Wednesday, March 17, 2010

Dedikasi Khas buat Suami tercinta

Pada tahun 2004 (21 tahun) saya telah menulis satu puisi tentang lelaki (yang diolah dari puisi wanita di akhir zaman ini). Ketika itu kerisauan dalam hadirnya seorang lelaki untuk dijadikan suami. Risau jika tersalah dalam membuat pilihan.

Lelaki diakhir zaman ini..

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang
benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk
dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu
daya

Keberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri
sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk
kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam
dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada
hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari
barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki
diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan
majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam
mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga
dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi
matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma
menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..


Mardiana Mat Ishak
UIAM (2004)


Namun, Alhamdulillah saya bersyukur dengan jodoh yang telah diberikan Allah. Pemberian seorang teman yang saya tafsirkan sebagai “pasti masih ada lagi lelaki diakhir zaman ini seperti yang kufikir”. Antara cirri-cirinya, saya inginkan seorang suami yang beragama, berilmu, penyayang, memahami dan boleh dijadikan teman susah dan senang.


Beragama: Agar saya dapat bersamanya mencari dan mendapat redha Allah dalam perjalanan menuju syurgaNya.

Berilmu: Agar saya dapat manfaat dari ilmunya malah boleh berkongsi bersamanya.

Penyayang: Agar saya dapat merasai kebahagiaan dan kasih sayang seorang teman yang bernama suami dan ayah kepada anak-anak kami. Saya ingin menjadi isteri dan ibu yang solehah dengan redha, bantuan dan nasihat daripadanya.

Persoalan siapa dan bagaimana jodoh saya terjawab akhirnya..Alhamdulillah. Mohd. Khairul Nizam bin Zainan Nazri adalah suami kepada Mardiana binti Mat Ishak.

18 Mac 2010 genap usia suami 30 tahun. Alamak! Dah 30 tahun??. Cepatnya masa berlalu.. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 30 untuk abang tersayang. Semoga Allah memakbulkan segala impian dan cita-citamu.. Amiin..

Abang ketika menerima ijazah MA di UIAM



Terima kasih untuk Abah (Tn. Haji Zainan Nazri) dan Mak (Hajah Fathilah) atas didikan sempurna yang telah diberikan kepadanya. Semoga segala bekalan didikan yang telah diberikan dapat disalurkan kepada anak-anak kami pula. Menjadi insan yang berilmu, beriman, bertaqwa, dan bermanfaat untuk ummat dan Islam. Amin, insyaAllah.

Ingin saya berkongi satu Hadis buat ingatan untuk diri sendiri serta buat para isteri atau yang bakal bergelar isteri. Kesetiaan seorang isteri kepada suami merupakan salah satu pintu syurga bagi seorang isteri.

Di dalam sebuah Hadis Sahih, Rasulullah saw bersabda kepada Asma’ binti Zaid,


“Perhatikanlah bagaimana sikapmu kepadanya. Dia adalah
Syurgamu dan Nerakamu”.

(HR Ahmad dan Nasae’i)

Kedudukan suami keatas isteri sangat tinggi dan mulia. Menjaga perasaannya ketika marah atau gembira adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh wanita atau Muslimah yang ingin masuk ke syurga. Semoga kita semua dapat menjadi penghuni syurgaNya. Amin, InsyaAllah.

Tuesday, February 23, 2010

Jemputan Umrah (Haramain-1)


Setelah hampir 6 bulan meninggalkan kenangan-kenangan manis yang cukup berharga semasa berada di Haramain (Makkah dan Madinah) baru kali ini saya berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu sebagai satu diari kenangan yang ingin dikongsi bersama. Agar ianya tidak hilang begitu sahaja.

Tiada perasaan yang dapat dilafazkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah atas keizinanannya untuk menjadi tetamNya, lebih-lebih lagi pada waktu kemuncak 10 Ramadhan terakhir.

Hanya pernah berniat suatu hari nanti insyaAllah kami akan pergi mengerjakan Umrah bersama. Saya dan suami, dan jika ada rezeki bersama anak-anak. Namun, tidak pernah terfikir kami tiga beranak dapat pergi ke sana dalam masa terdekat ini. Semuanya berlaku secara terus. Kami membeli rumah dan mula memasuki rumah baru pada bulan Jun 2009, seterusnya bulan September 2009 dapat pergi mengerjakan Umrah.

Hanya Allah yang maha mengetahui. Percayalah bahawa rezeki itu adalah urusan Allah. Memang sedia maklum bahawa mengerjakan Umrah pada bulan Ramadhan terutamanya pada 10 Ramadhan terakhir memerlukan kos yang agak besar. Malah seakan-akan kos mengerjakan Haji.

Saya pernah terbaca iklan Umrah pada bulan Ramadhan adalah antara RM 7,000- RM10,000 seorang. Ini bermakna, kalau difikirkan logik akalnya, jumlah kami 3 beranak adalah sebanyak lebih kurang RM 20,000. Namun Alhamdulillah, tidak sampai sebanyak itu. Tapi tak perlulah saya nyatakan berapa disini.

Tetapi boleh dikatakan kami pergi dalam keadaan “koboi”. Tiada agen umrah yang diambil. Ini juga antara faktor yang telah mengurangkan perbelanjaan.

Tetapi risikonya, banyak transit yang perlu dilalui, namun, ia turut mengurangkan kos. Semuanya hanya dengan pengalaman suami yang pernah pergi mengerjakan umrah sebelum ini. Ini adalah Umrah pertama untuk saya dan Uways dan yang ketiga untuk suami.


Plan Asal.

Nak dikatakan secara kebetulan pun mungkin juga. Ini kerana perancangan asal adalah kami akan mengerjakan Umrah setelah tamat sesi pembentangan kertas kerja saya di Universiti of Jordan pada 28 -30 September 2009. Supaya saya tidak perlu memikirkan urusan pembentangan lagi dan saya boleh mengerjakan Umrah dengan lebih tenang.

Namun, setelah berbincang dengan rakan suami yang menguruskan Visa serta tiket penerbangan kami sepenuhnya, Saudara Farihal, bahawa tarikh untuk memasuki Makkah hanya dibenarkan pada bulan Ramadhan kerana kerajaan Arab Saudi akan membuat persiapan Haji bermula Syawal.

Plan bertukar untuk pergi lebih awal agar dapat kami mengerjakan Umrah dan kemudian baru selesaikan urusan pembentangan kertas kerja. Ini bermakna kami pergi mengerjakan umrah dan seterusnya ke Jordan selama seminggu bermula 27 September 2009.

Kemungkinan besar juga satu kebetulan, tarikh untuk saya pergi adalah tarikh sewaktu revision dan exam period di CFS IIUM. Alhamdulillah, saya telah mendapat pelepasan untuk pergi atas dua urusan, pertama untuk membentangkan kertas kerja dan kedua mengerjakan umrah. Itupun setelah mengharungi banyak dugaan dan rintangan untuk mendapatkan pelepasan dan sedikit pembiayaan dari UIAM untuk mereka yang membentangkan kertas kerja.

Fasa perjalanan kami adalah dari :

1- KLIA-BANGKOK-JORDAN-JEDDAH
2- JEDDAH-JORDAN
3- JORDAN-BANGKOK-KLIA


Gambar sebelum bertolak. Singgah di rumah ustaz Arif. Berada di KLIA dan memasuki balai berlepas sejurus berbuka puasa bersama. Beg yang dibawa telah dimuatkan dengan mampatnya agar tidak terlalu banyak.

p/s: Tarikh di Gambar tahun 2008 (terlupa untuk setting semula).




Bersambung…

Saturday, February 20, 2010

Our bundle of Joy!!!..

Alhamdulillah tanggal 13 Februari 2010 jam 5.19 pagi saya telah selamat melahirkan seorang lagi bakal pejuang Sunnah Rasulullah dan Islam. Khalifah kecil seberat 3kg di Pusat Perubatan ar-Ridzuan Ipoh Perak.

Rentetan kehadiran Imam kecil ini:
Jumaat (12 Februari 2010)
Jam 11.00 pagi.
Saya berjaya menyelesaikan segala kerja (1. menanda kertas jawapan pelajar dan mengisi kedalam online marksheet- peperiksaan akhir Bahasa Arab pada hari Khamis, dan hari Khamis itulah juga saya siap menanda kertas jawapan, 2. Menghantar report program Language Enhancement Program (LAC) ke Gombak, 3. Ke pejabat buku atas urusan).

Sebelum bertolak dari PJ ke Gombak (Uways ditinggalkan dahulu di IIUM Educare), saya terasa seperti “turun darah” yang menjadi salah satu tanda untuk bersalin. Agak panic sebenarnya kerana berbeza dengan Uways (pecah air ketuban). Saya sempat bertanyakan kak Zura tentang perkara tersebut. Maka atas nasihat Kak Zura, sepupu saya seorang doktor dan doktor yang akan menyambut baby agar segera dibuat pemeriksaan kalau-kalau jalan sudah terbuka.

Saya sangat risau dan “kecut perut” memikirkan banyak perkara lagi yang belum diselesaikan. Jangkaan bersalin adalah pada 28 Februari 2010 (kiraan kitaran haid) dan 19 Februari 2010 (tarikh pada scan). Baju saya, suami dan Uways yang belum berkemas, serta kereta baru kami yang dijangka akan diambil petang Jumaat ini. (Sudah bosan dengan karenah serta ragam kereta buatan Malaysia kami bertukar angin untuk mengambil kereta Toyota pula. Lebih terjamin kualitinya. Minta maaf bukan tidak menyokong kereta buatan Malaysia.)

Kami singgah ke klinik Hayati di Sri Gombak, Alhamdulillah masih belum terbuka jalan. Ini bermakna, insyaAllah mudah-mudahan kami sempat mengambil kereta petang ini dan bertolak ke Ipoh.

Solat Jumaat.

Selesai solat Jumaat di Masjid UIA, makan di Mok Ku Kafeteria di Econs (kali ini saya tidak lalu makan, saya hanya makan laksa (takut kempunan dalam pantang nanti) dan menjamah 2 mulut nasi suami. Kalau dulu suami yang banyak terkena panahan mengandung, tetapi kali ini baru saya merasakannya.

