Pasti salah satu jawapannya adalah, “Suami
Soleh dan Beriman”.
Bagi seorang lelaki pula, apabila telah jatuh
cinta dari raut wajah manis dan comelnya seorang wanita, sekalipun beliau tidak
kisah (belum lagi) dengan aurat wanita tersebut, akan mengatakan, “tidak
mengapa, dia akan mengahwininya dan akan mendidiknya nanti untuk menjadi
seorang wanita muslimah dan solehah”.
Apabila Allah telah memakbulkan doa wanita
tersebut untuk berkahwin dengan “suami soleh dan beriman”, Maka “suami soleh
dan beriman” itu tadi dengan penuh rasa tanggungjawab cuba memperbaiki diri
untuk menjadi seorang ketua keluarga dan suami terbaik. Lebih-lebih lagi beliau
berpegang kepada ayat Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ
نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ
لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu
dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa
yang diperintahkan”.- At Tahrim (66 : 6)
Di dalam Tafsir Ibnu Katsir ada menyebut mengenai
firman Allah subhanahu wa ta’ala, قُوا أَنْفُسَكُمْ
وَأَهْلِيكُمْ نَارًا “Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
Neraka”.
Mujahid (Sufyan As-Sauri mengatakan, “Apabila
datang kepadamu suatu tafsiran dari Mujahid, hal itu sudah cukup bagimu”)
mengatakan : “Bertaqwalah kepada Allah dan berpesanlah kepada keluarga kalian
untuk bertaqwa kepada Allah”.
Manakala Qatadah pula mengemukakan : “Yakni,
hendaklah engkau menyuruh mereka berbuat taat kepada Allah dan mencegah mereka
durhaka kepada-Nya. Dan hendaklah engkau menjalankan perintah Allah kepada
mereka dan perintahkan mereka untuk menjalankannya, serta membantu mereka dalam
menjalankannya. Jika engkau melihat mereka berbuat maksiat kepada Allah,
peringatkan dan cegahlah mereka.”
Demikian itu pula yang dikemukakan oleh Adh
Dhahhak dan Muqatil bin Hayyan, dimana mereka mengatakan : “Setiap muslim
berkewajiban mengajari keluarganya, termasuk kerabat dan budaknya, pelbagai hal
berkenaan dengan hal-hal yang diwajibkan Allah Ta’ala kepada mereka dan apa
yang dilarang-Nya.”
Betapa besarnya peranan dan tanggungjawab
seorang suami!.
Aurat
Isteri : Jika kita seorang suami
Para suami
buat isteri, ayah buat anak perempuan dan abang buat adik perempuan atau adik
buat si kakak, ketahuilah bahawa dibahu kalian terpikulnya satu amanah yang
cukup besar. Perhatikan samada aurat
isteri dan keluarga itu mengikut sebagaimana yang Allah inginkan atau
sebaliknya.
Secara
asasnya, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Imam Syafie, “seluruh tubuh
badan kecuali kedua tapak tangan”.
Suruhan
Allah didalam al-Quran cukup jelas.
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ
فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ
آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ
أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ
أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ
الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ
ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan
hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami
mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau
Kita-kita laki-laki mereka, atau putera-putera kita lelaki mereka, atau
putera-putera kita perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-
budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai
keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat
wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai
orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)
Nasihati
mereka. Itu perkara utama, untuk diterima atau tidak itu perkara kedua. Anda
sudah melaksanakan tugas anda dan sudah terlepas.
Dilema suami pada aurat isteri
Jika
seorang suami telah berkahwin dengn wanita yang telah faham dengan aurat dan
mempraktikkannya, Alhamdulillah, tugasnya mudah. Namun, jika sebaliknya, cabarannya agak besar.
MUNGKIN “Suami
Soleh dan beriman” yang telah berkahwin dengan seorang wanita itu berada di
dalam dilema untuk menasihati isteri tentang cara pemakaianannya. MUNGKIN:
1-
Isterinya itu bekas pelajar sekolah agama dan
pada suami, pasti dia sudah faham bagaimana tatacara pemakaian dalam menjaga
aurat.
2-
Takut si isteri berkecil hati jika ditegur cara
pemakaiannya. Mungkin akan timbul isu, “dulu you tak kisah pun I pakai macam
ni, sekarang baru nak tegur i?”
3-
Jika tersilap cakap dengan menunjukkan cara
pemakaian wanita lain, berkata pula si isteri, “kalau macam tu, you kahwin
sajalah dengan perempaun tu, kenapa kahwin dengan i?”. Sudah…. Ke situ pula…
Maka bagi suami, letakkan ISO dalam pemakaian
ahli keluarga kita. ISO atau nama singkatan kepada INTERNATIONAL ORGANISATION
FOR STANDARDISATION ( ISO ). Ia adalah satu standard bertulis yang menetap dan
menerangkan elemen keperluan asas yang perlu ada dalam SISTEM KUALITI bertujuan
bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat
memenuhi kehendak pelanggan.
