Program:
Sembang-sembang Keibubapaan
Tempat:
Auditorium A, Kuliyyah of Engineering, UIAM
Speaker:
Tn. Fakhri Hamzah & Pn. Jamilah Samian (Cool Mum Super Dad).
Alhamdulillah
saya dapat hadirkan diri ke program “sembang-sembang keibubapaan” bersama
pengasas Cool Mum Super Dad, Tn. Fakhri Hamzah dan Pn. Jamilah Samian. Melihat
kejayaan anak-anak mereka serta perkongsian mereka itu sangat
menginspirasikan!.
Sungguh!.
Skill keibubapaan bukanlah ia berlaku secara semulajadi dan berdasarkan apa
yang kita terima dari ibubapa kita, sebaliknya ia perlu dipelajari dan sentiasa
dipelajari. Malah tidak sepatutnya ia
menjadi “unplanned parenting”. Mesti ada perancangan dari awal, walaupun
sejak belum berumahtangga, apatah lagi apabila sudah berumahtangga. Lebih-lebih
lagi teori tidak sama dengan realiti.
Saya suka
membaca dan mendengar perkongsian dari mereka yang “terlebih dahulu makan
garam” dalam selok belok urusan keibubapaan, rumahtangga dan sebagainya. Kerana
asas itu jugalah saya kongsikan banyak perkara juga apa yang diperolehi dari
mereka didalam buku saya “Super Woman” (terbitan PTS 2013).
Baiklah
saya kongsikan poin-poin utama yang dikongsi bersama di dalam program tersebut.
Mudah-mudahan ada kebaikannya bersama untuk dunia dan akhirat kita insyaAllah.
KITA
IBUBAPA GENERASI MANA?
Kita perlu
jelas kita dan anak-anak kita berada di dalam generasi yang mana? Supaya kita
jelas apa yang perlu kita lakukan.
1.
Sebelum 1946 : Veteran (70an)
2.
1946- 1964: Baby boomer (50an-60an)
3.
1965-1980: (Gen X (30an-40an)
4.
1981-1994 : (Gen Y (18-20an)
5.
1995-2009 : (Gen Z (3-17 thn)
6.
Selepas 2010 : (Gen Alpha (< 2)
i-Gen:
(Y,Z, Alpha). Gen Y boleh dibahagi kepada zaman sebelum internet (tua) dan
zaman selepas internet (muda).
Peredaran
zaman telah menjadi sesuatu yang menghilangkan nilai kerana suasana yang kita lalui
telah berubah. Tapi pada saya jika tidak diasingkan mengikut tahun itu pun
peredaran zaman tetap berlaku dan perubahan tetap juga terjadi.
SOALAN
UNTUK DIFIKIRKAN
1) Adakah
anak-anak era millennia berbeza dari era lain? Bagaimana?
Adakah sikap
dan tingkah laku manusia berubah mengikut era?. Ada kajian mengatakan perkembangan
global menyebabkan perubahan pada sikap dan tingkah laku.
Jadi,
jawapan terhadap persoalan tadi: Serupa, tetapi tidak sama.
2) Apakah
matlamat mendidik anak sudah berubah sebelum dan selepas era millennia?
Jawapan: Sama.
Matlamat sama, namun kaedahnya yang berbeza. Kita sebagai Muslim, pastinya
inginkan syurga alfirdaus al’ala. Ganjaran dari Allah dalam mendidik amanah Allah.
Menuju redha Allah.
Sebagai ibubapa,
kita perlu jelas dan tahu apa yang serupa dan apa yang tidak serupa. Supaya kita
tahu apa yang perlu dilakukan.
Kenali
sikap iGen
1-
Ganjaran segera: “nak sekarang juga”
2-
Keberhakan : “ saya berhak”
3-
Multitasking : tetapi boleh jadi kurang efektif
“If you are
able to state the situation, you are closer to the destination”
Kalau kita
tahu ciri-ciri igen, perubahan tingkah laku pada umur anak, kita akan tahu apa
yang perlu dilakukan. Oleh yang demikian, pembacaan, belajar dan sebagainya
insyaallah dapat membantu.
Semua tempat
diseluruh dunia mengalami perubahan yang sama.
3) Bagaimana
untuk kita nak disiplinkan diri kita dalam mendisiplinkan diri mereka?
Iaitu
melalui action kita.
1.
SABAR
Perlu didik
dengan sabar 1st. Kajian menunjukkan anak-anak atau manusia yang
mempunyai sikap sabar lebih berjaya dan cemerlang. Mustahil berlaku sesuatu
kecuali dengan izin Allah jua.
Kita sendiri
perlu sabar. Sekiranya mereka buat salah, jangan over react. Mereka akan lihat
dan merakam.