Kemudian terus ke Pj semula untuk mengambil Uways dan balik kerumah. Barang masih belum berkemas. Selesai solat Asar, salesman kereta telefon mengatakan bahawa kereta boleh diambil petang itu juga. Alhamdulillah hajat tercapai untuk mendapatkan kereta sebelum balik bercuti dan sebelum kehadiran orang baru.


Jam 6.00 petang.

(Dalam sakit-sakit pun masih sempat berposing.. :) )


Sejurus kereta diambil, kami terus ke Rawang untuk membuat sedikit penukaran tayar kereta yang sudah diidam lama. Kontraksi untuk bersalin semakin terasa.


Jam 8.30 malam.

Kontraksi terasa dengan jarak 15 minit. Saya menelefon Dr. Raofah (yang akan menyambut baby) masih sempat atau tidak untuk bertolak dari KL ke Ipoh. Insyaallah sempat katanya, tapi perlu segera bertolak. Alamak!, kami masih di Rawang, pakaian masih belum berkemas!!!.

Selesai solat dan mendapatkan penukaran tayar baru, terus pulang kerumah. Bersiap sesegera mungkin. Penat. Jam 10.00 malam kami bertolak dari KL ke Ipoh. Perut saya berkeroncong sakan. Manakan tidak hanya semangkuk laksa pada hari itu.

Debaran semakin terasa sepanjang perjalanan. Saya hanya mendiamkan diri seribu bahasa. Suami menasihati agar banyakkan berselawat dan yakin insyaAllah selamat. Perut saya lapar, kontraksi saya masih senada seperti tadi. Hanya berdoa dalam hati.

Jalan lama pula terpaksa dipilih untuk mengelakkan jam di highway memandangkan ramai yang bertolak pulang kekampung sempena cuti Raya Cina. Kalau jam di highway lagi susah.

Jam 1.00 pagi

Selamat sampai di Ipoh. Suami mengajak saya makan dahulu supaya ada tenaga untuk bersalin nanti. Ibarat orang megantuk disorongkan bantal, saya setuju. Saya teringin dari maghrib tadi nasi mamak. Ntah apa mimpinya nasi mamak yang saya teringin. Singgah di Nasmir, tidak berjauhan dari Pusat Perubatan Ar-Ridzuan.

Alhamdulillah selamat sampai di ar-Ridzuan. Jururawat yang bertugas membuat pemeriksaan bukaan. 4 cm. Kontraksi masih seperti tadi. Yang pastinya memang sakit. Sementara menunggu pemeriksaan jarak kontraksi, suami menghantar Uways ke rumah mak/abah. Bersiap semula untuk ke ar-Ridzuan.

4.30 am.

Kontraksi semakin dekat dengan jarak 5-10 minit. Suami setia menemani.

4.45 am.

Saya dibawa masuk ke labor room. Sakit hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah setelah berjuang habis-habisan separuh nyawa, jam 5.19 am, lahirlah putera kedua kami… Welcome to the world sayang Ummi…

Terima kasih buat hubby tersayang. Kesian seharian tidak tidur. Pejam celik pejam celik sudah berempat kita..


Semoga kita terus kekal bahagia dalam RedhaNya sehingga ke akhir hayat..

Friday, February 19, 2010

"Expectation" dan Realiti di dalam Perkahwinan


(gambar diambil dari muhtarsuhaili.wordpress)

Tiba-tiba saya terasa ingin menulis tentang perkahwinan. Mungkin kerana terpengaruh dengan cerita-cerita tidak elok tentang lumrah kehidupan berumahtangga.

Sebelum berkahwin dan ketika memikirkan siapakah calon yang terbaik untuk dijadikan teman hidup, seringkali saya berfikir, “Apakah betul calon pilihan yang aku buat ini?”. Perasaan takut dan bimbang menyelubungi perasaan ketika itu. Takut sekiranya tersalah di dalam percaturan hidup. (Alhamdulillah pilihan tersebut tidak salah malah adalah yang terbaik untuk diri).

Lebih menakutkan, cerita-cerita tidak elok tentang realiti perkahwinan yang sering dilaporkan. Perasaan tidak bahagia dan rasa jemu terhadap pasangan. Realiti kehidupan yang dilalui tidak seperti yang dijangkakan dan diharapkan.

Nilaian Bahagia.

Apakah bahagia itu boleh diukur? Nilai bahagia itu terletak kepada pemiliknya. Ada pasangan yang dilihat bahagia tetapi hakikat yang dilaluinya tidak. Namun ada juga pasangan yang kelihatan tidak bahagia tetapi melalui kehidupan rumahtangga yang cukup bahagia. Bahagia hingga ke akhir hayat dan bahagia yang akan terus membawa ke Syurga.

Nilaian bahagia adalah sesuatu yang sangat subjektif. Seringkali saya terfikir, apakah mereka yang dikatakan hidup bahagia itu tidak pernah mengalami konflik di dalam rumahtangga? Apakah mereka sentiasa “sekepala” di dalam membuat sesuatu keputusan?

Adalah suatu yang mustahil dan dusta sekiranya ukuran bahagia diletakkan pada ketidakwujudan konflik dan masalah di dalam rumahtangga. “Happy Ending” seperti dalam fantasi kisah-kisah cinta di telivisyen.

“Expectation” terhadap pasangan.

Saya pernah “bersembang” dengan suami berkenaan “expectation” beliau terhadap saya dan “expectation” saya terhadap beliau. Suami tidak menjawab persoalan saya tetapi sebaliknya, kata-katanya yang insyaAllah akan saya ingat sampai bila-bila. “Perkahwinan bukan berdiri diatas paksi “expectation” tetapi adalah suatu yang realiti. Kita berhadapan dengan realiti, bukan atas “expectation”.

Semua orang boleh meletakkan “expectation” terhadap pasangan masing-masing. Sebelum berkahwin, kita tidak akan mengenali pasangan. Suatu yang tipu sekiranya dikatakan “bercinta” dan “berdua-duaan” sebelum berkahwin untuk mencari keserasian.

Sebenarnya “expectation” itulah yang akan mengeruhkan lagi hubungan di antara pasangan. Lebih-lebih lagi dengan meletakkan “expectation” yang tinggi terhadapnya. Apa yang diharapkan dan diimpikan lain dari realitinya. Samada berkahwin atas pilihan sendiri, pilihan jemaah, pilihan orang tua, bantuan orang tengah dan sebagainya.

Apabila berlakunya sesuatu konflik, perasaan kecewa menyelubungi. Maka timbullah segala macam perasaan tidak elok terhadap pasangan. Pelbagai “expectation” lama datang bertamu. Syaitan pula datang menyuntik. Sedangkan diwaktu awal perkahwinan, segala macam nikmat bahagia dirasakan. Tidak pula timbul soal “expectation” terhadap pasangan.

Justeru, buang segala macam “expectation” dan berinteraksi dengan realiti dihadapan dengan sebaiknya. Perbaiki diri sendiri dan pada masa yang sama perbaiki diri pasangan. Saling tegur menegur demi mencapai kebahagiaan bersama dalam menuju RedhaNya..

Terima diri pasangan seadanya adalah kunci segalanya. Tiada manusia yang sempurna termasuk diri kita sendiri. Memetik kata-kata dari kumpulan Scorpion, “What you give, you get back”.

Satu Misi dan Visi berpaksikan Taqwa.

Di dalam Al-Quran Allah berfirman, “Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (QS. 4:1)

Rasulullah saw menjadi Qudwah atau contoh terbaik untuk diikuti. Perkahwinan yang didasari Taqwa dan menuju cinta yang satu terhadap Allah dan Islam.

Apabila berlakunya sesuatu konflik, ingat semula bahawa salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk mencari Redha Allah. Itulah juga niat sebelum kita berkahwin dengan pasangan. Wasilah atau jalan untuk mendapatkan Redha Allah adalah melalui pasangan kita sekarang. Hargai diri pasangan masing-masing.

Cintailah orang yang telah dikahwini, bukan “berkahwin” dengan orang yang dicintai. Kerana syaitan sentiasa mencari jalan untuk mengeruhkan sesebuah perkahwinan. Perasaan “cinta segera” yang hadir dari tipu daya syaitan itu adalah salah satu muslihatnya.

“Ya Allah suburkanlah cinta kami terhadap pasangan kami agar kami dapat terus mencintaiMu.. Rabbana hablana min azwajina wazurriyatina qurrataa’yun waj’allana lilmuttaqinaimama..”

Wednesday, January 6, 2010

Antara Nur Kasih dan Cinta Sempurna



“Nur..Nur janji dengan abang, Nur tak akan tinggalkan Abang?”.. “Nur tak akan tinggalkan abang, tapi abang mungkin akan tinggalkan Nur…”.(lebih kurang dialognya) Adam mengesat air mata Nur, Nur mencium tangan Adam. Tangisan beriringan dan berakhir dengan pelukan (sebagai suami isteri dalam cerita).


Saya masih ingat dialog dan babak ini (lebih kurang ayatnya) dalam drama Nur Kasih. Babak dan dialog antara Nur dan Adam tatkala timbulnya Katrina selepas majlis perkahwinan Aidil dan Aliya. Nur risau sekiranya Adam memilih Katrina dan akan meninggalkannya. Babak dihadapan sawah padi yang terbentang dihadapan rumah Adam. Saya tidak pasti kenapa tiba-tiba emosi saya terusik dalam babak tersebut. Sehinggakan saya boleh menitiskan air mata!.

Saya bukanlah seorang hantu drama. Agak sukar untuk saya menonton sesuatu drama, melainkan drama tersebut berjaya menambat hati saya untuk menontonnya. Saya tidak berminat menonton Nur Kasih pada awalnya, sangkaan saya seperti drama-drama biasa yang biasa saya tonton. Mungkin faktor UIAM yang menjadikan saya sedikit demi sedikit berminat untuk menontonnya.

Saya bukanlah orang yang terlibat dengan pengarahan drama atau filem. Entri kali ini hanya sekadar perkongsian pandangan peribadi sebagai seorang penonton.

Bukan juga niat untuk membandingkan antara drama Nur Kasih dan Cinta Sempurna. Mencari mana yang terbaik. Setiap drama ini mempunyai mesej tersendiri dan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Sekadar melontarkan beberapa aspek yang boleh diperbaiki (pada pandangan saya) atas nama “drama berunsur Islam” atau “drama islamik”.
Nur Kasih.

Nur Kasih telah menimbulkan satu fenomena baru dalam dunia “drama islamik”. Sempena hari raya korban 1430H tempohari ramai yang “terkorban” gara-gara Nur Kasih. Drama Nur Kasih menerima sambutan yang cukup menggalakkan.
Saya secara tidak sengaja saya juga telah “terjatuh hati” dengan jalan cerita serta lakonan watak yang ditonjolkan.
Cinta Sempurna.

Apa yang menarik minat saya untuk menonton drama ini setelah diwar-warkan oleh AbuSaif@Saiful Islam. Saya ingin melihat mesej yang ingin disampaikan. Agak teruja pada awalnya dan tidak sabar untuk menontonnya. Tetapi ada sedikit kecewa setelah menontonnya.

Antara beberapa faktor yang menjadi kekuatan dan kelemahan antara dua drama ini:

1) Jalan cerita

2) Masej

Masej Nur Kasih adalah hubungan kekeluargaan dan Isu Poligami yang ditonjolkan. Kemungkinan besar saya “terlekat” dengan drama ini atas faktor ini. Orang yang telah berkahwin lebih merasainya. Kalau saya meletakkan diri ditempat Nur (watak utama). Mugnkin itulah yang telah menyebabkan saya menitiskan air mata. Tidaklah terlalu menghayati jalan cerita, tetapi ianya berlaku secara sepontan sewaktu saya menontonnya berseorangan. Pengarah berjaya bermain dengan emosi penonton (Mungkin ini yang menjadi daya tarikan, kerana drama yang bermain dengan emosi dan perasaan lebih dekat dengan hati penonton). Tetapi pada saya agak meleret-leret. Mungkin juga untuk memanjangkan cerita. Ada saja perkara yang berlaku selepas satu.
Cinta Sempurna menampilkan masej Skeptik terhadap Agama atau Religious Skepticism sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ustaz Hasrizal. Namun pada saya, masej utama agak tenggelam dan yang lebih menonjol dan ketara adalah cinta bersegi-segi antara watak-watak utama. Situasi berdua-duaan antara seorang ustaz dan madu’ juga saya rasa tidak sesuai, walaupun dengan niat untuk berdakwah.

3) Pelakon

Kedua-dua drama ini pada saya mempunyai pelakon yang cukup berbakat dan berjaya membawa watak masing-masing.
Watak-watak dalam Nur Kasih sesuai dengan gandingan pelakon yang dipilih. Semestinya saya sukakan gandingan Adam (lakonan Remy Ishak) dan Nur (Tiz Zaqiyah) walaupun hakikatnya pelbagai cerita artis yang kita dengar tentang mereka ini. Watak Sarah pula kena dengan pelakonnya. Perasaan benci penonton dengan sikapnya yang mengada-ngada itu telah membuktikan bahawa dia berjaya membawakan watak tersebut.
Saya memuji watak (pelakon wanita) yang ditampilkan dengan pakaian yang kebanyakan bertudung atau menutup aurat. Walaupun ada beberapa babak Katrina dan Adam pada zaman jahil mereka di permulaan cerita. Kalau tidak, macam mana? Itu logiknya.
Gandingan para pelakon dalam watak-watak untuk drama Cinta Sempurna tidak kurang juga hebatnya. Tetapi adakalanya cara watak tersebut ditonjolkan agak “mengada-ngada”. Terutamanya watak Shila (lakonan Quiara ). Walaupun mesej yang ingin ditonjolkan adalah sikap seorang anak orang kaya yang tidak pernah tahu tentang Islam itulah timbulnya Religious Skepticism. Gaya percakapan agak over, sehingga timbulnya persoalan benarkah wujudnya lagak dan gaya tersebut pada realitinya?.
Pada saya watak pelakon lain boleh diterima, cuma watak Shila yang agak ketara. Pada saya cara pemakaian yang ditonjolkan agak kurang sesuai. Rasa saya, walaupun rating penonton adalah ramai (menurut Ustaz Hasrizal sebanyak 109,000 orang penonton), tetapi rasa saya kebanyakan yang menonton adalah mereka yang “sudah baik”. Kemungkinan besar mereka ini kebanyakannya terdiri daripada peminat setia Ustaz Hasrizal (berdasarkan komen pembaca di blog saifulislam). Malah tayangannya juga pada bulan Ramadhan. Kebanyakannya tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton drama yang cerita asalnya adalah Ustaz Hasrizal. Tidak putus-putus Ustaz Hasrizal mempromosikan drama Cinta Sempurna.

4) Tempoh Masa

Tempoh masa juga pada saya sangat mempengaruhi mood penonton. Nur Kasih ditayangkan seminggu sekali (Jumaat) dalam tempoh satu jam. Cinta Sempurna setiap Isnin sehingga Jumaat sepanjang Ramadhan dalam masa setengah jam. Walaupun Nur Kasih ditayangkan seminggu sekali, namun penonton masih boleh berpuas hati dengan episod setiap minggu itu dan menanti sambungan episod seterusnya. Cinta Sempurna walaupun ditayangkan setiap hari tapi dalam tempoh setengah jam (belum ditolak iklan kopi, selingan lagu Yuna dan sebagainya) sedikit sebanyak telah menganggu mood penonton. Sekejap sahaja menonton, tiba-tiba bersambung. Mungkin sasarannya untuk menghabiskan satu drama bersiri sepanjang Ramadhan, cukup-cukup dan “ngam-ngam” dengan masa. Mungkin pada masa akan datang, perlu difikirkan samada slot itu dibuat setengah jam bebas iklan ataupun satu jam dan beriklan.
5) Siaran TV / Channel

Sasaran “drama berunsur Islam” atau “drama islamik” antaranya adalah untuk mengubah persepsi atau sikap penonton terhadap sesuatu isu. Itulah dakwah melalui media. Pada saya Nur Kasih ditayangkan di TV3 adalah satu pemilihan yang cukup bijak. TV3 mampu menarik “crowdnya” atau peminatnya tersendiri. Setiap isi rumah yang mempunyai TV, sekalipun tidak mempunyai siaran tv berbayar Astro, pasti akan memilih TV3 kerana TV3 adalah channel yang terbaik antara channel-channel yang sedia ada (pada saya).
Cinta Sempurna ditayangkan melalui siaran tv berbayar Astro pada saya telah menyempitkan sedikit ruang dakwahnya. Ini kerana tidak semua isi rumah yang mempunyai TV melanggan Astro. Apatah lagi siarannya pula di saluran Astro Oasis (channel 106). Hanya mereka yang insaf dan ingin baik sahaja yang akan menonton saluran Astro Oasis. Banyak saluran yang lain yang menjadi saingan untuk mereka memilih. Namun pemilihan lagu daripadaYuna (Cinta Sempurna) sedikit sebanyak telah menarik peminatnya menonton Cinta Sempurna. Walaupun nyanyiannya adalah daripada suara seorang wanita. Niat untuk berdakwah, bolehkah? Anda cari jawapannya.

Sudut manakah yang Islamik?
Cuma persoalan yang ingin saya ajukan. Apakah yang dimaksudkan dengan “drama berunsur Islam” atau “drama islamik” ini? Apakah dengan jalan ceritanya sahaja? Atau pelakon yang ditonjolkan menutup aurat sebagaimana yang Islam kehendaki? Atau jalan cerita dan pelakon yang ditonjolkan menepati sebagaimana yang Islam inginkan? Atau apakah tiada langsung unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti lakonan sebagai pasangan suami isteri yang berpegangan tangan dan sebagainya? Anda berhak untuk menjawabnya.
Pada pandangan saya, jalan cerita, cara lakonan dan pemakaian pelakon itu yang memainkan peranan penting dalam meletakkan sesuatu drama itu sebagai islamik ataupun tidak. Mungkin akan timbul pula persoalan, sekiranya semuanya tidak boleh dan terbatas, tidak sampailah mesej dan tidak “real” pula kisahnya. Anda rasa bagaimana?
Apapun, syabas diucapkan kepada semua krew dan para pelakon yang terlibat dalam kedua-dua drama bersiri ini. Juga kepada Ustaz Hasrizal yang telah menyumbang idea untuk mengetengahkan isu Religious Skepticism ditengah masyarakat melalui medium hiburan. Diharap dapat diperbanyakkan lagi drama yang mempunyai mesej baik seperti ini. Media menjadi wasilah untuk berdakwah. Wallahua'lam.

Saturday, January 2, 2010

Istiqamah, Azam Sempena Tahun Baharu 2010

Istiqamah, azam sempena tahun baharu 2010 (Utusan Malaysia 1 Januari 2010 (Jumaat)/Rencana-Wacana Islam

Oleh MARDIANA MAT ISHAK

TAHUN baharu 2010 sudah membuka tirai. Dengan itu, ramai yang sibuk memasang azam masing-masing. Membuka diari hidup baru dan meninggalkan diari hidup yang lama.

Semua orang boleh berazam. Senarailah sebanyak mana sekalipun azam mereka. Satu hakikat yang pasti, semuanya bergantung kepada kekuatan diri mereka untuk terus istiqamah dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Orang yang beristiqamah bermaksud seorang yang gigih tekun dan komited dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan sehingga tercapai matlamat yang telah dirancang.

Islam amat mementingkan istiqamah. Banyak hadis dan ayat al-Quran yang menyebut tentang istiqamah. Dalam konteks istiqamah dalam beribadah, ia merujuk kepada aspek tunduk, patuh, tekun dan taat dalam melaksanakan amal ibadah dalam kehidupan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sufian bin Abdilah, beliau berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, jelaskan kepada saya mengenai Islam, supaya saya tidak perlu lagi bertanyakan kepada orang lain. Baginda menjawab, "(Islam itu adalah) kamu berkata 'Aku beriman kepada Allah dan beristiqamah'."

Ini bermakna, dua fokus utama yang ditekankan oleh hadis ini ialah keimanan kepada Allah dan komited serta konsisten dengan keimanan tersebut.