Oleh itu, di dalam isu ini, mungkin boleh
dikatakan, ISO adalah satu standard dalam menetap dan menerangkan elemen pemakaian wajib yang perlu ada dalam KUALITI
pemakaian dengan bertujuan bagi memastikan pemakaian yang dipakai oleh isteri
dan ahli keluarga memenuhi kehendak Allah dan Rasul.
Betapa baiknya Allah. Allah tidak menetapkan “uniform
khas” untuk dipakai, sebaliknya, Allah dan Rasul hanya memberikan guideline untuk diikuti.
1) Memakai pakaian yang tidak ketat dan tidak jarang (samada ia adalah kain atau seluar, perlu dipastikan kainnya longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan kerana ia dilarang keras oleh Nabi SAW). (ada maksud Hadith Riwayat Muslim, Hadis no 212 di bawah).
2) Memakai
tudung yang tidak jarang, tudung yang menutup keseluruhan bahagian rambut dari
kepala sehingga ke dada (pastinya dada wanita lain dari lelaki), iaitu bukan hanya sekadar menutup
rambut.(ada didalam Surah an-Nur:31)
1) Memakai pakaian yang tidak ketat dan tidak jarang (samada ia adalah kain atau seluar, perlu dipastikan kainnya longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan kerana ia dilarang keras oleh Nabi SAW). (ada maksud Hadith Riwayat Muslim, Hadis no 212 di bawah).
Apa pun, gunalah cara yang paling berhikmah
untuk menyedarkan isteri dan keluarga berkenaan aurat mereka. InsyaAllah dari
hati akan turun ke hati. Hanya suami yang tahu bagaimana caranya.
Aurat
Isteri: Jika Kita seorang Isteri
Jika suatu ketika dahulu kita merupakan seorang
wanita yang pernah berdoa untuk mendapat suami soleh dan beriman itu,
Alhamdulillah Allah telah memakbulkan doa kita untuk memilikinya. Apabila
dinasihati tentang aurat, sekalipun ia tidak “sebulu “ dengan fesyen semasa
yang kita sukai, tanya pada diri, adakah itu “Apakah itu juga yang Allah suruh ataupun tidak? Jika sekiranya
ya, maka itulah sebenarnya yang terbaik buat kita insyaAllah dunia dan akhirat.
BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH lah pada suami
apabila suami menegur cara kita berpakaian. Mungkin kita tersilap. Beliau pasti
sedar bahawa menjadi tanggungjawabnya untuk menegur supaya dapat sama-sama
mendapat redha Allah. Agar dapat bersama-sama ke syurga Allah.
Supaya sama-sama dapat merasai bahagia, insyaallah
bahagia dunia yang akan membawa kepada bahagia akhirat, maka:
- Berlapang dada.
Jangan berkecil hati atau meninggi suara apabila
ditegur suami. Mungkin cara dan skill nya yang tersilap, tetapi maksudnya itu
jelas.
- Tanya pandangan suami tentang pakaian dan tudung yang dikenakan sebelum keluar rumah
“Abang, kalau saya pakai macam ni ok tak?” . Kalau
lepas ISO Suami (pastinya ISO suami yang mengikut piawaian Allah dan Rasul),
maka lepaslah cara pemakaian tersebut. Jika cara berpakaian isteri pada
pandangan suami “sangat menarik perhatian lelaki lain” pula, maka suami, berilah
cadangan pemakaian yang lebih sopan untuk si isteri. Pastinya suami
menginginkan “hanya apa yang menarik itu” menjadi hak eksklusif dirinya sahaja yang tidak ingin
dikongsi dengan orang lain. Elakkan segala bentuk bonjolan (maaf ya, samada
atas atau bawah) apabila keluar dari rumah. Samada ke pejabat, ke pusat membeli-belah, berjogging dan sebagainya. Ingat pesanan Nabi SAW, “Wanita
yang berpakaian tetapi bertelanjang”. Na’uzubillahiminzalik.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku
sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa
cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga
kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan
berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta
yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium
baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan
begini” –Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.
(Gambar yang di post oleh ayah dalam group Wassup keluarga)
Sejarah telah merakamkan sikap seorang isteri,
1-
Isteri yang mengingkari nasihat baik seorang
suami: Isteri Nabi Nuh dan Lut
2-
Isteri yang mengingkari suruhan jahat seorang
suami: Isteri Firaun (Asiah)
3-
Isteri yang bersama-sama suami mengingkari suruhan
Allah: Isteri Abu Jahal (Ummu Jamil)
4-
Isteri yang menuruti setiap inci nasihat baik
seorang suami: Isteri Rasulullah SAW (Khadijah RA)
Letakkan diri kita dimana dan pengakhiran
sebagaimana yang kita inginkan?
Pilihan ditangan kita, tepuk dada, tanya Iman.
Mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan hamba-hambanya yang bertaqwa dan
mendapat kebaikan di dunia dan akhirat insyaallah.
Petikan dari buku “Super Woman” (PTS) dengan beberapa
pengolahan.