Friday, July 30, 2004

julai dan ogos yg istimewa..

eemm..lama sungguh tak menulis...(ni pun alang2 dah masuk lab nak siapkan keja..sambil menyelam..minumlah ayaq..) Pejam celik..pejam celik..tengok2 dah nak akhir julai dan  awal ogos..awal ogos dah nak mid-term pulak pastu cuti..apa pun..julai dah nak berakhir dan ogos pulak akan menyusul..
2 bulan yg cukup istimewa...julai & ogos..bezday org yg tersayang..adik dhihah..9/7,..abg ijan..28/7..mak..31/7..and ogos ayah..10/8..insyaAllah...semoga diri sentiasa berada dibawah limpah rahmat Allah...

sekarang ni pulak kat iium sibuk dgn ummatic week 2004..then sambung convest 2004...hai..nak kata tak belajar..belajar..nak kata belajar..tak belajar??..eehh..tak jugak..ni mesti bnyk main ni...apala nak jadi dgn dinaluzriq ni hah??!!..

Wednesday, July 21, 2004

Tanbihul ghafiliin: Wasiat Abdullah Azam

Abdullah Azam mewasiatkan :
 
Wahai kaum muslimin….
 
kehidupan adalah jihad , kemuliaan juga berasal dari jihad kewujudan di atas muka bumi ini, terikat dengan jihad…. 
agama Allah tidak akan tertegak tanpa jihad,tanpa peperangan ,tanpa darah dan airmata…. 
kejarlah “Kematian” kerana ia akan memberikan kehidupan yanghakiki.. 
hindarkanlah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yangdibaca…. 
janganlah merasa megah dan mencukupi dengan solat-solat sunat yang telah dibiasakan itu….
 
Wahai para ulama….
 
majulah untuk memimpin generasi ini yang dahaga untuk kembalikepada tuhannya…. 
jangan terbelenggu atau cenderung kepada dunia…. 
jauhi janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan pemerintah...sesungguhnya ia menggelapkan hati dan mematikan fikiran
 
Wahai muslimat...
 
jauhi kemewahan kerana ia musuh kepada jihad… ia pembinasa diri manusia… 
janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan….cukuplah seqadar keperluan sahaja….
didik dan latih anak-anak dengan kegagahan dan kejantanan sertakepahlawanan dan jihad…. 
jadikan rumah-rumah sebagai kandang-kandang singa ....bukan reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh toghut... 
tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kecintaan kepada jihad...keinginan kepada medan perang... lapangan yang penuh dengan keributan jihad….
 
 
Wahai anak-anak….
 
biasakanlah diri dengan “nyanyian” dan alunan letupan peluru..
dentuman senjata-senjata berat... gegak gempita jet-jet pejuang serta kereta-kereta kebal…. 
jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikkan serta hamparan permaidani merah.. 
sesungguhnya kalian tidak pernah bermesra dengan ayahmu melainkanhanya sebentar cuma ...
terlalu sedikit tarbiah yang sempat diberikan kepada kalian ....
Ya..ayahmu  terlalu sibuk dengan urusan jihad ...!

Wahai para isteri….
 
lazimilah sifat zuhud , nescaya akan dikasihi Allah..
berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia nescaya engkaudikasihi mereka…. 
  
  
  
  

  
 

Friday, July 9, 2004

Message 4 U: Happy Birthday!

ila ukhtie as-saghirah alhabibah,
adik Dhihah..

Selamat menyambut hari ulangtahun keputerian yg ke-15..9 Julai 2004..ingat sikit thn ni nak PMR!Jgn malas-malas!Doa kak ana sentiasa mengiringi dhihah.."Semoga pertambahan umur ni akan menambahkan lagi ketaqwaan diri pd Allah dan kasih sayang utk mak,ayah+family+guru2+kawan2+SEMUA.."

p/s: "Hidup tidak selalunya indah..langit tak selalu cerah.."

-thank you for being such a "good" sister..walaupun penat kak ana nak "berletiaq" kat hang!!jgn mare...Bye!

love,
kak ana.

Thursday, July 8, 2004

Bukan itu yang kucari..



Bukan itu yang kucari
(Dalam kehidupan seorang mahasiswi)

Bukan itu yang kucari..
Kejayaan tanpa keberkatan Ilahi..
Kejayaan tanpa jati diri yang tinggi
Kejayaan tanpa pimpinan Rabbul Izzati
Dalam menjalani kehidupan seorang siswi..