Kaitan Azam, Matlamat dan Istiqamah
Dalam konteks kehidupan sekarang, ia menuntut kita beristiqamah untuk terus berjaya. Menjadi seorang anak dan pelajar yang berjaya, pekerja yang berjaya, suami dan isteri yang berjaya. Semuanya memerlukan tahap kekuatan dan gerak kerja yang konsisten dan bukan sekerat jalan.

Setiap azam dan matlamat tidak akan dicapai tanpa kehadiran istiqamah. Azam akan menjadi suntikan semangat untuk mencapai matlamat. Maka dengan itu sifat istiqamah iaitu konsisten, tekun dan gigih berusaha perlu ada demi mencapai matlamat yang diimpikan.

Orang yang istiqamah adalah seorang yang mulia. Seperti kata Hamka, "Sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah".
Kalau para Nabi dan Rasul ditugaskan untuk menyampaikan dakwah dan beriman kepada Allah, itu adalah tugas mereka. Mereka terus beristiqamah dalam merealisasikan visi mereka. Hasilnya kita mendapat nikmat Islam dan iman yang kita kecapi kini.

Sebagaimana saranan dan galakan Allah kepada Nabi Muhammad SAW di dalam Surah Hud, ayat 12, "Maka beristiqamahlah engkau sebagaimana engkau diperintahkan."

Prasyarat kekal istiqamah
Untuk kekal konsisten beristiqamah menjadi cabaran untuk setiap orang. Sama ada berjaya atau tidak menyahut cabaran itu, lima aspek ini boleh dijadikan ukuran dan panduan untuk terus kekal beristiqamah seterusnya mencapai impian dan matlamat yang diimpikan setelah menetapkan azam.

1) Kemahuan
Sebanyak manapun azam atau niat yang disenaraikan, tanpa kemahuan yang bersungguh-sungguh, ia tidak akan tercapai. Bak kata pepatah, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".

2) Percaya diri sendiri
Pastikan setiap apa yang direncanakan itu berpijak di bumi yang nyata. Yakin dan percaya pada diri sendiri bahawa kita mampu untuk merealisasikannya.

3) Motivasi
Mencari dan membaca bahan bacaan atau segala bentuk bahan motivasi yang boleh menyuntik semangat untuk terus berjaya agar semangat itu tidak pudar di tengah jalan.

4) Meletakkan tempoh dan masa
Meletakkan sasaran waktu dan tempoh tertentu akan menjadikan seseorang itu berdisiplin dengan kerjanya. Setiap orang mempunyai tanggungjawab yang lebih banyak daripada masa yang mereka ada. Setiap orang mempunyai masa 24 jam sahaja, tidak lebih daripada itu.

Dengan membahagi waktu dengan baik, ia akan menjadikan diri seseorang berbeza dengan yang lain. Jika diperhatikan, Islam juga mendidik umatnya dengan waktu.

Di mana syariat sembahyang lima waktu sehari semalam telah mengajar manusia untuk menghormati waktu.

Sebagaimana pesanan Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud tentang sebaik-baik pekerjaan adalah solat pada awal waktunya.

5) Fokus
Dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, anggota dan fikiran perlu bergerak seiringan. Jika anggota sahaja yang bergerak, akan menghasilkan kerja yang berkemungkinan besar tiada kualiti, kerana membuat sesuatu pekerjaan tanpa berfikir.

Sekiranya hanya berfikir dengan otak, tetapi tidak pula digerakkan dengan anggota, kerja langsung tidak akan berjalan. Pusatkan perhatian dan gerak kerja terhadap setiap pekerjaan yang sedang kita lakukan.

Percayalah bahawa walau hanya meletakkan satu atau dua sahaja azam tetapi kita tetap konsisten dalam merealisasikannya, itu adalah lebih baik daripada menyenaraikan sebanyak mungkin azam tetapi langsung tidak kita laksanakan.

Jangan jadi seperti pepatah, "Hangat-hangat tahi ayam", azam yang sama diulang pakai setiap tahun.



Penulis ialah Pensyarah Jabatan Bahasa Al-Quran, Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


UTUSAN MALAYSIA-RENCANA-WACANA ISLAM
( 1 Januari 2010)-Jumaat

Thursday, December 31, 2009

Blog bersawang dan berhabuk


Assalamualaikum wbt...

Lamanya blog ni ditinggalkan.. Bersawang dan berhabuk. Saya boleh memberikan 1001 alasan. Hakikatnya, ia adalah alasan semata-mata..

Apakah antara AZAM tahun baru 2010 saya nanti untuk istiqamah dalam mengaktifkan blog??? Harap-harapnya macam itulah, insyaAllah... Tapi tak tahulah..

Thursday, October 15, 2009

Happy Birthday Uways Sayang!!!..2 Tahun

Alhamdulillah hari ini 15 Oktober 2009 genap umur Uways 2 tahun Masihi (3 Syawal kalendar tahun Hijrah).

Macam-macam gelagat dan ragam yang tak terlayan Abi Ummi..

Yang bestnya Uways akan defend Ummi kalau Abi “merepek” pada Ummi. Anak sulung lelakilah katakan..Uways “merepek” balik pada Abi..Hehehe..

Semoga Uways terus membesar menjadi anak Soleh, Pintar, Cemerlang Dunia dan Akhirat. Ameen..



Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Tahniah kepada sahabat saya Nurulhidayah bt Nuruddin dan suami Mohd Shafiq Kassim atas kelahiran putera sulung mereka pagi ini. Rupa-rupanya dia nak keluar sama tarikh dengan Abg.Uways.. Semoga menjadi anak Soleh penyejuk mata ibu ayah.

Friday, September 11, 2009

Labbaikallahummalabbaik…


Alhamdulillah. insyaAllah kami 3 beranak akan bertolak ke Makkah-Jordan pada 11/9/2009- 3/10/2009. Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar.

Perancangan asal adalah untuk mengerjakan umrah selepas membentangkan kertas kerja di Jordan, tetapi dengan izin Allah, Allah telah menjemput kami untuk menjadi tetamuNya di hujung fasa terakhir Ramadhan. 10 terakhir kami insyaAllah di Makkah dan merasai suasana Aidilfitri di sana. AllahuAkbar.

Blog saya akan berehat insyaAllah selama 3 minggu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maafkan saya sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang telah dilakukan sekiranya ada.

AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, Walillahilhamd.. Selamat Bercuti..

Monday, August 31, 2009

2 kegembiraan pada Jun 2009.

Sepatutnya entry ini saya masukkan pada bulan Jun lepas. Tetapi tidak perlulah saya menerangkan kenapa dan kenapa sudah lama tidak mengupdate blog kerana akhirnya jawapan yang sama diberikan oleh kebanyakan orang. Hakikatnya, ialah alasan semata-mata. Oklah tidak perlu berbicara panjang soal itu. Kembali kepada topik utama.



Alhamdulillah pada bulan Jun yang lalu, ada 2 kegembiraan yang datang (juga yang ditunggu-tunggu) untuk kami sekeluarga.



1) Baiti Jannati


Saya yakin, setiap orang malah setiap pasangan pasti mengimpikan rumah idaman masing-masing. Saya juga dan hubby juga tidak terkecuali. Setelah sekian lama menunggu bermula December 2008, menghadapi pelabagai cabaran dalam membeli rumah pertama kami. Duit terutamanya, jadi terpaksalah “pekin” duit kata orang kedah. pekin=(jimat tahap Z).


Kemudian masalah lawyer yang menguruskan urusan jual beli rumah kami pula tiba-tiba bersalin, diberi kepada penggantinya yang telah tersalah memasukkan fail kami kedalam fail orang lain!. Namun dikatanya surat dari pemaju kami belum sampai. Kalau tidak kerana hubby yang follow up hampir setiap hari, sampai sekarang rasanya dia akan kata surat dari pemaju belum sampai. Macam manalah pembantu lawyer ni buat kerja..


Hampir setiap hari kami pusing-pusing naik motor ke taman. Lebih dari orang bercinta lagi. Tak masuk rumah, tengok pagar rumah pun jadilah. Betapa dasyatnya kemaruk nak masuk rumah baru. Hehehe. Uways sewaktu pusing-pusing dahulu


Akhirnya Alhamdulillah pada 15 Jun 2009 (Sabtu) kami telah selamat berpindah ke rumah baru yang terletak di belakang Batu Caves, Taman Gombak Permai. Untuk mengurangkan belanja, saya hanya bertanya dan meminta jasa baik anak didik di CFS PJ yang sudi untuk membantu. So terima kasih untuk mereka ini yang bersungguh-sungguh membantu.



Nak dikatakan rumah idaman pun, bolehlah juga. Sebab sudah tentu saya dan suami mengimpikan lot banglo besar dihiasi taman yang indah, atau mengadap pantai. Namun, apakan daya.Kami bukan business. Hanya makan gaji. Dengan kemampuan kewangan yang ada, rumah idaman ini yang mampu untuk kami sekeluarga. Rezeki buat masa ini. Alhamdulillah akhirnya kami boleh memiliki rumah sendiri setelah 3 tahun lebih menyewa.


2) insyaAllah kehadiran “orang baru”




Alhamdulillah, tidak lama lagi Uways akan menjadi seorang abang. insyaAllah duedate pada 28 Februari 2010. Doakan kesihatan saya dan kandungan agar selamat semuanya. Awalnya saya tidak merasakan apa-apa sama seperti Uways dahulu.



Saya agak sangsi sebenarnya apabila period lambat hampir 3 minggu. Saya Cuma melakukan “test” sendiri di rumah kemudian ke klinik uia untuk memastikannya. Alhamdulillah positif dan pada waktu itu usia kandungan 5 minggu. Syukur pada Allah kerana tiada apa-apa yang berlaku kerana sebelum itu saya agak lasak menyusun, mengemas, mengangkat barang dan kotak untuk membantu hubby dalam urusan perpindahan.


‘Ala kulli hal, selamat menjalani ibadah puasa. Kepada sahabat-sahabat sekalian, Jemput datang kerumah bila-bila senang. Alamat penuh nanti contact saya, raya nanti ke, bila datang ke Gombak ke.. tapi rumah kosong jelah.. xada barang-barang apa lagi pun.. Anyway, Ahlan Wasahlan..

