Thursday, June 23, 2005

Pelajar Sekolah Agama vs Pelajar Sekolah Biasa

Kejadian kes buli yang membabitkan pelajar sekolah agama, adik Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Padang Tengku, Lipis, Pahang, cukup memalukan. Kes ini patut dijadikan iktibar dan pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain, terutamanya yang bersekolah agama.

Apa yang saya perasan, apabila berlaku kes-kes yang melibatkan sekolah atau orang-orang agama, ramai yang membuka mata seluas-luasnya. Tidak tahu samada untuk dijadikan bahan ‘hentaman’ sinis atau ikhlas sebagai pengajaran.

Satu hakikat yang pasti, pelajar sekolah agama sepatutnya menjadi ‘role-model’ kepada pelajar yang tidak mendapat didikan agama secara formal di sekolah. Kes ini tidak sepatutnya berlaku di kalangan pelajar yang mendapat didikan agama. Dimana diletakkan segala ilmu yang dipelajari?..

Kalau setakat ‘ragging’ biasa saja, pada saya tidak menjadi masalah. Biasalah saja nak ‘test power’ (nak melawak untuk suka-suka) terhadap pelajar-pelajar baru. Tetapi apabila sampai tahap masuk kes polis, Sultan pun masuk campur, malah sampai hampir lumpuh (alhamdulillah dah boleh berjalan), ini sudah melampau dan kronik!

Sebenarnya, kitalah yang menentukan persepsi masyarakat terhadap orang-orang agama. Orang yang ada agama (dalam konteks mendapat pendidikan Islam secara formal) ini akan lebih dilihat dan dipandang dalam segenap sudut dan segi. Walau perkara itu pada pandangan kita adalah kecil.

Apabila bercakap mengenai sekolah agama dan sekolah biasa ni, tidak kiralah dimana sahaja kita berada. Status ‘orang yang faham agama’ perlu dijaga. Bukan untuk menjaga nama atau kreadibiliti diri sediri, tetapi untuk menjaga nama baik Islam itu sendiri. Bila ‘orang yang faham agama’ ini buat salah sedikit, semuanya akan di ‘cop’ serupa. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Sebagai contoh yang boleh diambil. Berlaku dalam lingkungan tempat saya belajar. Ada segelintir ‘pelajar bekas sekolah agama’, lelaki dan perempuan yang bukan mahram, menaiki motor bersama ke hulu ke hilir. Apabila orang yang dikenali melihat perkara ini, akan timbullah persepsi yang negatif; “Tu budak sekolah agama tu..”. “Dia tu dulu masa di sekolah lain..tapi bila datang sini….”.

Siapa yang bertanggungjawab sebenarnya?


Saya tidak hairan (tetapi bukan tidak kisah), kalau pelajar yang bukan sekolah agama melakukan perkara yang sebegitu (tetapi perlu dinasihati, bukan membiarkan sahaja..). Kita assume yang dia tidak faham ikthtilat antara lelaki dan perempuan. Tetapi apabila pelajar yang bersekolah agama yang melakukan perkara yang semacam itu, itu yang amat memalukan dan mendukacitakan.

Tetapi perlu diingat, (ubah persepsi anda)..bukan semuanya bersikap sedemikian. Hanya segelintir manusia sahaja. Tetapi disebabkan sebilangan kecil inilah yang memberikan impak negatif kepada semua.

Seringkali kita dapati, kadang-kadang ada orang yang pernah belajar di sekolah agama lebih teruk dari orang yang tidak bersekolah agama, dan orang yang bersekolah biasa jauh lebih baik dari yang pernah bersekolah agama.

Dan memang akan ada, orang yang pernah bersekolah agama lebih baik dari yang bersekolah biasa..

Anyway, everything is depend on individual…

“Yang baik dijadikan panduan, yang buruk dijadikan sempadan”..Wallahu’alam.



p/s: Saya mengagumi orang yang bersekolah agama dan terus menjaga apa yang dia dapat dan mempraktikkannya di dalam kehidupan. Tetapi saya lebih mengagumi orang yang tidak belajar di sekolah agama malah sentiasa mencari dan memperbaiki diri untuk mendalami agama, dan mempraktikkannya di dalam kehidupan…

3 comments:

Ismanizam Bin Ismail said...

eee Menarik persoalan ini..
Namun apakah isu disebalik insident ini?

Pelajar yang lembab?
Guru yang malas?
Sistem yang lemah?

Apakah pelajar agama itu di ajar ilmunya sahaja dan tidak lagi diajar mengamalkannya? ( akhlaq dan sahsiah)

Apakah fungsi guru hanya mengajar dan tidak lagi mendidik?

Apakah sistem, silibus dan enviroment disekolah mampu membentuk insani atau hanya berupaya membina pekerja yang cekap?

walLahu a`lam

dinaluzriq said...

Eemm.

Pelajar yang lembab?

- mungkin juga, sbb remaja zaman sekarang kebanyakannya hanya memikirkan hiburan, glamor dan yang berkaitan dengannya. ‘Lembab’ dalam satu sudut. TETAPI BUKAN SEMUA, Kebanyakannya.. Buktinya, banyak program realiti tv yang diwujudkan dan setiap program itu juga pasti akan mendapat tempat dihati mereka..

Guru yang malas?
- ada yang betul dan ada yang tidak. Tidak boleh juga nak salahkan guru seratus peratus. Dan tak juga betul seratus peratus.

- Sy pernah dengar org menyebut, “cikgu-cikgu muda sekarang ni agak pemalas. Bergaya dan berlagak saja yang lebih. Dalam kelas pun tidak hormat pelajar dengan menjawab telefon (berdering kuat/ menjawab panggilan yg tidak penting)..dengan guru-guru senior pun tidak hormat” ( wallahua’alm sejauh mana kebenarannya). Kalau betul, TIDAK SEMUA, TTP MUNGKIN SEGELINTIR SHJ..so, siapa yang bersalah sebenarnya? Diri sedirilah!

Sistem yang lemah?
- agaknya la..so Kementerian perlu mengkaji sistem yang ada sekarang supaya lebih mantap dan berkesan. Dan kepada sesiapa yang ada cadangan yang lebih bagus, boleh dikemukakan kepada kementerian..

dan persekitaran amatlah berpengaruh.. so, ketahanan dalaman yg perlu utuh..

betul tu syarief, persepsi semua org dlm menilai org perlu diubah. Lihat pd diri mereka yg sekarang, bkn pd sejarah silam mereka. Tetapi sejarah pun kadang2 perlu juga dlm ‘melihat’ dan ‘menilai’ org..

yg baik dijadikan panduan, yg buruk dijadikan iktibar dan pengajaran.

Ina said...

mohon share. tq.