Bukan itu yang kucari..
Pujian demi pujian yang melambung tinggi..
Sanjungan demi sanjungan yang membalut diri..
Kadangkala akan memesongkan hati..
Dari memasakkan Ikhlas di dalam diri..

Bukan itu yang kucari..
Kasih seorang lelaki yang tak pasti,
Yang bisa melekakan hati..
Kadangkala boleh menghanyutkan diri..
Dari mengingati “dunia” yang abadi..

Namun yang kucari..
Hanyalah keredhaan dari Pencipta diri..
Maghfirah dan keampunan Ilahi..
Kejayaan bersama jati diri yang tinggi
serta keberkatan dari Rabbul Jalili..

Dalam mengharungi onak dan duri..
Yang sentiasa datang dan pergi..
Kuharapkan pimpinanmu Ya Ilahi..
Moga hidupku akan sentiasa diberkati..

Ya Allah..tetapkanlah hati ini,
Ampunilah diri ini..
Pimpinlah diri ini....
Menuju jalan yang kau redhai..


Wednesday, July 7, 2004

Budaya Mencari Ilmu

Alhamdulillah dpt jgk masuk lab, blh letak post baru walaupun tak bnyk...klu kt rumah tu bolehla nak mengadap komputer smpi 2, 3 pagi pun ok ..tp kt sini mana nak blh..pastu bila nak guna saja, lab penuhla,, server downlah, eemm… lg pun tak dan sama nak pi lab..

Sem ni alhamdulillah..ok sikit..hrpnya dpt buat yg terbaik insyaallah..sem ni pun bnyk sungguh program yg telah dan akan dibuat..i-meclah, I-festlah, e-festlah, Mc festlah.,..eem tp ..jgn “hampes” sudah…

Masa 1st day pegi kelas Ulurn Hadith hari tu,,(kelas Ust Fathuddin).,org Syria..best sngt...bnyk benda dan perkara yg ust briefing , dan jgk bg nasihat utk tullab wa-talibatihi..satu perkara yg saya cukup tak boleh lupa pesanan Ust..”Qala Imam Mujahid Rahimahullah (slh seorg tabiin) “La yata’llamu al-ilma mustahyin wala mustakbir” (jgn menuntut ilmu dgn keadaan malu dan takabbur / bangga diri),..mmg pun… dlm menuntut ilmu dan utk dptkn ilmu yg berkat ni, itu yg susah..kadang2 takut jgk kalau2 maksiat /dosa yg kita buat ini yg akan jadi hijab drpd nak dpt ilmu yg berkat ni..Na’uzubillahiminzalik..

Bercakap pasal menuntut ilmu ni..ada satu kuliah Fiqh as-Sunnah (belajar secara Talaqqi dgn ust Abu Laaith-menggunakan kitab Fiqh as-Sunnah karangan Syed Sabiq ), bg sesiapa yg berminat bolehla join kelas ni..tp hanya untuk sisters shj (eemm klu nak bg bunyi mcm baik sikit..muslimatlah.. )..tp dlm bahasa arab..it’s ok dlm bhs arab pun..kalau sapa2 yg dah ada at least sikit basic arab ni datanglah klu ada kelapangan waktu..setiap Isnin, Rabu, Jumaat pukul 12-1.15, ADM Tak rugi benda ni…untk kita jugak..paling kurang klu kita pi duduk dengar pun..malaikat rahmat payungi kita dah..dan kita berada di salah satu antara taman2 syurga..tak best ke tu?? Sebenarnya dlm nk menuntut ilmu ni pun bukanlah hanya pada lecture di kelas saja..ilmu ni kena kita yg pergi mencari, bukannya dia yg cari kita,, bnyk lagi sebenarnya kuliah2 yg ada di IIUM ni cuma bergantung pada kita saja nak menggunakan kesempatan dan peluang yg ada di depan mata ni mcm mana..time skrg nilah nak cari dan tambahkan ilmu sebnyk mungkin..sementara masih tak de komitmen besar2 lg ,,nnti bila dah ada bnyk komitmen..takut menyesal tak sudah pulak…nnti InsyaAllah saya akan listkan kuliah2 yg ada di IIUM (setakat yg saya tahu),..Jom sama-sama kita membudayakan Budaya Mencari Ilmu..Semoga hidup kita sentiasa terpimpin..InsyaAllah..