Ramadhan, Merdeka dan Ulangtahun KAMI yang ke-3.


“Ahlan ya Ramadhan”


Saya agak ketinggalan sebenarnya untuk mencoretkan sesuatu tentang Ramadhan buat semua. Tetapi masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak untuk semua pembaca, samaada yang secara tidak sengaja tersinggah ke blog ini, atau kepada sahabat-sahabat pembaca yang sentiasa menjengah ke blog peribadi saya ini.


Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk sahabat-sahabat pembaca sekalian.. semoga segala amalan kita diterimaNya…

“Happy 3rd Anniversary”!!


Ramadhan kali ini adalah yang ke-4 untuk saya dan suami setalah genap tiga tahun menjalani kehidupan bersama sebagai suami isteri. Kali pertama ketika saya di tahun akhir pada tahun 2006, dirumah sewa pertama kami di taman sri Gombak fasa 8. Kali kedua ialah pada 2007, ketika mengandungkan Uways 8 bulan (puasa cukup, jadi tak perlu ganti ;) ). Bukan senang golongan wanita untuk berpuasa penuh sebulan Ramadhan ni. Hanya insan-insan terpilih dan bergelar isteri sahaja. Hehe.


Kali ketiga dengan kehadiran Uways sewaktu berumur 11 bulan di rumah sewa kedua di pinggiran Bt.Caves. Dan kali keempat ini insyaAllah, saya akan “berpuasa sebulan Ramadhan”. Biiznillah. Ya seperti dikatakan tadi, “hanya yang terpilih dan bergelar isteri”. Alhamdulillah dan insyaAllah Uways akan menjadi seorang abang tidak lama lagi!. :)


Alhamdulillah niat saya untuk menjarakkan 2 tahun kelahiran dimakbulkan Allah tanpa mengambil pil perancang.


Kali ini baru dapat saya rasakan erti “kesusahan” sewaktu mengandung. Ketika Uways, hubby yang merasakan “kesusahan” tersebut. Dulu saya tidak merasakannya sangat kecuali sakit untuk bersalin. Yang ini siapa pun tak boleh menganggungnya. Hanya yang bergelar ibu sahaja mengetahui “kesakitan” yang terpaksa diharungi.


Tapi Alhamdulillah, tidaklah seteruk mana, Cuma sakit di bahagian belakang dan loya yang saya fikir biasa untuk di awal kehamilan.


Sempena ulangtahun perkahwinan saya dan hubby yang ke-3 ini, ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada hubby yang sentiasa membantu. Baik dalam urusan kerja seharian mahupun dan urusan kerja sampingan dan wajib yang saya ada. i LOVE you so Much!!.


Merdeka

Tidak dilupakan, Selamat menyambut ulangtahun keMerdekaan yang ke 52 sebagai rakyat Malaysia. !




i'm back..



After a long hectic period of time, Mardiana is back to write
something on her blog..

Tuesday, June 2, 2009

Congratulations!!! ;)





25 Mei 2009 (Monday) – invigilator for English and Arabic Placement Test (EPT/APT).
9.00 am- 12.00 noon. / 2.30-4.30 pm.

25 Mei 2009 (Tuesday) – central marking for APT (8.00 am- 3.00 pm).

Dan hari-hari yang berikutnya sibuk dengan urusan rumah baru.. :) (grill, lampu, kipas etc…)

Semester 1 2009/2010, bermula 2 June 2009, tapi untuk pelajar 1st year kelas akan bermula pada 8 June 2009. Sem ni saya akan mengajar 1st year students. Jadual akan dapat i.Allah Jumaat ni.

Kalau ada rezeki dapat mengajar my ex-students masa di Al-Amin dulu. Masa saya ajar diaorang waktu form 4, subjek Syariah Islamiah. Sekejap saja masa berlalu. Tengok-tengok diorang ni pun dah masuk ‘dunia baru’.

Yang gembiranya masa hari peperiksaan untuk EPT/APT, saya terserempak dengan beberapa orang dari mereka. Tapi yang banat saja. Kalau tak silap masa tu Amirah Hafit, Qurratua’ini (saya jaga exam hall dia).

So, bagi yang dapat di CFS P.J campus, jemputlah datang bilik cikgu.. kalau yang Nilai, jauh sangat nak datang sini, but kalau ada datang sini, boleh je bertandang.. :)

Dikesempatan ni, cikgu nak ucapkan sekalung tahniah kepada mereka. Semoga sukses dan terus cemerlang didalam apa jua bidang yang diceburi:


(sumber: blog cikgu syikin)

Banin

Abdul Rafiq Mat Admara – KDU
Abu dzar samsudin - Asasi Seni Bina, UITM
Al-Hasan Rosli - A-levels, TARC.
Ahmad Amin Aleman - Asasi Sains Komputer, UITM
Ahmad Azfar Tajudin - Dip Syariah, Darul Quran
Aiman Ahmad Muhamad - Usuluddin, Uni. Darul Iman.
Amirul aizat zainul azmi - Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan - UIAM Nilai
Anas Asnawi Gazali - Dip. Syariah, Darul Quran
Auzaie shamsul ma’arif – Asasi Undang-Undang, UIAM, Nilai
Asif Ahmad Hasbullah - Persijilan Darul Quran
Muhd asyraf roslan –A-Level, KYUEM-Physics UK( JPA)
Bg salman bg bakhtiar – Asasi Sains Hayat, UM
Muhd Afif Mustafa kamal – Mechenical Enginerring, Politeknik PD
Muhd ayman yazid- Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan -UIAM
Muhd Amirul Arif Ahmad - Cadet Pilot HM Aerospace, Langkawi
Muhd Adzfar Mohd Aris - Dip. Actuary Science, UITM Shah Alam
Muhd farhan aziz - Asasi Sains Kemanusiaan, UIAM
Muhd hasif azizan - Asasi sains kemanusiaan UIAM, Nilai
Muhd Hakim Ali Hanafiah - Asasi Sains Pertanian- UPM
Muhd mazran nordin - Asasi Seni Bina, UIAM
Mohd Zubeir Omar – Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan – UIAM Nilai
Muhd Halim Md Zin –A-Level, KYUEM(UEM)Finance-UK
Muhd Amar Redhawi – A-Levels, Kolej Mara Seremban, Accounting.(MARA)Australia
Muhd Nur As-Sobri Omar - Asasi Sains Hayat, UM
Syazwan shah -
Syahmi hasri - Asasi sains kemanusiaan UIAM, Nilai
Syed ahmad muhajjir – Asasi Human Science UIAM



Banat
‘Ammarah nazaruddin- Sains Fizikal – Matriks Penang
Adila Mohd Sha- Asasi Accountancy - UIAM Nilai
athira Mohd Sha- IB, Kolej Mara Banting-Medic (MARA)
Afiqah kamaruddin – A-Level, Kolej Mara Seremban, Accounting (MARA)Australia
Amirah Hafit- Asasi KEJURUTERAAN, UIAM, PJ
Amirah kamarudin- Asasi Arkitek ,UIAM, PJ
Anis nabilah abd hamid – Dip. Business, UITM Alor Gajah, Melaka
Aini farhana asmuni- Asasi Sains Hayat, UM
Hasbillah mazlan- Matriculation of Science, UITM
Khadijah khalid- Sains, Matrik N9
Liyana rosely- A-Level, KTJ, Geology(Petronas)US
Maryam mohd sahar- CERT Accounting Tech, UITM K.Trengganu
Nur 'Afifah Mohd Ali – Diploma Dakwah, Darul Quran
Siti Najiehah mizan – Dip Syariah, KUIS
Nasihah Sakinah mohd reduan- Asasi Sains Hayat, UM
Nasuha Mohamed ridza - A-levels, TARC.
Norshazwani mohd izhar- A-Level, Sunway College
Noor aminah kamilen - Asasi Usuluddin, UM
Nurfarhana Amran - Cert. Accounting. Tech UITM Shah Alam
Nur farhanah mohd s.bahri- Engineering, Taylor’s Univ College (MARA )-Canada
Nur ameera zainuddin - Dip. Civil Engineering, UITM Jengka.Phg
Nur Dalila Nas TAmimi - Dip. Accountancy UITM Shah Alam
Nur farah fatinah aznam- Dip Ukur Bahan, UITM, Perak
Nur Fathiah Abd Basir -Asasi Accountancy, UIAM, Nilai
Nur Hanani Nik Mohd Hasyudeen - Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan - UIAM Nilai
Nur Hanisah Omar -Asasi Kejuruteraan,UIAM, PJ
Nur hidayah ab. sukor –Diploma Syariah, Kuis
Nur Suhaila Salleh- Quantitative Science, UITM
Nur syakilah paimin – Dip. Culinary, UITM Penang
Nurul raihana amran- Allied Health Science, UIAM
Nurul hidayah syukor- Dip Syariah, KUIS
Nurul fahima abd latif – Tahmidi syariah dan undang2, USIM
Qistina Nafisah Iman Kamaruzzaman- Mech. Engineering, UTP(Petronas)
Rahimah rashid – Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, UIAM, Nilai
Saleemah jamil- Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan -UIAM
Sarah zahirah razali – Asasi Sains Kemanusiaan, UIAM
Syafiqah Mohd Afdzal - Diploma Qiraat, Darul Quran
Siti atiqah kamarul zaman – Sains Fizik, Matrik, Perak
Siti Maryam Abd Latif - Cert. Acc. Tech (Sunway College)
Siti naimatul salwa maulad mustafa – Asasi B.I-UIAM
Sharifah Amina Al-Sagoff - Islamic Study DarZahrah di Tareem, Hadramout, Yemen
Sharifah khaulah syed omar – Asasi Farmasi, UIAM PJ
SHarifah salimah syed adnan- Asasi Sains Hayat, UM
Syazana Zahidah Muhd Uzir - Asasi sains kemanusiaan UIAM, Nilai
Wan Nur Nabila Wan Azhar - Asasi ekonomi dan sains pengurusan, UIAM, Nilai
Wan Nor Ira Izati Wan Izani - Perakaunan Matrik Kedah
Wan Nor Aqila Meor Abdul Wahab - Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan - UIAM Nilai
Wan mardhiyah wan muhammad- Sains, Matrik Kedah


Monday, June 1, 2009

Surat Pembaca Berita Harian- 23 Mei 2009.

