapa dasyatnya kemaruk nak masuk rumah baru. Hehehe. Uways sewaktu pusing-pusing dahulu


Akhirnya Alhamdulillah pada 15 Jun 2009 (Sabtu) kami telah selamat berpindah ke rumah baru yang terletak di belakang Batu Caves, Taman Gombak Permai. Untuk mengurangkan belanja, saya hanya bertanya dan meminta jasa baik anak didik di CFS PJ yang sudi untuk membantu. So terima kasih untuk mereka ini yang bersungguh-sungguh membantu.



Nak dikatakan rumah idaman pun, bolehlah juga. Sebab sudah tentu saya dan suami mengimpikan lot banglo besar dihiasi taman yang indah, atau mengadap pantai. Namun, apakan daya.Kami bukan business. Hanya makan gaji. Dengan kemampuan kewangan yang ada, rumah idaman ini yang mampu untuk kami sekeluarga. Rezeki buat masa ini. Alhamdulillah akhirnya kami boleh memiliki rumah sendiri setelah 3 tahun lebih menyewa.


2) insyaAllah kehadiran “orang baru”




Alhamdulillah, tidak lama lagi Uways akan menjadi seorang abang. insyaAllah duedate pada 28 Februari 2010. Doakan kesihatan saya dan kandungan agar selamat semuanya. Awalnya saya tidak merasakan apa-apa sama seperti Uways dahulu.



Saya agak sangsi sebenarnya apabila period lambat hampir 3 minggu. Saya Cuma melakukan “test” sendiri di rumah kemudian ke klinik uia untuk memastikannya. Alhamdulillah positif dan pada waktu itu usia kandungan 5 minggu. Syukur pada Allah kerana tiada apa-apa yang berlaku kerana sebelum itu saya agak lasak menyusun, mengemas, mengangkat barang dan kotak untuk membantu hubby dalam urusan perpindahan.


‘Ala kulli hal, selamat menjalani ibadah puasa. Kepada sahabat-sahabat sekalian, Jemput datang kerumah bila-bila senang. Alamat penuh nanti contact saya, raya nanti ke, bila datang ke Gombak ke.. tapi rumah kosong jelah.. xada barang-barang apa lagi pun.. Anyway, Ahlan Wasahlan..

7 comments:

Zurina said...

ermmm,tak pe pelan2..nanti2 penuh la rumah...cam rumah i jugak..hee baru kenal erti kehidupan..setelah sekian lama hidup sennag hasil mak ayah...sekarang2 segala2nya kena fikir sendiri...

ur due date sama ngan saya.but unfortunately, masa sibuk2 kemas2 barang dan nak pindah rumah.i keguguran..semoga dena selamat meneruskan perjuangan di alam kehamilan...dan selamat tiba ur new baby..

syifa' kamarudin said...

Assalamualaikum cg...

Syifa' ni hehe..
ramadhan kareem! uways nak dpt adik! dah lama x jumpa die!

azhari said...

ramadhan kareem...

tahniah...semoga smuanya selamat...
wah, dah boleh duduk rumah sendiri... tahniah2....

Naz Nur Nhazzla said...

TAhniah untk keduanyer mar

Nazmie Samarahan said...

Salam..Tahniah..kalau balik kedah tu habaq la...boleh pi ziarah nanti...

Ummu Auni said...

oh pindah di gombak permai. tahniah! berapa beli harga rumah di situ ye?

solahuddin the warrior said...

boleh tahu;

1. skrg brapa harga umah ni ya, di kawasan kejiranan sama?
2. developer PKNS ke?
3. agak2 sume rumah area tu dah habis terjual ke?

jzkk