Wednesday, August 11, 2004

Cuba Try Test...

Marilah sama-sama kita mencubanya !

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.
Contoh: 12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar ntuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.Mereka sangat popular dan idealistik.Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
------------------------------------------------------------------------------------------------
4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
------------------------------------------------------------------------------------------------
5. Perintis
Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. ------
------------------------------------------------------------------------------------------------
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
------------------------------------------------------------------------------------------------
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
------------------------------------------------------------------------------------------------
9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Tuesday, August 10, 2004

Tanbihul Ghafiliin : Lelaki kacak tuk didampingi..

Lelaki Kacak Tuk Didampingi


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia
dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat;Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan
meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamutetapi aku tidak akan meninggalkannya sehinggaaku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang
tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk
mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagiyang akan menemani kita jauh sekali memberibantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu didunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

wallahua'lam

Friday, August 6, 2004

NSF 2004

Bersempena dengan Pesta Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang ke-20 (CONVEST 2004), satu program yang dikenali sebagai Forum Mahasiswa Kebangsaan 2004 (National Students' Forum)anjuran Sekretariat Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam AntarabangsaMalaysia. Program ini diatur dalam usaha untuk menyemarakkan lagi kesedaran masyarakat umum berkenaan peranan mahasiswa sebagai jurubicara ummah sejagat.
Berikut adalah butiran lanjut mengenai program tersebut:
Forum Mahasiswa Kebangsaan 2004 (NSF 04)
Tarikh: 21 Ogos 2004
Tempat: Auditorium Utama KAED, Kulliyyah Seni Bina danSeni Reka Landskap,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Bayaran: RM 10 (pelajar UIAM), RM 15 (pelajar darilain-lain IPT)
Program ini bakal dihadiri oleh para pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi dalam usaha untuk saling berkongsi pandangan dan maklumat. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara komprehensif berkenaan isu-isu semasa serta mewujudkan langkah-langkah yang selayaknya diambil oleh mahasiswa sebagai harapan ummah.
Di samping itu, para mahasiswa juga akan diberi peluang untuk bertemu dengan lebih dekat para ahli akademik dan juga pegawai kerajaan untuk sama-sama berdiskusi dengan harmoni.
Berikut adalah tentatif program:
8.00 pagi: Ketibaan para peserta
8.30 pagi: Pendaftaran
9.00 pagi: Upacacara PerasmianUcapan Perasmian "The Effectiveness of National Education
Philosophy towards the Development of FutureLeader"
Penceramah*: Yang Berhormat Dato? Dr Mashitah Ibrahim (Setiausaha Parlimen
Jabatan Perdana Menteri)
10.30 pagi: Kudapan
10.45 pagi: Sidang 1 : Forum "The Factors and Solution of Social Illness inMalaysia"
Ahli Panel*: Dato? Lee Lam Thye (Timbalan Presiden Yayasan
Pencegahan JenayahMalaysia),
Prof. Dr Abd Aziz Bari (Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia)
Perantara: Mohd. Haris Daud (Mantan Presiden MPP
Universiti Islam AntarabangsaMalaysia)
12.15 tengahari: Makan tengahari
1.30 petang : Solat Zohor
2.15 petang: Sidang 2Pembentangan Kertas Kerja 1 :"Students' Roles and Responsibilities
towards National Development"
Penceramah*: Dato Musa Hitam(Mantan Presiden of SUHAKAM)
Pembentangan Kertas Kerja 2 "Students' Movement, Between Reality and
Challenges"
Penceramah*: Prof Madya Dr. Sidek Baba (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
4.30 petang: Minum petang dan Solat Asar
5.15 petang: Sidang 3 : Forum "Deterioration of Moral Attitude, ReligiousValues and Education
of Today?s Youth"
Ahli Panel*: Presiden MPP Universiti Malaya
Presiden MPP Universiti Putra Malaysia
Presiden MPP Kolej Universiti Islam Malaysia
Perantara: Pengarah Forum Mahasiswa Kebangsaan 2004
Komen dan penggulungan oleh Presiden MPP UniversitiIslam Antarabangsa Malaysia
6.30 petang: Penyerahan cenderamata kepada semua wakilIPT
6.45 petang: Bersurai
* Para penceramah dan ahli panel adalah tertakluk pada perubahan. Penyertaan adalah terbuka kepada mahasiswa dari pelbagai peringkat dari mana-mana institusi pengajian tinggi.
*Kaunter pendaftaran akan dibuka di kawasan kampus UIAM bermula hingga 16 Ogos hingga 18 Ogos.2004.
*Anda digalakkan untuk menempah melalui e-mail atau mendail talian yang disediakan untuk tempahan tempat.
* Kaunter pendaftaran juga akan dibuka pada hari program dilaksanakan.
* Nyatakan nama peserta dan juga IPT anda.
Bagi tempahan melalui telefon dan e-mail, bayaran perlulah dilangsaikan pada hari program.
* Tempat adalah terhad.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai atau terdapat sebarang pertanyaan, kami sedia menanti panggilan anda. Sila telefon:012-9307522 (Mohd. Dhany Mohamad Sarip)
017-6745123(Muhamad Adib Mohamed Saat)
016-2652870 (Shahidah Mohamed Makki)
019-4270694 (Mardiana Mat Ishak)
Atau hantarkan e-mail ke alamat: nsf_04@yahoo.com
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Forum Mahasiswa Kebangsaan 2004: http://www.nsf04.cjb.net
"Mahasiswa Sebagai Jurubicara Masyarakat DalamPembangunan Ummah"