Salam diucapkan kepada semua. Lama sungguh saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog. Seminggu dua ini agak sibuk. Sebenarnya entry kali ini sepatutnya hendak dimasukkan awal, tetapi disebabkan kekangan waktu ditambah pula dengan internet yang bermasalah. Jadi hari ini baru saya berkesempatan untuk meletakkan entry ini. Entry ini telah diterbitkan pada hari Sabtu 23 Mei 2009, di dalam Berita Harian. Di bawah ini tulisan saya yang telah diedit oleh pihak editor (mungkin sebab terlalu panjang), untuk bacaan yang panjang lebar itu telah saya masukkan di dalam entry sebelum ini.
Tujuan saya menulis artikel berkenaan bukan niat untuk menyindir mana-mana pihak. Sebaliknya untuk menyatakan kesedihan saya terhadap segelintir pandangan masyarakat terhadap golongan agamawan. "Tidak berkualiti", hanya pandai bercakap, cakap kosong tidak berisi, tidak berfakta, bercakap atas angin dan sebagainya. Kadang-kadang, disebabkan hasil segolongan agamawan sebegini yang menjadikan orang yang mengambil jurusan / bidang agama dipandang sebelah mata.
Syukran.
-----------------------------

Jurusan agama perlu diceburi pelajar minda kelas pertama.
-Berita Harian 23 Mei 2009 (Sabtu)

SYABAS dan tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang anak mereka berjaya mendapat tempat di institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) sama ada dalam atau luar negara. Kita berbangga kerana mempunyai generasi pelapis yang semakin meningkat tahap kecemerlangan dari semasa ke semasa.
Namun, kecemerlangan bukan diukur atas kertas saja. Apa yang lebih penting adalah kecemerlangan aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani perlu seiringan. Ingin dibangkitkan ialah ada segelintir masyarakat sejak dulu hingga kini menganggap pelajar atau anak yang kurang cemerlang patut dimasukkan dalam jurusan agama. Ia mungkin disebabkan pelajar itu tidak diterima mengikuti pengajian dalam bidang profesional dan komersial.

Ada benar penyataan yang menyatakan, daripada pelajar itu tidak mendapat apa-apa langsung, sekurang-kurangnya dengan mengikuti jurusan agama mereka dapat membekalkan diri dengan ilmu agama dan mampu mengajar kelak.
Jurusan agama dianggap jurusan kelas kedua, tidak memiliki nilai komersial dan ketinggalan zaman. Maka atas faktor itulah sukar untuk menemui pelajar cemerlang memilih jurusan agama sebagai pilihan utama. Jika ada pun, alasannya bidang agama subjeknya mudah untuk lulus.
Seharusnya kualiti pelajar yang diterima mempelajari bidang agama perlu seiring tahap kecemerlangan pelajar jurusan sains, perundangan dan jurusan lain. Untuk memahami agama memerlukan minda kelas pertama.

Pelajar yang bijak dan cemerlang bakal memahami agama dengan baik. Bahkan mereka boleh dianggap sebagai 'doktor' atau 'jurutera' pembangunan modal insan kepada masyarakat dan ummah keseluruhannya.
Hakikatnya, bidang agama bukan bidang picisan yang tidak mempunyai nilai. Apatah lagi dianggap bidang yang mudah. Bidang ini juga memerlukan keseriusan dan kecerdikan minda kelas pertama kerana untuk menilai maklumat agama yang pelbagai memerlukan ketekunan tinggi.
Bidang ini bukan bertujuan melahirkan penceramah di masjid atau surau yang hanya menjanjikan syurga atau neraka, apatah lagi mengambil kesempatan di atas kejahilan orang lain. Tetapi, ia adalah amanah kepada ilmu. Mana mungkin pelajar bidang agama terdiri daripada yang hanya cukup makan.
Jika diperhatikan kebanyakan pelajar jurusan agama mendapat kelulusan lebih rendah berbanding jurusan lain. Amat sedikit pelajar cemerlang memilih jurusan agama sebagai bidang pengajian pada peringkat lebih tinggi.

Kesan daripada bidang agama yang dikuasai pelajar 'cukup makan', ia menghumban generasi ini kepada pemikiran dan pengamalan agama yang jauh tersasar daripada roh syariat. Mereka sekadar menjadi pelengkap majlis, memenuhi masa terluang antara Maghrib dan Isyak di masjid atau tukang menyediakan air penawar.
Jika mentaliti masyarakat khususnya pelajar memiliki minda kelas pertama masih melihat bidang agama sebagai kelas kedua, maka pada dekad akan datang negara akan dipenuhi golongan agamawan yang mandul dan tidak dapat menyumbang ke arah kemaslahatan ummah.
MARDIANA MAT ISHAK,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Friday, May 22, 2009

Jadikan Bidang Agama Juga Sebagai Pilihan Utama Pelajar Cemerlang

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para ibubapa yang anak-anak mereka berjaya mendapat tempat di mana-mana IPTA/S samada di dalam Negara mahupun diluar Negara.

Kita berbangga kerana mempunyai anak-anak generasi pelapis yang semakin meningkat tahap kecemerlangan mereka dari semasa ke semasa. Namun tahap kecemerlangan perlu diukur bukan sahaja diatas kertas. Apa yang lebih penting adalah kecemerlangan dari aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani yang berjalan seiringan.

Apa yang ingin dibangkitkan disini adalah terdapat segelintir di dalam masyarakat sejak dulu hingga kini yang menganggap bahawa pelajar atau anak-anak yang “kurang cemerlang” patut dimasukkan ke dalam jurusan agama. Ini mungkin disebabkan pelajar tersebut tidak layak diterima bagi mengikuti pengajian dalam bidang yang lebih profesional dan lebih komersial.

Ada benar penyataan yang menyatakan bahawa, daripada pelajar-pelajar ini tidak mendapat apa-apa langsung, sekurang-kurangnya, dengan mengikuti jurusan agama, dapat juga mereka bekalkan diri dengan ilmu agama dan mampu mengajar kelak.

Jurusan agama dianggap satu jurusan kelas kedua, tidak memiliki nilai komersial dan ketinggalan zaman. Maka atas faktor itulah sukar untuk kita temui para pelajar cemerlang memilih jurusan agama sebagai pilihan utama mereka. Jika ada yang memilih pun alasannya mudah, “Bidang agama ini subjek-subjeknya mudah untuk skor”.

Seharusnya kualiti pelajar yang diterima untuk mempelajari agama perlu seiring dengan tahap kecemerlangan para pelajar jurusan sains, perundangan dan sebagainya. Ini kerana untuk memahami agama memerlukan minda kelas pertama. Para pelajar yang bijak dan cemerlang bakal memahami agama dengan baik. Bahkan mereka boleh dianggap sebagai “Doktor” atau “Jurutera” pembangunan modal insan kepada masyarakat dan Ummah keseluruhannya.

Hakikatnya, bidang agama bukanlah bidang picisan yang tidak mempunyai nilai. Apatah lagi dianggap bidang yang mudah dan enteng. Bidang ini juga memerlukan kepada tahap keseriusan dan kecerdikan minda kelas pertama. Ini penting didalam menilai maklumat agama yang pelbagai dan memerlukan ketekunan yang tinggi.

Bidang ini bukanlah bertujuan untuk melahirkan para penceramah dimasjid atau surau yang hanya menjanjikan syurga atau neraka, apatah lagi mengambil kesempatan diatas kejahilan orang lain. Tetapi ia adalah amanah kepada ilmu. Mana mungkin mereka yang belajar bidang agama hanya terdiri daripada para pelajar yang hanya cukup-cukup makan?.

Sekiranya diperhatikan kebanyakan pelajar jurusan agama adalah yang mendapat kelulusan yang lebih rendah berbanding jurusan lain. Namun tidak dinafikan, masih ramai golongan pelajar yang cemerlang yang memilih jurusan agama untuk didalami ketika memasuki universiti. Golongan pelajar yang “kurang cemerlang” ini boleh dianggap bernasib baik kerana terdapat “jurusan agama” yang membolehkan mereka meneruskan pengajian.

Kesan daripada bidang agama yang dikuasai oleh para pelajar “cukup makan” maka ia telah menghumban generasi ini kepada pemikiran dan pengamalan agama yang jauh tersasar dari ruh syariat. Bahkan mereka sekadar menjadi pelengkap majlis, memenuhi masa terluang diantara maghrib dan isyak di masjid, tukang menyediakan air penawar, dan sebagainya.

Sekiranya mentaliti masyarakat dan khususnya para pelajar yang memiliki minda kelas pertama masih melihat bidang agama sebagai kelas kedua. Maka pada dekad yang akan datang Negara akan dipenuhi oleh golongan agamawan yang "mandul" dan tidak dapat menyumbang kearah kemaslahatan ummah.

Satu Aliran Semata.

Terdapat satu trend dikalangan sesetengah ibubapa yang melihat bidang agama adalah tempat untuk anak yang tidak mampu meneruskan dalam bidang-bidang yang lain. Ini ditambah pula dengan sikap anak yang kurang memuaskan. Para ibu bapa akan mengambil keputusan drastik menghantar anak-anak tersebut ke sekolah-sekolah agama atau di pusat-pusat tahfiz semata-mata sehingga terdapat anak-anak ini yang ketinggalan pelajaran terus mengambil peperiksaan besar Negara (UPSR, PMR, SPM). Hasilnya, pencapaian mereka tidak seberapa.

Namun, ada juga segelintir anak-anak ini yang berjaya membawa kedua-duanya sekali. Kita cukup berbangga mempunyai anak-anak yang mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran malah boleh terus cemerlang di dalam pelajaran. Ini yang kita inginkan. Namun, hakikat yang pasti, tahap kemampuan diri mereka adalah berbeza.

