About Me

Nama diberi Mardiana binti Mat Ishak. Orang yang biasa-biasa sahaja dan peramah. Saya suka mencuba sesuatu yang baru.

Saya mendapat pendidikan awal di Taski Abim kemudian di Sek. Ren. Islam Abim Jalan Dato' Kumbar. Kemudian melanjutkan pelajaran menengah di Maktab Mahmud Alor Setar '00. Alhamdulillah sekolah-sekolah (semestinya guru-guru, ustaz dan ustazah) yang banyak membentuk diri menjadi insan yang berguna.

Seterusnya menyambung pelajaran di Matriculation Centre IIUM (2001-2002) di dalam jurusan Bahasa Arab, Degree dan Master (Arabic Linguistic Studies) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, dan sekarang sebagai Pensyarah Bahasa al-Quran di Centre for Languages & Pre-University Academic Development (Celpad) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Saya suka membaca dan menulis berkaitan isu kekeluargaan, rumahtangga, wanita, keibubapaan dan motivasi.. Alhamdulillah buku yang pertama, "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa" (PTS). Boleh dapatkannya di mana-mana toko buku, online di laman web PTS atau boleh juga membeli online dari saya, pastinya ada diskaun yang menanti!! :)


Salam Hormat..
Mardiana Mat Ishak


No comments: