Ketika Result PMR 2008 diumumkan, perkara yang terlintas di kepala saya hanyalah “bagaimanalah agaknya result anak-anak murid saya di Sek. Men. Islam Al-Amin Gombak?”. Di dalam hati, semoga Allah memberikan yang terbaik buat mereka.. terutamanya pelajar-pelajar 3 Ar-razi sebab dulu saya merupakan guru kelas mereka, 3 As-Syafie sebab awal tahun 2008 ajar mereka, kemudian 3 As-Suyuti pernah mengajar masa tahun 2007. Walaupun jauh dimata namun dekat dihati.. :)
Alhamdulillah, dimaklumkan 28 pelajar mendapat 9A dan 13 orang mendapat 8A.. Hhmm nanti bagitaulah cikgu dapat berapa ya??..
Alhamdulillah, redha dan terima dengan apa yang Allah bagi. Yang penting, kita telah buat yang terbaik!!. Dan apa yang kita dapat itulah yang terbaik untuk kita!! (Lainlah kalau study pun tidak, tapi sedih sebab tak dapat 9A ok..itu mustahil). Banyak hikmah yang tersembunyi…
1) Ada orang yang dapat 9A, tapi tak skor dalam SPM.
2) Ada orang yang tak skor PMR, tapi SPM dia Skor Cemerlang.
2) Ada orang yang tak skor PMR, tapi SPM dia Skor Cemerlang.
Erm..Contoh terdekat cikgu jugak la..(hehehe), dulu PMR dapat 8A 1B, sedih jugakla, tp sebab tak skor PMR 9a lah yang menjadikan cikgu lebih berusaha, berdisiplin dan dekatkan diri dengan Allah lagi.
Alhamdulillah SPM, cikgu jadi Best Student (Aliran Ekonomi), Pelajar Mithali Sekolah (tahun 2000), dan antara pelajar cemerlang Negeri Kedah. Masa tu juga cikgu sibuk sebagai Ketua Pelajar (Maktab Mahmud Puteri) dan beberapa jawatan lain. Apapun, insyaAllah, Allah akan bagi berbaloi dengan usaha kita!!
Sebenarnya faktor diri sendiri yang lebih UTAMA… Tanya diri sendiri sejauh mana usaha kita..ok?
Sebenarnya faktor diri sendiri yang lebih UTAMA… Tanya diri sendiri sejauh mana usaha kita..ok?
Untuk anak-anak murid di Al-Amin, Selamat menempuh sesi persekolahan tahun 2009!!!
Kekalkan Semangat untuk terus belajar dari awal tahun sampai akhir tahun dan seterusnya sampai mati..:)
Miss u all guys!!! JAUH di MATA..DEKAT di HATI..
Kekalkan Semangat untuk terus belajar dari awal tahun sampai akhir tahun dan seterusnya sampai mati..:)
Miss u all guys!!! JAUH di MATA..DEKAT di HATI..
untuk maklumat lanjut tentang result PMR 2008 Sek. Men. Islam Al-Amin Gombak, baca di blog k.Alia, (cikgu yang paling sibuk dalam menyusun jadual kelas.. :) kak alia duduk depan meja saya dulu)