Al-Quran dan agama itu sangat penting untuk bekalan akhirat. Namun dalam konteks serta dunia yang serba mencabar kini, anak-anak juga tidak boleh dinafikan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya demi masa depan mereka. Agama dan ilmu terkini perlu berjalan seiring. Agar ilmu terkini dapat diterokai, bekalan Agama menjadi pelindung diri.

Apakah para ibubapa inginkan anak-anak mereka menyalahkan mereka kelak kerana tidak diberikan pendidikan yang sepatutnya?. Beri mereka pendidikan seimbang yang sewajarnya. Kemudian apabila sampai masanya, beri mereka pilihan untuk meneruskan bidang pengajian yang mereka cenderung.

Selain itu, sekiranya pemikiran “tidak boleh pergi jauh, maka masuk bidang agama” ini menjadi satu trend di dalam masyarakat, maka akan lahirlah ustaz dan ustazah yang akan membawa fitnah kepada agama. Kisah-kisah Israiliyat dicanang, hadith-hadith palsu dibaca, pemahaman serta fakta agama diputar belitkan mengikut pemikiran sendiri, berceramah dengan niat untuk menjual produk di surau dan masjid, malah sukar pula untuk memisahkan diri dari adat dan budaya masyarakat setempat walaupun hakikatnya sesuatu perkara itu bertentangan dengan agama.

Sekiranya ini yang berlaku, maka bahayanya perlu dipandang serius oleh masyarakat. Masyarakat perlu sedar dalam mengambil dan menerima sesuatu perkara yang datangnya dari golongan agama. Belajar untuk mempersoalkan kesahihan sesuatu perkara serta dari mana sumbernya kepada golongan agama ini. Bukannya mengambil sikap menerima sahaja kerana yang bercakap adalah golongan agamawan.

Sekadar untuk renungan, sekiranya di dalam bidang agama ini dipandang sepi dan remeh, cuba bayangkan keadaan yang berlaku sekiranya pelajar yang “kurang cemerlang” dilepaskan juga untuk menjadi Doktor dan pakar. Apa yang akan berlaku? Sudah pastinya akan berlaku banyak kesilapan dalam mengubati pesakit. Bahayanya perkara ini didalam bidang agama perlu dipandang serius sebagaimana seriusnya perkara yang berkaitan dengan bidang perubatan.

Ini kerana, para ustaz dan ustazah ini merupakan “duta agama” di dalam masyarakat. Banyak perkara yang melibatkan hukum hakam, aqidah, malah amat berkait rapat dengan dunia dan akhirat.

Duta Malaysia di Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir mendedahkan ketika Program khas Pra-Al-Azhar di Universtii Al-azhar, universiti kedua tertua di dunia pada 17 November 2008. Terdapat tiga masalah yang biasa berlaku kepada pelajar kita di sana, iaitu lemah Bahasa Arab, penghantaran pelajar yang kurang berkualiti dan masalah kewangan pelajar.

Oleh yang demikian, tindakan Al-Azhar untuk mengadakan peperiksaan khas kemasukan seperti TOEFL dan TESL seperti yang dijalankan oleh universiti di Amerika Syarikat dan England adalah sangat penting dan dipersetujui. Ini kerana, bagi memastikan hanya pelajar terbaik yang dapat melanjutkan pengajian ke universiti tersohor tersebut.




Dorongan dan Galakan.

Akhir kata, saranan saya kepada para ibu bapa dan pendidik, pelajar yang menunjukkan tahap kecemerlangan “yang kurang” diberi galakan dan dorongan untuk terus belajar. Mereka perlu diberi peluang untuk mengikuti pengajian yang diminati. Bukan hanya untuk terus kedalam bidang agama. Beri mereka pilihan kelak, supaya ilmu yang digarap adalah kerana keinginan mereka sendiri.

Yang kedua, pelajar yang cerdik dan cemerlang diberi galakan dan dorongan untuk menyambung pengajian di dalam bidang agama. Kita tidak menafikan keperluan Negara didalam bidang Sains dan Teknologi. Namun pada saya, jadikan juga keperluan untuk anak-anak yang cerdik dan bijak ini mendalami ilmu di dalam bidang agama. Ini kerana mereka yang bijak inilah yang akan membawa kembali fakta agama yang sebenar. Perkara sebenar walaupun mungkin akan dianggap asing oleh masyarakat. Pelbagai perkara akan dirungkaikan oleh mereka yang cerdik pandai ini. Agar generasi akan datang mewarisi dan mencurahkan segala keilmuan yang sejati dari para Sahabat dan Salafussaleh.


dinaluzriq

UIAM

Wednesday, May 20, 2009

Uways Berpidato..??!!




Hari Isnin- 18/5/2009. Sepanjang perjalanan dari PJ ke Gombak saya dan hubby geli hati dan tak henti-henti ketawa. Sudah pasti penahan seorang penghibur setia kami, Uways.

Pertama, setiap kali Uways nampak kubah Masjid atau surau, pasti dia akan melaungkan Azan Mekah (cara Uways yang pastinya).
Kedua, selepas azan, dengan mimik muka serta pergerakan tangan, Uways seolah-olah berpidato (cara DSAI pun ada dan ceramah atau syarahan agama pun ada).
Ketiga, Uways menyanyi lagu ABC (versi bahasa Uways)

Azan versi Uways.

Azan Uways style azan Mekah. Baru saya teringat yang Uways tiru azan Mekah sebab selalu juga saya dan hubby buka youtube Azan Mekah pada Uways. Selalu juga Abi Uways tunjuk pada Uways cara Azan tu ketika dalam kereta.

Pidato versi Uways.

Pada mulanya saya tak perasan. Kemudian baru teringat yang sebelum ini pernah Abi Uways buat gaya berpidato di dalam kereta sewaktu saya dan hubby bersembang-sembang tentang kemelut politik di Malaysia didalam kereta. Uways juga sibuk nak bercakap, sehinggakan susah untuk kami bersembang. Kebetulan waktu itu ada ucapan petikan ceramah politik di dalam radio (Bernama Radio- Radio BR24), terus Abi buat gaya pidato pada Uways. Kemudian dia ikut. Dan semalam kiranya Uways masih ingat lagi. Saya baru perasan. Kelakar betul. Tapi memang tak faham apa pun.

ABC versi Uways.

Kalau kita nyanyikan lagu ABC, pasti mulut Uways terkumat kamit macam mengikut. Bila Uways nyanyi lagu ABC, bunyinya “chechabek…eiaachee”. Tapi separuh jalan. Di sekolah Uways rupa-rupanya ada ajar ABC, kebetulan saya juga bersembang dengan rakan yang turut menghantar anaknya, juga rakan sekelas Uways.

Bahasa Baru Uways

1 tahun 7 bulan baru boleh dengan perkataan yang ada huruf “i”. sebelum ni hanya “a”. baru boleh dengar Uways menyebut Abi dan Ummi (tapi bunyi Ammi). Antara perkataan lain yang saya ingat:

1) Allah (Abah)
2) Jatuh (tatuh)
3) Bird
4) Fish
5) Mak tok (bak tok)
6) Masjid (Bas jid)
7) Kakak (tatak)
8) Abang (abang)
9) Opah (pah)
10) Jentolak (ta ta tok)
11) Apa tu? (Ape tu?)
12) Nak
13) Mana? (Mano?)
14) Pak cik (Pa cik)
15) Kalau terjatuh sesuatu barang samada terjatuh atau sengaja dijatuhkan sendiri oleh Uways, pasti akan keluar, “Allah, jatuh (Abah, tatuh)”. Tiru Ummi cakap.



Sesungguhnya anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Pengubat dan penyeri hidup bagi ibu bapa. Sesuatu yang sangat rugi sekiranya pasangan yang berkahwin telah berniat dari awal untuk tidak memiliki anak atau inginkan anak dalam tempoh masa yang lama selepas berkahwin. Ada yang berlaku kepada pasangan yang berniat seperti itu, Allah makbulkan juga. Tetapi, samada dengan tidak memiliki anak langsung atau hanya mendapat anak setelah berpuluh-puluh tahun berkahwin malah setelah habis segala ikhtiar.

Nasihat saya buat pasangan yang akan berkahwin, yang masih dialam perkahwinan yang masih segar, elakkan niat seperti itu. Tiada apa salahnya dengan anugerah Allah yang tidak ternilai ini. Berdoalah agar kita semua diberikan rezeki anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita kelak.

Semoga Hadith Rasulullah SAW ini menjadi renungan untuk kita semua.


عن أبي هريرة رضي الله عنه أن الرسول صلى الله عليه و سلم قال: ( إذا مات ابن آدم
.(انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية، أو علم يُنتفع به أو ولد صالح يدعو له


“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memanafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].


Doa anak yang Soleh untuk kedua ibubapanya adalah tidak sama dengan doa orang lain kepada mereka. Doa anak yang Soleh akan berterusan selagi hayat kita dan sewaktu kita telah tiada. Mudah-mudahan insyaAllah doa anak yang soleh ini akan membantu kita diakhirat kelak. Sama-samalah kita berdoa untuk kedua ibubapa kita.

Saya juga doakan untuk mereka yang tidak berniat seperti itu, namun masih belum diberi rezeki anak, insyaAllah mudah-mudahan Allah makbulkan permintaan saudara dan saudari.

Tuesday, May 19, 2009

16 Mei 2009 – Catatan Hari Guru buat seluruh warga Pendidik




Assalamualaikum wbt buat sahabat-sahabat serta pembaca yang bergelar Cikgu, Guru, Teacher, Ustaz, Ustazah, Pendidik, Murabbi dan Murabbiah. Harap masih belum terlambat mengucapkannya. Baru hari ini berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu.



Selamat Hari Guru saya ucapkan terutamanya kepada :



1) Kedua orang tua saya (Cikgu Tn. Haji Mat Ishak Awang Mustaffa dan Cikgu Hjh. Siti Rohani Abdullah). Guru pertama dan yang paling hampir dengan saya.


2) Guru-guru ketika saya di Taski ABIM. (1988-1989)


3) Guru-guru di Sekolah Rendah Islam (ABIM) a.k.a Sek. Ren. Islam Alor Setar, Jalan Pegawai. (1989-1995)


4) Guru-guru Maktab Mahmud Alor Setar, Jalan Pegawai. (1996-2000)


5) Para pensyarah di UIAM. (2000-2009)


6) Guru-guru di Sek. Men. Islam Al-Amin Gombak (rakan-rakan sewaktu saya menjadi guru di sini- 2007-2008)


7) Seluruh warga pendidik (termasuk diri sendiri :) ) .