Apakah Motivasi
untuk sabar?. Untuk sesuatu itu, jangan relate salah pada “orang tengok”,
tetapi relate pada “Allah tengok”. Contoh, “ish malu macam ni, nanti orang
tengok”.
Isu yang
sering menjadi kerisauan ibubapa berkenaan “virus” luaran, site lucah dan
sebagainya, nau’zubillahiminzalik, kuncinya satu sahaja. Sejak dari awal, apa
jua situasi, benar atau salah, biasakan untuk kaitkan dengan Allah, bukan
dengan manusia. Daripada perkataan, “nanti orang kata/tengok”, tukar kepada “nanti
apa Allah kata/tengok”. insyaAllah jika dibelakang kita, ingatan “Allah” itu
yang menjadi antivirus. Wallahu’alam.
Rotan masih
relevan, tetapi tidak boleh setiap masa. Sehingga anak-anak jadi sanggup
dipikul kerana hanya mahukan perhatian.
Untuk melatih
sifat sabar, perlu lihat pada situasi. Contoh, bab makan,perlu tunggu semua. Ada
kalanya, kita perlu ubah sedikit tetapi konsisten. Insya Allah akan ada kesan
besar pada masa akan datang.
Pergi ke
sekolah sebab nak pandai? Jawapan tidak relevan untuk zaman kini, kerana ingin
pandai tidak semestinya ke sekolah. Ibubapa perlu cari jawapan yang sesuai
dengan mereka.
Anakku
Sazali: tidak ada internet pun, tetapi telah menjadi Gangster no 1 Singapura.
Di mana silapnya?Ini kerana dimanjakan untuk duit, dididik dengan “dapat segera”,
bukan Sabar untuk dapatkan sesuatu. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak faham
dan tidak hargai.
2.
PROACTIVE
Ibubapa zaman kini perlu lebih proaktif. Anak-anak
hanya inginkan “connection”. ApabiIa “connection” mereka kuat dengan parents, insyaAllah
mereka tidak perlu lagi gajet atau internet. Jadikan diri kita sebagai Wifi
connection dengan anak-anak.
Perlu proaktif bila-bila masa.
Contohnya, “Dating” dengan setiap anak walaupun
anak perempuan. Raikan sifatnya. Give time to her. Jadikan bapa sebagai 1st
man, 1st love yang dia kenal.
3.
GOOD CONNECTION
Maintain
connection dengan anak-anak pada bila-bila masa.
Ada special
date dengan setip anak, bukan jumpa hanya marah sahaja. Mereka inginkan
perhatian yang istimewa hanya untuk dirinya daripada ibubapa, walaupun tanpa
adik-beradik yang lain.
Waktu solat
berjemaah. Selepas solat, mendengar ceramah youtube 15 minit bersama.
Anak lelaki dilatih menjadi imam. Ia adalah Part of leadership.
Makan
bersama. Masa
makan adalah family time. Masa yang sepatutnya digunakan untuk bersembang,
berbincang, bermesra dan sebagainya. Jadi adalah tidak patut untuk family makan
di hadapan tv, makan di luar tetapi masing-masing asyik memegang hp, Di rumah
pula, apabila bersama family, tetapi ibubapa masing-masing dengan hp.
Suasana
kekeluargaan semakin renggang dengan smartphone.
Fahami
mereka, dekati mereka.
Berbincang di dalam urusan rumah. Contohnya,
jika tidak ada bibik, supaya ibu tidak menjadi bibik, apa yang boleh dilakukan?
. Contohnya, semua sekali sama-sama sorting dan lipat baju. Manakala Ibu jangan
terlalu perfectionist. Mereka buat sudah ok.
4.
PERANAN BAPA
Nakhoda
yang dapat membantu dalam mengembeleng tenaga agar family dapat bersama.
Bapa perlu menjadi
role-model. Jika bapa tidak menjadi role model kepada anak-anak, mereka
akan mencari orang lain sebagai role model.
Dialog
dalam AQ banyak antara bapa dan anak lelaki.
Cth:
Surah
Luqman. Nasihat bapa kepada anak lelaki.
Surah
Ibrahim.
Surah
Yusuf: nabi ya’qub bersabar dengan kerenah anak-anak.
Penutup:
Jika kita perbaiki hubungan kita dengan Allah, insyaallah Allah akan perbaiki
hubungan kita dengan orang lain.
p/s: Mohon
maaf ayat tidak berapa tersusun dan jika tidak difahami, boleh beli buku dari
cool mum super dad. Banyak perkara di kongsi. Sekiranya saya mempunyai masa dan
rajin lagi, insyaallah saya update entry ini. :) Mohon maaf kalau ada poin penting yang tertinggal.