Saya teringat nasyid ketika saya dan rakan-rakan membuat persembahan sempena Hari Guru suatu ketika dahulu ketika sekolah rendah. Kalau masih ingat, nasyid ini juga dinyanyikan semula oleh kumpulan AEMAN (Jasa Guru).



Jasa guruku tak terhingga


Aku tidak melupakannya


Banyakku dapat ilmu dari padanya


Jasanya ku kenang sampai bila-bila


Guruku mengenalkan ku pada Tuhanku


Rasul dan wali juga diberitakan


Para malaikat dan juga akhirat


Segala suratan Allah yang menentukan


Guruku mengajar berakhlak mulia


Berkasih sayang sesama manusia


Bertolong bantu dan juga bersatu


Berkorban berkhidmat menabur jasa


Guruku menanamkan cinta akhirat


Menyedarkan aku dunia sementara


Jangan lalai jangan terpesona


Bertaqwa sebagai bekalan ke sana


Aku berdoa kepada Tuhanku


Agar dosa guruku di ampunkan


Jasanya padaku diberi pahala


Di akhirat darjat guruku ditinggikan




Sesungguhnya amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap guru adalah sangat mulia. Lebih mulia lagi sekiranya disertakan dengan niat serta keikhlasan untuk mendidik anak bangsa agar menjadi manusia yang berilmu, berguna kepada masyarakat dan agama. Bukan niat kerana terpaksa atas faktor itu sahaja pilihan yang ada. Sesungguhnya setiap pekerjaan akan menjadi satu ibadah sekiranya berpaksikan niat yang betul.

Selamat Hari Guru semua!!.

Tuesday, May 12, 2009

Sayonara Semester 3 08/09

Alhamdulillah semester 3 08/09 telah berakhir minggu lepas ( 7 mei 2009). Maka akan bermulalah perjuangan menempuh musim peperiksaan untuk semua pelajar yang mengambil semester 3 di CFS IIUM. Tak terkecuali para pelajar saya LQM 1062 yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada 14 Mei 2009. Sangat enjoy mengajar mereka ni. Bittaufiq wannajah!!.



Pelajar jurusan : Allied Health Science., Bio. Sc., Physc. Sc. , Dentistry., Medic, AED, ICT, Engine.






Ex-Pelajar SMI Al-Amin.

Saya terkenangkan ex-pelajar saya ketika saya berkhidmat di SMIAAG. Tahun 2007. ketika itu saya mengajar mereka ketika tingkatan 4. Pendidikan Syariah Islamiah. Setelah 2 tahun, sekarang mereka akan memasuki alam baru sebagai mahasiswa. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak murid saya.

Saat yang saya akan kenang, ketika sesi praktikal sembelihan ayam + BBQ. Memang sedap masakan diaorang nie!. Mereka memberikan komitmen yang sangat baik.

Gambar bersama mereka (coming soon)…



Walau apa jua bidang yang diceburi dan dimana sekalipun tempat yang dihuni, hanya satu nasihat saya, jaga diri, maruah ibu bapa dan Maruah ISLAM. Bawa dan hiasilah diri dengan segala ilmu dan didikan guru-guru yang pernah antum dapat di Al-Amin.

Jangan lupa untuk maklumkan kepada cikgu dimana tempat yang kamu dapat ok. Kalau mendapat jurusan Sciences di Pusat Asasi UIAM, jemputlah datang ke bilik cikgu. Lama tidak mendengar khabar antum. Bilik B 213, Bangunan Quranic Language Department / English Language Department.

Ok..see ya!!!!


Room B213
CFS IIUM PJ

Sunday, May 3, 2009

<< Home Dec 09 >>

Alhamdulillah kami berkesempatan untuk berjalan-jalan mencari idea dan maklumat untuk rumah baru kami insyaAllah.

Balik dari Office, sekitar jam 3.00 petang, kami bertolak dari PJ ke KLCC dimana berlangsungnya Home Dec09 bermula 30 April 2009 sehingga 3 Mei 2009. Sengaja memilih hari bekerja untuk mengelak cuti umum Hari Pekerja dan Cuti Hujung Minggu. Ramai orang sangat susah nak berjalan.

Nak tau Uways jumpa siapa? Jeng.. jeng..jeng… tengoklah gambar ni..

Uways muka blur..terkejut kot..



Ha.. kenapa? Tak percaya? Cuba teka siapa peminat siapa? Uways peminat Eric Leong? Eric Leong peminat Uways? Ummi peminat Eric Leong? Eric Leong peminat Ummi? Uways peminat Ummi? Atau Ummi peminat Uways? Hehehe.

Macam-macam ada Home Dec ni. Saya saja bawa lampiran kira-kira yang telah dibuat oleh beberapa kedai yang kami survey untuk renovation dapur. Tengok-tengok harga yang dikatakan “diskaun” itu jauh lebih mahal dari yang kami survey di kedai-kedai yang tidak menawarkan promotion pada tempoh tertentu.

Memang betul seperti yang pernah saya baca dalam beberapa laman web tentang promosi barangan pada tempoh waktu tertentu. Pengguna jangan mudah terpengaruh dengan “harga promosi” yang ditawarkan. Silap-silap haribulan harganya jauh berbeza dari yang sepatutnya. Pengguna yang menjadi mangsa.

Apa yang tidak bernasib baik. Kami kena saman. Tak patut betul. Parking Kereta semua full. Sepatutnya boleh consider. Dahla masa tu pukul 6.15 petang!!. Semua kereta yang parking area situ semua kena saman.

Satu Episod berakhir: Satu Lembaran Baru bermula


Imbas kembali…

“Alhamdulillah. Settled.. :) ”. SMS dikirim pada hubby sejurus semua urusan selesai.

Alhamdulillah jam 5 petang 4/2/2009 telah mengakhiri satu episod lama dan telah membuka satu lembaran baru dalam diari kehidupan. Alhamdulillah hanya ucapan syukur yang dapat dilafazkan atas pertolongan Allah dalam memudahkan segala urusan.

Hari ini (4/2/2009) adalah merupakan antara hari yang paling menggembirakan saya bagi permulaan tahun ini.


Thesis selesai

Alhamdulillah setelah hampir 5-6 bulan bertungkus lumus menyiapkan thesis MA, dan target untuk menyiapkannya pada Januari 2009 akhirnya selsesai. Setelah Viva dan siapkan segala correction dari second reader pada minggu lepas.

Saat yang akan saya kenang dan sukar dilupakan adalah ketika saya sanggup ke Hotel Sri Cempaka di Cheras semata-mata untuk mendapatkan 1 tandatangan pengesahan dari Ustaz Shamsul Jamili (2nd reader) pada hari Selasa. Masih belum sampai dirumah, waktu tu di Taman Melati, telefon ustaz kalau-kalau hari Rabu ustaz ada singgah ke uia (memandangkan ustaz ada kursus di hotel tersebut dari hari Selasa sampai Khamis). Kalau boleh saya tak mahu bertangguh sekiranya perkara itu boleh dielakkan.

Saya akan rasa rugi kalau sepatutnya hari Rabu saya sudah boleh hantar thesis ke department+kuliyyah, tetapi hanya disebabkan 1 tandatangan sahaja saya terpaksa menangguh kepada Jumaat, satu kerugian pada saya. Setiap hari merupakan waktu dan detik yang sangat berharga.

Di Taman Melati lebih kurang jam 7.30mlm,ustz bagi tau kalau ok, datang ke hotel sebelum 8.30 malam sebab program ustaz bermula jam 8.30mlm. Jadi kiranya dari Tmn Melati terus ke Cheras berdekatan Pandan Indah. Alhamdulillah saya samapi dan solat di hotel tersebut. Tunggu ustz untuk dapatkan signature. Walaupun Uways tidur. Kesian dia. Lega saya bila dah dapat signature ust. Bermakna hari Rabu saya dah boleh hantar thesis complete ke department.

Rabu. Segalanya berjalan mengikut perancangan. Check balik thesis apa yang patut. Print. Binding. Isi form. Ulang alik entah berapa kali dari IRK building ke HS building, kemudian ke CPS. Penat memang penat. Tetapi disebabkan tak mahu berlengah dan bertangguh lagi. Sampai saya terlupa untuk makan tengahari. Hanya sempat minum susu.

Dan terakhir ke CPS untuk dapatkan confirmation letter yg mengatakan thesis saya sudah selesai. Surat ini penting untuk saya sebagai pengesahan kerja.Alhamdulillah segalanya berjalan baik. Syuukur…. Tetapi malang sekali macam-macam perkara berlaku. Semuanya kerana Officer yang “sangat komited”. Apa pun perkara sudah selesai.

uways nyenyak tidur atas sofa hotel



27/4/2009 (Isnin)

Alhamdulillah hari ini hari yang sangat penting dan bermakna. Paling mengembirakan. Secara rasminya saya menjadi staff tetap di UIAM. Celpad Lecturer di bawah Quranic Language Division (Jabatan Bahasa Arab) Petaling Jaya. Alhamdulillah setelah menunggu sekian lama.

Sepatutnya kalau diikutkan logik, saya sudah boleh diconfirmkan awal. Syarat yang ditetapkan hanya surat pengesahan Master dari CPS. Saya hantar thesis lengkap pada 16/2/2009. Entah masalah apa yang “officer yang komited” itu di CPS sibukkan menyebabkan thesis saya tidak dapat masuk senate endorsement. Malas saya nak ceritakan disini kes yang berlaku. Alasan yang diberikan sangat tidak munasabah. Sebab thesis saya dalam Bahasa Arab. Tak masuk akal langsung. Akhirnya endorsement ditunda sampai bulan 4.

Pesanan saya kepada mereka yang akan dan sedang berurusan dengan officer di CPS, selalulah follow up. Kadang-kadang mereka terlepas pandang… wallahu’alam.

‘Ala kulli hal, Alhamdulillah segalanya sudah selesai…